Home Blog Page 1916

Kulit Pisang Mampu Hilangkan Masalah Jerawat. Biar Betul?

0

Tahukah anda, dengan hanya menggunakan kulit pisang boleh mengatasi masalah kulit yang berjerawat.

Caranya mudah saja,

Ambil kulit pisang yang sudah bewarna kuning kemudian letakkan pada kawasan jerawat. Biarkan selama beberapa minit sehingga kulit pisang tersebut berubah menjadi coklat sedikit. Kemudian, usap-usap bahagian bermasalah itu dengan kulit pisang selama 2-5 minit secara pelahan-pelahan.

Kulit Pisang Mampu Hilangkan Masalah Jerawat. Biar Betul?

Selepas itu, biarkan selama satu jam tanpa di bilas. Hal ini kerana, kulit pisang mampu menghilangkan infeksi pada kulit. Kemudian barulah kamu cuci dengan air. Lakukan pekara ini beberapa kali sehingga kulit kemerahan reda. Selepas jerawat pecah, jangan risau tentang bekasnya. Kerana fungsi kulit pisang mampu mengelakkan kulit kamu berbekas akibat jerawat.

Isu CCRIS & Blacklist Ke Luar Negara, PTPTN Beri Kelonggaran Pada Peminjam

0

Berita baik buat semua peminjam PTPTN yang dah dikenakan CCRIS dan blacklist untuk keluar negara, pihak pengurusan PTPTN telah pun memberikan kemudahan kepada 45,866 orang pelajar dalam membersihkan rekod kredit mereka.

Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata hal ini dapat membantu para pelajar yang mempunyai dua pinjaman PTPTN yang berasingan untuk pengajian diploma dan ijazah sebelum berkuat kuasa 6 April 2016.

Beliau berkata seramai 32,213 pelajar yang memohon pinjaman kedua mereka selepas 6 April 2016 sudah pun menikmati peraturan baru ini.

Isu CCRIS & Blacklist Ke Luar Negara, PTPTN Beri Kelonggaran Pada Peminjam

                                                                            Gambar hiasan

Dalam erti kata lain, pinjaman diploma akan digabungkan bersama pinjaman ijazah, jadi tiada lagi CCRIS dan ini bermakna tidak ada halangan lagi buat pelajar  ijazah yang sedang melanjutkan pelajaran untuk ke luar negara.

Menurut info laman Facebook Backpackmurah yang diambil daripada sumber twitter, semua peminjam diploma atau ijazah yang masih belajar akan diclearkan nama daripada CCRIS dan juga blacklist keluar negara bermula 15 Ogos 2017.

Namun begitu, pembayaran balik pinjaman diploma dan ijazah ini akan di sekalikan dan perlu dibayar semula selepas enam bulan tamat pengajian.

Jadi lepas ni dah tak ada la isu pelajar yang masih belajar perlu membuat bayaran pinjaman dan mendapat tunggakan yang tinggi.

Nak ke luar negara pun dah tak risau lagi kan? Tapi make sure lepas habis study jangan lupa bayar PTPTN ok? Barulah berkat ilmu tu nanti. Hehe

Isu CCRIS & Blacklist Ke Luar Negara, PTPTN Beri Kelonggaran Pada Peminjam

Isu CCRIS & Blacklist Ke Luar Negara, PTPTN Beri Kelonggaran Pada Peminjam

Isu CCRIS & Blacklist Ke Luar Negara, PTPTN Beri Kelonggaran Pada Peminjam

Sumber: NST & Facebook Backpackmurah

eSports Mungkin Dipertandingkan Di Sukan Olimpik 2024

“Apa nak jadi dengan kau ni, asyik main video game je?”. Itu mungkin satu keadaan yang biasa dihadapi oleh ramai orang terutamanya gamers di kalangan remaja. Namun, pada zaman sekarang permainan video atau dikenali sebagai eSport bukan lagi perkara enteng yang boleh dipandang sebelah mata. Ia kini menjadi acara yang dipertandingkan dan menawarkan sumber pendapatan serta penajaan bernilai jutaan ringgit.

