Pencinta durian ini tak pernah mengenal erti jemu bila tiba musim raja segala buah ini. Ada yang “menggilainya” dan ada juga membenci dek bau yang semerbak dan aromanya yang amat kuat.
Lantas, REMAJA merasakan pasti ramai yang akan menggemari koleksi terbaru Pandora “Durian Charm” ini!
Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Daripada duri itulah durian mendapat namanya. Isi buah ini mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka.
Untuk pengetahuan, koleksi ini adalah di antara koleksi yang paling dinanti-nantikan oleh peminat Pandora dan pencinta raja buah ini.
Ads
Tapi jangan risau koleksi durian dari Pandora ini tidak ada bau ye guys!
Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Sadik Habib, charm berbentuk durian sangat unik dan istimewa serta melambangkan Malaysia.
“Kalau seseorang dari luar negara datang sini, dia nak memiliki dan juga membeli sesuatu yang istimewa daripada negara Malaysia.
“Oleh itu, kalau kita tengok macam benda-benda yang lain, saya rasa durian itu adalah sesuatu yang istimewa untuk Malaysia,” katanya ketika ketika majlis pratonton eksklusif koleksi terbaharu syarikat itu
Ads
Durian ini sangat ikonik, durinya yang tajam tapi bila kita buka buah durian. Isinya bagaikan emas dan rasanya yang sedap dan unik menjadi kegilaan ramai.
Ambil Masa 11 Tahun Lancar
Mengambil jangka masa yang agak panjang iaitu 11 tahun untuk dilancarkan, jelas Sri Zarida setiap silver charm ini mempunyai perkaitan rapat dengan jalan ceritanya. Jadi Pandora sendiri betul-betul meneliti setiap charm dan koleksi yang dikeluarkan agar dapat diterima dan dihargai oleh setiap pencinta aksesori ini.
Ujarnya lagi Durian charm ini sangat sesuai untuk penggemar durian di luar sana kerana memandangnya sahaja dapat membuatkan orang ramai membayangkan rasa durian sebenar.
Ads
‘Double dangle’ di bahagian atas durian charm pula diinspirasi oleh cara durian dibuka dari bahagian atas untuk dimakan.
Buat mereka yang berminat, Durian Charm dijual pada harga RM329
Untuk pengetahuan, selain Durian Charm Pandora Malaysia juga melancarkan koleksi-koleksi menarik Pandora untuk Hari Ibu dan Hari Raya Aidilfitri yang juga bakal dilancarkan dalam masa yang terdekat.
Korang boleh mula mendapatkannya bermula 15 April ini di pandora.net dan stor Pandora seluruh negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Raya, Raya juga pada hari Isnin. Namun bagaimana dengan ‘nasib’ hari cuti umum pada hari Rabu ini?
Susulan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam bahawasanya Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada Isnin, 2 Mei 2022, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan telah memaklumkan bahawa cuti kelepasan am Hari Pekerja yang pada awalnya dibawa ke hari ini akan secara automatik diganjakkan ke hari Rabu.
Ini bermakna masyarakat seluruh negara masih akan bercuti selama tiga hari berturut-turut. *lega sikit!*
Menurut beliau, ia selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).
Bagaimanapun untuk masyarakat di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor, cuti ganti Hari Pekerja ini tidak terpakai memandangkan Ahad lalu merupakan hari bekerja bagi negeri-negeri terbabit dan mereka telahpun menikmati kelepasan am.
Jelas Perdana Menteri lagi, pihak berkuasa negeri tetap boleh memutuskan untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan soal cuti ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan personaliti popular Malaysia ini. Datin Lisa Surihani, 36, seorang penerbit, model, pelakon dan pengacara popular yang telah menawan hati ramai rakyat Malaysia. Sejak menceburi dunia seni ketika zaman kecil lagi sebagai model komersial, langkahnya tidak terhenti.
Keanggunan dan bakat yang dimilikinya menjadikan Lisa Surihani menjadi pilihan pelbagai jenama untuk menjadikannya sebagai wajah wakilan mereka.
Sepanjang kerjayanya sebagai anak seni, Lisa Surihani memenangi banyak anugerah antaranya anugerah Pelakon Wanita Harapan dan Pelakon Wanita Terbaik untuk Anugerah Seri Angkasa ke 21 dan 23. Selain itu dia turut dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2012 menerusi wataknya dalam filem popular, Ombak Rindu dan kemudiannya Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2015 bagi wataknya dalam filem Dendam Orang Mati.
