Ternyata cubaan ratusan kenderaan yang cuba “menyeludup” keluar dari ibu kota sejak semalam untuk pulang ke kampung masing-masing menyambut aidilfitri membawa padah apabila arahan tegas dikeluarkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyaman mana-mana pemandu yang ingkar mulai hari ini.
Sikap memandang remeh setiap arahan di mana masih ada rakyat yang cuba memandang ringan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan melakukan cubaan merentas sempadan negeri membawa padah apabila arahan saman dikeluarkan kepada yang degil.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, polis telah memeriksa 238,500 buah kenderaan di 146 sekatan jalan raya sempadan negeri, dan 508 pemandu kenderaan telah diarahkan patah balik kerana cuba pulang ke kampung.
Oleh kerana tahap pematuhan yang tidak begitu memuaskan, Ismail Sabri berkata, kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan pihak berkuasa mengenakan kompaun terus kepada mereka yang melakukan kesalahan sedemikian.
“Semalam saja 508 kenderaan yang cuba merentas negeri dengan alasan nak balik kampung telah diarah berpatah balik. Jadi saya nak ingatkan, sekatan jalan raya telah bermula dan tindakan telah diambil.
Ads
“Sejak semalam pihak berkuasa masih lagi mengguna budi bicara seperti memberi amaran dan nasihat. Tetapi mesyuarat hari ini, memutuskan bahawa tindakan kompaun boleh dimulakan oleh pihak polis. Jadi saya harap tak perlulah sampai tahap kompaun. Duit tu boleh guna perkara lain,” katanya dalam sidang media harian di sini, hari ini.
Dalam perkembangan berlainan, Ismail Sabri berkata, seramai 72 individu telah ditahan atas kesalahan melanggar prosedur standard operasi (SOP).
Daripada jumlah berkenaan, 60 individu telah direman sementara 12 individu lagi dijamin.
Ads
Selain itu, beliau berkata, Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah memeriksa sebanyak 33,168 buah kenderaan persendirian, 2,335 kenderaan awam dan 28 kenderaan air.
Turut diperiksa, katanya lagi, adalah 2,621 pasar awam, 4,209 tempat ibadah, 1,366 tempat riadah dan 365 tapak binaan.
Ads
“Sebanyak 3,332 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan dan melibatkan seramai 18,770 anggota. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang di dapati tidak mematuhi SOP yang disediakan,” tegasnya lagi. Sumber : Astro Awani.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ribuan ucapan takziah diterima oleh keluarga mendiang pemandu Formula 2 dari Perancis, Anthoine Hubert selepas maut dalam satu kemalangan tragik di litar Belgium terkenal, SPA.
Pemandu remaja berusia 22 tahun itu sedang berlumpa dalam pusingan kedua kelayakan Formula 2, hanya beberapa jam selepas pusingan kelayakan Formula 1 tamat, semalam.
Semuanya terjadi apabila satu demi satu jentera berlaga di atas trek. Bermula daripada jentera Anthoine sendiri yang tersasar pada kelajuan 273 kilometer/jam. Ia bertembung jentera Giuliano Alesi dan akhirnya melanggar Juan Manuel Correa, yang menyebabkan jentera Anthoine terbahagi dua.
Alesi dan Correa dilaporkan berada di hospital dan dalam keadaan stabil.
Mereka semua dijadualkan bertanding dalam perlumbaan akhir pada hari ini. Susulan kemalangan yang melanda, kesemua perlumbaan termasuklah Formula 1 dibatalkan sebagai tanda penghormatan kepada kehilangan Anthoine.
Juara dunia 5 kali, Lewis Hamilton mengucapkan takziah dengan berkata, “Berita yang mendukacitakan. Semoga tuhan merahmati Anthoine.”
Sementara itu, seorang lagi pemandu F1 iaitu Max Verstappen berkata dia amat terkejut dengan berita ini. “Teribble. Saya bersimpati kepada keluarga, rakan, pasukan dan semua yang menyayangi Anthoine.”