Populariti eSport yang semakin hari semakin meningkat merupakan satu perkara yang tidak dapat disangkal lagi. Pada tahun 2015 sahaja, eSport mampu menarik audiens global berjumlah lebih 226 juta orang.

eSports Mungkin Dipertandingkan Di Sukan Olimpik 2024

Menyedari akan peningkatan serta populariti luar biasa eSport, Paris sebagai antara pembida Sukan Olimpik 2024 telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertakan eSport sebagai salah satu acara di kejohanan sukan dunia paling berprestij itu.

Menurut Tony Estanguet, presiden bersama komitee bidaan Paris berkata, pihaknya akan bertemu dengan International Olympic Comittee dan wakil eSports bagi membincangkan perkara ini jika Paris berjaya dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2024. Paris dilaporkan akan diumumkan sebagai tuan rumah Olimpik 2024 apabila IOC biersidang pada bulan hadapan di Peru.

eSports Mungkin Dipertandingkan Di Sukan Olimpik 2024

Pada bulan April yang lalu, Olympic Council Asia (OCA) mengumumkan eSports bakal dipertandingkan di 2022 Asian Games di China. Ia merupakan langkah terkini yang berani bagi memartabatkan lagi eSports sebagai sebuah sukan kompetitif yang diiktiraf.

Jadi kepada games di luar sana, teruskan berjuang di alam digital dengan penuh semangat. Siapa tahu suatu hari nanti Malaysia boleh melahirkan pemenang pingat emas eSports di Sukan Olimpik!

Sumber: the guardian

 

 

5 Jenis Perempuan Yang Dibenci Lelaki, Baik Korang Elak Sebelum Hilang BF

Girls, walaupun seorang lelaki mempunyai penilaian yang berbeza terhadap seorang perempuan, namun mereka mempunyai satu suara yang sama mengenai jenis perempuan yang bukan menjadi pilihan hatinya.

Nak tahu apakah itu ? REMAJA senaraikan 5 jenis perempuan yang di benci oleh orang lelaki.

1. Kaki shopping

5 Jenis Perempuan Yang Dibenci Lelaki, Baik Korang Elak Sebelum Hilang BF5 Jenis Perempuan Yang Dibenci Lelaki, Baik Korang Elak Sebelum Hilang BF

Lelaki paling menyampah dengan gadis yang kuat berbelanja. Bagi mereka gadis seperti ini sukar di kawal dan boros, malah mereka menganggap golongan seperti ini cuba mengambil kesempatan keatas dirinya. Sungguh pun lelaki sering ambil mudah dan tidak memandang serius terhadap sesuatu pekara, namun pekara sebegini bukanlah main-main buat mereka.

2. Cemburu buta

5 Jenis Perempuan Yang Dibenci Lelaki, Baik Korang Elak Sebelum Hilang BF

Cemburu tandanya sayang? Seriously? Ayat ni memang klise, namun hakikatnya jika ia berlebihan tidakkah itu di panggil ‘queen control ?

Bagi mereka, tindakan cemburu atas sesuatu pekara yang betul memang wajar tetapi jika sampai dengan kawan-kawannya sendiri pun korang asyik cemburu melulu memang tidaklah! Mereka tidak mahu terpenjara dalam sangkar besi. Percayalah lelaki lebih sukakan kebebasan.

3. Nak berkepit je

5 Jenis Perempuan Yang Dibenci Lelaki, Baik Korang Elak Sebelum Hilang BF

Come on, lelaki juga ada hal-hal lain yang perlu diuruskan. Jika mereka bertemu dan berkenalan dengan gadis yang clingy atau suka menempel memang akan membuatkan mereka naik rimas. Tanyalah mana-mana lelaki hanya 1/3 sahaja yang suka ‘melekat’ dengan kekasih mereka selebihnya lebih suka buat haluan masing-masing.