Selain menyerlah sebagai pelakon, anak kelahiran Kuala Lumpur ini turut melebarkan sayapnya dalam dunia pengacaraan. Beberapa tahun kebelakangan ini, beliau banyak mengacarakan rancangan berbentuk ilmiah antaranya Tanya Doktor, sebuah rancangan berbentuk kesihatan dan juga rancangan berbentuk keaagamaan iaitu Sakinah Mawaddah Warahmah.
Walaupun bergelar anak seni, Lisa Surihani bukanlah calang-calang orangnya Dalam kesibukan kerjayaanya, dia berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2009. Dia memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Aberystwyth, Wales, United Kingdom.
DUTA TERBAHARU ARIANI
Khabar terkini isteri kepada Datuk Yusry, beliau telah dipilih sebagai duta jenama tudung terkenal, Ariani. Menyertai senarai selebriti yang bekerjasama dengan jenama itu seperti Mira Filzah, Ayda Jebat, Uyaina Arshad dan Bella Daly, berita itu disiarkan sendiri oleh Lisa Surihani di laman Instagramnya pasa Disember lalu.
“Menjelang penghujung tahun, saya bersyukur kerana ia berakhir dengan nota manis untuk menjadi salah seorang duta untuk jenama terkenal, Ariani. Menjadi sebahagian daripada warga jenama modest hebat ini merupakan satu penghormatan. Nantikan kempen kita bersama. Saya berterima kasih kepada Ariani atas kasih sayang, peluang dan kerana sangat mengalu-alukan,” ujarnya dalam hantaran tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini sudahpun memasuki hari kelima umat Islam di Malaysia berpuasa. Kemeriahan dan kenikmatan Ramadan jelas terasa. Bazar Ramadan kembali meriah pasca pandemik Covid-19, masing-masing berpusu-pusu demi membeli juadah kegemaran masing-masing.
Jika diimbas kembali nostalgia Ramadan sejak penulis masih lagi di bangku persekolahan, ada satu rancangan yang sentiasa dinantikan saban tahun. Program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan cukup ikonik! Mana tidaknya, dengar lagu runut bunyi rancangan ini sahaja membuatkan suasana menjadi lebih ceria.
Ketuk-Ketuk Ramadan pada tahun 2008. Sumber foto: Budiey
Biarpun sudah melabuhkan tirai pada 2019 setelah 15 tahun menemui penonton, rancangan masakan popular kendalian Sheila Rusly ini cukup mencuit hati dan menarik perhatian. Apatah lagi bagi mereka yang mahu resipi-resipi baharu untuk dicuba.
Disiarkan di saluran TV1, Ketuk-Ketuk Ramadan menjadi rancangan masakan dengan tontonan tertinggi di bulan Ramadan. Konsepnya cukup bersahaja dan tidaklah terlalu ‘di pentaskan’. Dari memasak di taman ke pasar tani sehinggalah di dalam supermarket, Ketuk-Ketuk Ramadan kekal relevan
Menampilkan ramai tetamu jemputan dari kalangan selebriti dan penggiat seni tanah air, Ketuk-Ketuk Ramadan menjadi pilihan seisi keluarga terutama golongan ibu yang berada di rumah. Mengimbas kembali mengapa rancangan ini dihentikan, menurut laporan media, selain program yang sudah terlalu lama, salah satu punca lain adalah kos yang meningkat saban tahun.
Ketuk-Ketuk Ramadan pada 2019, tahun akhir penyiarannya. Menampilkan selebriti, Alif Satar.
Seperti dikongsikan oleh Jinggo, pengarah rancangan tersebut, “Selain Sheila yang penat ke sana kesini mencari resipi, punca lain adalah kos penerbitan program ini yang bertambah. Sejak lima tahun kebelakangan ini, kita cuba bertahan mencari penajaan dan sebagainya. Bayangkan untuk episode Syawal sebelum ini menelan belanja hampir RM300 ribu.”
Walaupun rancangan ini sudah tidak lagi disiarkan, sesekali ada warganet yang memuat naik klip video Ketuk Ketuk Ramadan di laman media sosial membuatkan hati tergamit dengan nostalgia lalu. Ya lah, 15 tahun bukan masa yang singkat! Apa yang pasti irama rancangan ini tetap segar sehingga kini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang penganjuran konsert solo berskala mega tidak lama lagi, Ratu Rock Negara, Ella menegaskan dirinya tidak berasa tertekan walaupun konsert Majlis Tertinggi Rockqueen yang...