Lebih menyayat hati apabila ini merupakan musim pertama mendiang dalam perlumbaan Formula 2. Walaupun masih baru, dia telahpun menunjukkan perkembangan membanggakan selepas dia memenangi 2 pusingan di litar Monaco dan Perancis.
#RIP
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini 61 orang penduduknya di Simpang Renggam, Johor yang dikesan positif wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di sana.
Nasib yang sama turut dirasai oleh penduduk 7 perkampungan di Hulu Langat bermula 12 tengah malam semalam (29 Mac). Menurut laporan Harian Metro, ia membabitkan kawasan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, perlaksanaan PKPD ini akan dilakukan sehingga 13 April depan dan tindakan ini susulan dari nasihat yang diterima dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahkan sebanyak 71 kes positif jangkitan Covid-19 membabitkan 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23, Sungai Lui.
PKPD di Sungai Lui ini melibatkan 7 perkampungan yang mana 2 perkampungan Orang Asli dan 5 perkampungan Melayu disana. Tujuan PKPD ini dilaksanakan adalah bagi membendung jangkitan Covid-19 dari terus merebak di kawasan berkenaan.
Sepanjang tempoh PKPD ini, semua penduduk dan pelawat di kawasan itu tidak dibenarkan keluar dari rumah selain penduduk dan pelawat yang tidak menetap disitu turut tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.
Semua aktiviti perniagaan dihentikan dan bekalan asas yang mencukupi akan dibekalkan kepada semua penduduk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Berikut ada sedikit laporan mengenai PKPD Sungai Lui, Hulu Langat yang disediakan oleh Astro Awani malam tadi…
Ramai menyedari risiko membawa kenderaan tanpa lesen memandu yang sah. Kalau kena tahan dengan pihak polis, siap sedialah membayar RM300 kerana tiada lesen memandu.
Namun menyedari masalah rakyat yang perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kerajaan memberikan pengecualian kepada semua pemegang lesen memandu daripada keperluan memperbaharui lesen memandu masing-masing melalui suatu undang-undang khusus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa hari ini.
Menteri Pengangkutan itu berkata, keputusan itu diambil selepas menyedari kesukaran orang ramai memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan perdagangan dan individu termasuk lesen vokasional (GDL dan PSV) dan lesen memandu atau Competent Driver’s License (CDL).
Katanya, sebelum ini pemegang lesen memandu individu diminta memperbaharui lesen secara atas talian melalui portal mySikap JPJ dan MyEG sepanjang tempoh PKP tetapi dengan pengumuman di atas, syarat keperluan untuk memperbaharui lesen memandu ini dikecualikan.
“Walaupun dengan adanya pengecualian khas ini, pemandu dinasihatkan supaya membawa salinan sijil perlindungan atau insurans ketika memandu sepanjang tempoh PKP.
“Ini bermakna, sesiapa yang mempunyai lesen memandu yang sudah luput masih boleh menggunakan kenderaan masing-masing dengan syarat kenderaan wajib memiliki perlindungan insurans yang sah.
“Namun begitu, pemegang lesen perlu memperbaharui lesen masing-masing dalam tempoh 30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ka Siong berkata, isu LKM bagi kenderaan perdagangan dan GDL, ia tidak berbangkit memandangkan keperluan untuk memperbaharui lesen terbabit sudah pun dikecualikan sepanjang tempoh PKP.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Pengangkutan mengambil inisiatif mengadakan perbincangan bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Takaful Malaysia.
“Paling penting, ia bertujuan memastikan perkhidmatan pembekalan barangan keperluan khususnya makanan kepada orang ramai tidak terjejas sepanjang tempoh PKP,” katanya.
Seramai 328 orang pemegang lesen jenis GDL tamat tempoh hari ini, 385 (25 Mac), 356 (26 Mac), 357 (27 Mac), 348 (28 Mac), 315 (29 Mac), 369 (30 Mac) dan 295 orang pada 31 Mac ini. Sumber : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!