Bukan apa, situasi ini membuktikan gadis itu kelihatan tidak berdikari dan hanya hidup seperti parasit. So siapa yang suka ada pasangan seperti parasit kan?

4. Suka mengkritik

5 Jenis Perempuan Yang Dibenci Lelaki, Baik Korang Elak Sebelum Hilang BF

Jangan kata sikap gadis yang kuat membebel sahaja di benci oleh lelaki, malah mereka juga tidak suka dengan gadis yang suka mengkritik. Apatah lagi apabila mengomen tentang pakaian orang lain.

Perlu ingat ya mereka bukan sahabat korang yang sanggup mendengar segala ‘leteran kosong’.  Kalau suka sangat mengkritik orang lain, jelas sekali menggambarkan perangai buruk korang tu.

5. Drama Queen

5 Jenis Perempuan Yang Dibenci Lelaki, Baik Korang Elak Sebelum Hilang BF

Lelaki paling tidak selesa dengan perempuan yang suka beremosi apatah lagi melebih-lebihkan ia di hadapan kawan-kawannya atau di tempat umum. Walaupun korang ingin ekspresikan apa yang dirasa,namun hati-hati jangan sampai memalukannya. Ini kerana lelaki memang tidak suka di malukan dengan cara sebegini.

6. Kaki gosip

5 Jenis Perempuan Yang Dibenci Lelaki, Baik Korang Elak Sebelum Hilang BF

Kalau setakat membebel dan banyak cakap mungkin lelaki dah faham sangat dengan perangai perempuan dan layankan saja pasangan mereka tu. Tapi lelaki akan benci dengan wanita yang kaki gosip dan seboleh-bolehnya mereka tidak akan mahu mendengar kalau anda nak bercerita tentang keburukan seseorang, sama ada orang yang dia kenal atau tidak.

7. Pendendam dan sering mengeluh

5 Jenis Perempuan Yang Dibenci Lelaki, Baik Korang Elak Sebelum Hilang BF

Wanita yang mempunyai sifat pendendam dan suka mengeluh sering kali dielak oleh lelaki. Sikap suka marah-marah di tempat umum memang akan membuatkan lelaki meninggalkan pasangannya. Lelaki lebih suka kepada wanita yang lemah lembut dan menghargai orang lain.

Perbezaan Drama Jepun Dan Melayu, Bro Ni Bagi Pandangan Yang Sangat Win

0

Dah jadi macam satu trend bila ada segelintir masyarakat kita yang melayan drama-drama bersiri televisyen setiap hari.

Bukan nak kata tak bagus, tapi apa yang kami lihat ramai juga yang memberikan komen negatif tentang drama Melayu masa kini.

Persoalannya, sejauh mana kebenaran kata-kata yang dilemparkan netizen ini?

Untuk menjawab segala tanda tanya berkaitan dengan isu ini, REMAJA tertarik dengan pendapat yang dikongsi oleh thepatriots.asia tentang perbezaan yang di antara drama Jepun dan Melayu.

Jom kita cuba hadamkan apa yang dikatakan oleh brother ni dan hendaklah diingatkan bahawa ini hanyalah sekadar pendapat peribadi saja. Mungkin korang juga punya pendapat yang tersendiri.

 

Dari budaya hiburan pun kita boleh memahami sifat sesebuah masyarakat. Ini namanya ‘sociology of culture’.

Kalau korang perhatikan, setiap drama Jepun akan menceritakan tentang satu profesion atau pekerjaan.

Great Teacher Onizuka (1998) bercerita tentang cikgu.

Perbezaan Drama Jepun Dan Melayu, Bro Ni Bagi Pandangan Yang Sangat Win

Shomuni (1998) tentang office lady.

Hero (2001) tentang pendakwa raya.

