Pandora Lancar “Durian Charm”, Satu- Satunya Durian Yang Tak Berbau

Share

Durian lovers, listen up!

Pencinta durian ini tak pernah mengenal erti jemu bila tiba musim raja segala buah ini. Ada yang “menggilainya” dan ada juga membenci dek bau yang semerbak dan aromanya yang amat kuat.

Lantas, REMAJA merasakan pasti ramai yang akan menggemari koleksi terbaru Pandora “Durian Charm” ini!

Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Daripada duri itulah durian mendapat namanya. Isi buah ini mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka.

Untuk pengetahuan, koleksi ini adalah di antara koleksi yang paling dinanti-nantikan oleh peminat Pandora dan pencinta raja buah ini.

Tapi jangan risau koleksi durian dari Pandora ini tidak ada bau ye guys!

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Sadik Habib, charm berbentuk durian sangat unik dan istimewa serta melambangkan Malaysia.

“Kalau seseorang dari luar negara datang sini, dia nak memiliki dan juga membeli sesuatu yang istimewa daripada negara Malaysia.

“Oleh itu, kalau kita tengok macam benda-benda yang lain, saya rasa durian itu adalah sesuatu yang istimewa untuk Malaysia,” katanya ketika ketika majlis pratonton eksklusif koleksi terbaharu syarikat itu

Durian ini sangat ikonik, durinya yang tajam tapi bila kita buka buah durian. Isinya bagaikan emas dan rasanya yang sedap dan unik menjadi kegilaan ramai.

Ambil Masa 11 Tahun Lancar

Mengambil jangka masa yang agak panjang iaitu 11 tahun untuk dilancarkan, jelas Sri Zarida setiap silver charm ini mempunyai perkaitan rapat dengan jalan ceritanya. Jadi Pandora sendiri betul-betul meneliti setiap charm dan koleksi yang dikeluarkan agar dapat diterima dan dihargai oleh setiap pencinta aksesori ini.

Ujarnya lagi Durian charm ini sangat sesuai untuk penggemar durian di luar sana kerana memandangnya sahaja dapat membuatkan orang ramai membayangkan rasa durian sebenar.

‘Double dangle’ di bahagian atas durian charm pula diinspirasi oleh cara durian dibuka dari bahagian atas untuk dimakan.

Buat mereka yang berminat, Durian Charm dijual pada harga RM329

Untuk pengetahuan, selain Durian Charm Pandora Malaysia juga melancarkan koleksi-koleksi menarik Pandora untuk Hari Ibu dan Hari Raya Aidilfitri yang juga bakal dilancarkan dalam masa yang terdekat.

Korang boleh mula mendapatkannya bermula 15 April ini di pandora.net dan stor Pandora seluruh negara.

IKLAN