Engine (2005) tentang pemandu F3000.

Nodame Cantabile (2006) tentang pemain muzik klasikal.

Perbezaan Drama Jepun Dan Melayu, Bro Ni Bagi Pandangan Yang Sangat Win

Osen (2008) tentang pengusaha restoran.

Hanzawa Naoki (2013) tentang banker.

Doctor-X (2012/2013) tentang doktor.

Sampai pemain sukan polo air pun ada: Water Polo Yankees (2014). Punyalah ‘niche’.

Eh, tapi drama Melayu pun ada kan? Ada kapten (Sayangku Kapten Mukhriz), ada pilot (Suri Hati Mr. Pilot), ada bomba (Abang Bomba I Love You), ada wedding planner (Cinta Si Wedding Planner). PTD pun ada (Ariana Rose).

Perbezaan Drama Jepun Dan Melayu, Bro Ni Bagi Pandangan Yang Sangat Win

Tapi bezanya, drama Melayu tak memberi gambaran langsung tentang selok belok sesebuah profesion atau pekerjaan.

9 dari 10 drama Melayu mempunyai jalan cerita yang sama: watak lelaki utama seorang anak orang kaya yang sombong, watak perempuan utama seorang anak orang biasa-biasa atau orang susah. Dua bertemu secara kebetulan. Dan secara kebetulan mereka berkahwin. Mula-mula tak suka, kemudian jadi suka. Cinta mereka diuji dengan mak mertua yang pandang rendah terhadap watak perempuan utama, dan bekas kekasih watak lelaki utama cuba jadi pihak ketiga. Tapi apa-apa pun happy ending.

Apa yang istimewa dengan pilot, kapten, bomba, wedding planner, kita tak tahu. Sebab itu bukan fokus cerita.

Drama Jepun pula ‘highlight’ suka duka, cabaran dan kesusahan yang dihadapi oleh setiap anggota lapisan masyarakat.

Sebagai seorang PTD yang berkhidmat di MITI, saya pula tertarik dengan drama Jepun yang berjudul ‘The Summer of the Bureaucrats’ (官僚たちの夏 – Kanryotachi no Natsu).

Drama tahun 2009 ini bercerita tentang kehidupan birokrat atau penjawat awam yang berkhidmat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Jepun (MITI, sekarang dah tukar nama jadi METI).

MITI merupakan kementerian yang paling berprestij di Jepun sebelum 1990-an. Orang panggil ‘Mighty MITI’. Siapa nak jadi PM kena jadi menteri MITI terlebih dahulu.

Cerita itu diadaptasi dari kisah benar, berdasarkan hidup Shigeru Sahashi yang berkhidmat sebagai ‘Jimu Jikan’ MITI dari tahun 1964-1966. Jimu Jikan ni macam KSU (Ketua Setiausaha), pangkat penjawat awam tertinggi dalam setiap kementerian.

Perbezaan Drama Jepun Dan Melayu, Bro Ni Bagi Pandangan Yang Sangat Win

Drama ini memaparkan dilema kehidupan penjawat awam yang tersepit antara kepentingan umum, prosedur, kepentingan ahli politik dan prinsip peribadi. Benda ini kebanyakan orang Malaysia tak faham, jadi mudah bersangka buruk dengan penjawat awam.

Watak utama drama ini, Shingo Kazakoshi menjadi sasaran ahli politik kerana menentang dasar liberalisasi perdagangan yang akan merugikan industri tempatan Jepun.

Akibat campur tangan politik, Kazakoshi tidak dinaikkan pangkat sebagai Jimu Jikan walaupun dah sampai giliran beliau berdasarkan senioriti. Beliau dilangkaui oleh junior yang pro-liberalisasi. Malah beliau diturunkan pangkat dan akhirnya ‘direhatkan’.

Bahagian yang paling ‘touching’ ialah solidariti yang ditunjukkan oleh kakitangan MITI terhadap Kazakoshi. Walaupun Kazakoshi seorang bos yang tegas dan kekadang menakutkan, tapi prinsip dan integriti beliau mengingati para pegawai MITI tentang misi dan peranan mereka sebagai pembela kepentingan umum.

Saya boleh ‘relate’ dengan drama ini. Drama ini menjadi pembakar semangat malah pedoman saya sepanjang menjadi seorang PTD.

Drama Jepun pendek (hanya ada 10 episod) tapi padat, mesejnya jelas dan buat kita berfikir. Ia membantu kita membina empati terhadap orang yang lain pekerjaan dan lain latar belakang dengan kita. Empati adalah antara faktor yang menyumbang kepada perpaduan masyarakat Jepun.

Drama Jepun adalah seni. Drama Melayu pula sekadar hiburan untuk gelak tawa.

Bukan tak boleh berhibur. Saya layan gak cerita-cerita Akasia. Minat gak dengan lakonan Nelydia Senrose. Cuma kita boleh pergi lebih jauh lagi. Kita kan generasi TN50.

Lain kali saya bedah drama Korea pulak.

Apa pula pendapat korang?

 

Sumber: thepatriots.asia

Kalau Tak Nak Wajah Nampak Tua Daripada Usia, Jangan Lakukan 10 Hal Ini

0

Tak takut ke bila orang sekeliling nampak anda lebih tua daripada usia sebenar sedangkan anda masih lagi muda remaja? Tak takut ke bila orang sekeliling nampak anda lebih tua daripada usia sebenar sedangkan anda masih lagi muda remaja?

Kalau tengok hari ni, ramai wanita berusia lebih kelihatan muda dan bergetah daripada yang muda-muda ni. Tak kurang juga ada  yang ‘melabur’ semata-mata untuk mendapatkan status awet muda.

Namun, tanpa sedar ada banyak perkara yang anda lakukan sebenarnya menggalakkan lagi penambahan usia.

Agaknya apa 10 perkara yang buat anda lebih cepat tua dari usia? Ikuti artikel ini.

1. Tidur dengan mekap

Kalau Tak Nak Wajah Nampak Tua Daripada Usia, Jangan Lakukan 10 Hal Ini

Memanglah orang puji bila pakai mekap, nampak cantik, tapi takkan tidur pun nak pakai make-up. Kesannya, kulit akan jadi kusam dan kering, lantas membuatkan wajah kelihatan tua daripada usia sebenar.

2. Tak makan sayur dan ulam-ulaman 

Kalau Tak Nak Wajah Nampak Tua Daripada Usia, Jangan Lakukan 10 Hal Ini

Andai nak wajah cantik dan awet muda, tentu sayur hijau dan ulam-ulaman tak dapat dielakkan.

3. Kurang minum air putih dan bersenam 

Kalau Tak Nak Wajah Nampak Tua Daripada Usia, Jangan Lakukan 10 Hal Ini

Minum lapan gelas sehari untuk memiliki kulit yang bercahaya, muda dan sihat. Sambil itu, lakukan senaman ringan terutamanya senaman leher.

4. Sembur banyak minyak wangi di leher 

Kalau Tak Nak Wajah Nampak Tua Daripada Usia, Jangan Lakukan 10 Hal Ini

Alkohol dalam minyak wangi mengeringkan kulit. Apatah lagi jika kamu mempunyai kulit yang sensitif. Lepas ni cukuplah dengan hanya menyembur di pergelangan tangan.

5. Ikat rambut terlalu ketat 

Kalau Tak Nak Wajah Nampak Tua Daripada Usia, Jangan Lakukan 10 Hal Ini

Bila terlalu kerat rambut jadi tidak sihat dan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak daripada kebiasaannya.

6. Berat badan yo-yo 

Kalau Tak Nak Wajah Nampak Tua Daripada Usia, Jangan Lakukan 10 Hal Ini

Berat badan tak tetap atau berlebihan membuatkan leher menggeleber persis ayam Belanda. Maintain kurus kerana orang yang kurus kebiasaannya akan nampak lebih muda daripada usia.

7. Kerap sangat cuci muka 

Kalau Tak Nak Wajah Nampak Tua Daripada Usia, Jangan Lakukan 10 Hal Ini

Geram tengok kondisi wajah berjerawat. Jadi, keraplah cuci muka. Kesannya, kulit jadi mengelupas dan merengsa sekali gus menjemput kulit yang berminyak dan pertumbuhan jerawat yang lebih kerap.

8. Makan tidak berpantang 

Kalau Tak Nak Wajah Nampak Tua Daripada Usia, Jangan Lakukan 10 Hal Ini

Bila main belasah makanan berminyak atau berkafein, kesannya akan kelihatan pada kulit wajah kamu seperti jerawat dan lain-lain.

9. Aksesori sarat di leher 

Kalau Tak Nak Wajah Nampak Tua Daripada Usia, Jangan Lakukan 10 Hal Ini

Kepada mereka yang suka pakai rantai di leher, lama-kelamaan ia akan membuatkan kulit leher meregang dan bergaris. Ubah pada aksesori gelang dan cincin pula untuk kekal bergaya.

10. Suka mengumpat, gosip, buka aib orang dan marah 

Kalau Tak Nak Wajah Nampak Tua Daripada Usia, Jangan Lakukan 10 Hal Ini

Selain perkara lain, sikap negatif ini menyebabkan seri pada wajah anda hilang kerana faktor rohani. Jadi, elakkan dan hidup secara positif.

Filem Review – Bad Genius, Realiti Tidak Semudah A,B,C

Bukan selalu filem Thailand dibawa untuk tayangan di negara kita. Kebiasaan yang dibawa masuk pastinya mencapai tahap box office di negara mereka. Begitu juga dengan Bad Genius, filem yang meraih tahap box office hanya dalam masa dua minggu pertama dengan kutipan lebih THB100 juta. Ia sekali gus menjadikannya sebagai filem terlaris di Thailand setakat ini buat tahun 2017.

Sebelum melangkah kaki ke dalam panggung wayang untuk menonton Bad Genius, harapan yang diletakkan untuk filem ini tidaklah terlalu tinggi. Dalam fikiran, ia mungkin sebuah lagi nashkah karya Thailand yang memaparkan kisah cinta remaja di zaman persekolahan yang berdepan dengan pelbagai cabaran tipikal; hubungan, pelajaran, persahabatan dan keluarga.

Filem Review - Bad Genius, Realiti Tidak Semudah A,B,C

Namun sangkaan itu jauh meleset sama sekali. Karya arahan Nattawut Poonpiriya ini cukup ‘licik’ mengetengahkan plot utamanya dan plot sampingan yang disempurnakan oleh barisan pelakon muda yang cukup berbakat. Secara halusnya Bad Genius turut membawa premis perbezaan kelas di antara golongan kaya serta berpengaruh dan juga golongan bawahan yang cukup struggle demi mendapatkan pendidikan terbaik.

Bad Genius membawa kita menelusuri kehidupan Lynn, seorang pelajar genius yang datang dari sebuah tidaklah berapa senang. Dia diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan berjaya mendapatkan biasiswa. Kerja keras bapanya membawa Lynn mendapatkan pendidikan terbaik tercapai, namun segalanya tidak semudah itu.

Filem Review - Bad Genius, Realiti Tidak Semudah A,B,C

Sebagai seorang pelajar yang genius Lynn sentiasa mencatatkan keputusan cemerlang. Namun ia berbeza dengan rakan-rakannya yang tidak berapa pandai tetapi memiliki kesenangan hidup; datang dari famili yang kaya. Rakan baiknya, Grace berdepan kesukaran untuk belajar dan berdepan dengan peperiksaan. Atas dasar kasihan, Lynn mula memberikan jawapan untuk Grace menirunya semasa peperiksaan. Dan ituklah detik permulaan di mana Lynn menyedari kemahirannya boleh digunakan untuk dia mendapatkan wang, sekali gus fikirnya; dapat meringankan beban bapanya.

Bermula dari seorang hinggalah menjadi besar, ‘klien’ Lynn diajar olehnya untuk belajar bahasa isyarat dengan gerakan jari nota piano. Dari situ, Lyn tidak menoleh ke belakang lagi sehinggalan dia sanggup terbang ke luar negara bagi membantu rakan-rakannya lulus peperiksaan kemasukan universiti antarabangsa dikenali sebagai STIC.

Filem Review - Bad Genius, Realiti Tidak Semudah A,B,C

Apa yang menarik perhatian Remaja ialah kebolehan lakonan pelakon utamanya, Chutimon Chuengcharoensukying menggalas yang cukup hidup melakonkan karakter Lynn. Yang membuatkan kami cukup kagum lagi, ini merupakan filem pertama lakonannya yang sebelum ini bergelar sebagai peragawati/model terkenal di Thailand.

Bad Genius merupakan filem antarabangsa yang terbaik kami tonton sepanjang 2017! Go watch it now!

Rating – 4/5

Temubual Eksklusif Bersama Pelakon The Battleship Island (Spoiler)

0

Peminat K-Pop dan K-Drama di Malaysia amat bertuah apabila buat julung kalinya, team produksi dan pelakon dari Korea Selatan telah turun ke Malaysia pada hari semalam dan hari ini untuk sesi promosi sebuah filem terbaru bertajuk ‘The Battleship Island’.

Filem yang mula mendapat tumpuan luar biasa sejak awal tahun 2017 itu amat dinanti-nantikan oleh semua orang.

Bukan hanya disebabkan para pelakonnya yang *swoon* kacak dan mempunyai karisma (Hi Joong-Ki!), ‘The Battleship Island’ juga dikatakan mempunyai rangka perjalanan cerita dan efek yang cukup mendebarkan.

Juga, terdapat scene di mana pelakonnya tampil tidak berpakaian. Eh! Terbeliak nampak mata masing-masing. Haha jomm, ikuti temubual eksklusif REMAJA bersama 3 pelakon utamanya iaitu Hwang Jung-min, So Ji-sub dan Song Joong-ki serta pengarahnya, Ryoo Seung-wan, lewat tengah hari tadi.

Temubual Eksklusif Bersama Pelakon The Battleship Island (Spoiler)

Apa yang dinanti-nantikan oleh kalian apabila berada di Malaysia?

Song Joong-ki: Sudah tentu, apabila kami tiba di Malaysia, perkara pertama yang kami tak sabar untuk nantikan adalah respon daripada para peminat filem Korea di sini.

Satu lagi perkara yang saya selalu terdengar adalah pelbagai jenis makanan yang terdapat di sini. Tak sabar untuk saya mencuba sebanyak mungkin makanan Malaysia dalam masa yang singkat ini.

Hwang Jung-min: Saya amat terkejut dengan penerimaan lebih 10,000 peminat K-Pop dan K-Drama. Pada hari semalam di Pavilion, kami benar-benar dikelilingi oleh ribuan peminat walaupun ia merupakan acara ringkas saja.

Saya dapat rasakan sokongan padu dan ikhlas daripada peminat di Malaysia. Saya pasti mereka akan memberikan reviu positif terhadap ‘The Battleship Island’.

Dalam 6 bulan penggambaran, apakah perkara sukar yang dihadapi kalian?

Ryoo Seung-wan: Sepanjang tempoh penggambaran, pastilah terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh kru produksi memandangkan filem ini padat dengan fakta bersejarah yang perlu ditonjolkan. Apabila saya sendiri mendalami sejarah pulau Hashima yang dijadikan pulau penempatan rakyat yang dijadikan hamba abdi pada zaman Perang Dunia Kedua, saya begitu terkesan dengan semangat juang mangsa demi negara.

Kami sempat untuk mengunjungi Pulau Hashima sebenarnya yang masih wujud. Selain itu, saya telah bercakap dengan beberapa insan yang terselamat daripada kekejaman tersebut di Jepun. Dari situ, saya kembali bersemangat untuk menjayakan ‘The Battleship Island’.

Temubual Eksklusif Bersama Pelakon The Battleship Island (Spoiler)

So Ji-sub, kami dengar kamu menerima watak yang ditawarkan tanpa perlu membaca skrip!

So Ji-sub: Ya, betul. Semasa mendapat tawaran tersebut, saya langsung tidak tahu-menahu mengenai watak yang perlu dipikul oleh saya. Yang saya tahu cumalah pengarah Ryoo Seung-wan akan terlibat sama dan saya merasakan, ini adalah peluang terbaik untuk saya bekerjasama dengan beliau.

Untuk pengetahuan kamu, babak menyelamatkan diri (escaping scene) hanya dipaparkan untuk 20 minit saja di dalam filem ini tetapi tempoh rakaman berlarutan sehingga 1 bulan lamanya. Ini jelas menunjukkan betapa telitinya Ryoo Seung-wan untuk mendapatkan impak dan mood yang diinginkan.

Temubual Eksklusif Bersama Pelakon The Battleship Island (Spoiler)
Pulau Hashima yang masih wujud.

Apakah antara babak lain yang memberi kesan kepada kamu?

Song Joong-Ki: Bagi saya, babak di mana jambatan runtuh sewaktu mangsa cuba untuk menyelamatkan diri adalah amat penting dalam ‘The Battleship Island’. 400 orang hamba pada masa itu boleh saja mengalah kepada takdir tetapi mereka sama sekali tak putus asa. Mereka membina kembali jambatan tersebut dan perbuatan itu dimulakan oleh kanak-kanak di dalam filem ini.

Di akhir filem ini juga, ia memaparkan seorang kanak-kanak yang merenung jauh sebelum filem tamat. Ini seakan menandakan bahawa kanak-kanak adalah simbol masa depan dunia.

Temubual Eksklusif Bersama Pelakon The Battleship Island (Spoiler)

Joong-ki, kamu juga memegang watak askar di dalam drama Descendants of the Sun. Adakah watak tersebut membantu kamu untuk kembali menjadi ‘abang askar’ di dalam filem ini?

Song Joong-ki: Saya bangga dengan watak yang saya bawakan di dalam drama itu kerana ia memberi kesan mendalam kepada peminat K-drama. Namun, jalan cerita ‘The Battleship Island’ amat berlainan dengan DOTS. Saya juga menerima tawaran watak ini kerana nilai sejarah yang ada padanya, bukan kerana saya suka untuk membawa watak askar.

‘The Battleship Island’ boleh dikatakan mempunyai mood yang suram, menyedihkan dan serius. Adakah itu mood yang kamu rasakan sepanjang berada di set penggambaran?

Song Joong-ki: Ada masanya, saya perlu serius sebelum kami memulakan penggambaran demi mendalami watak Park Moo-young. Namun, dalam ramai-ramai pelakon di set, saya rasakan sayalah ‘happy-virus’ di sini! Haha saya perlu menaikkan mood mereka walaupun filem ini sangat rough, tough dan dark.

So Ji-sub:Kami semua mengalami penurunan berat badan yang agak mendadak semasa menjayakan penggambaran. Mungkin kerana itu kami semakin kacak semasa siri promosi ini! (ketawa)

Temubual Eksklusif Bersama Pelakon The Battleship Island (Spoiler)

‘The Battleship Island’ akan menemui peminat di pawagam  bermula 17 Ogos ini.

Remaja 15 Tahun Diliwat, Dirogol & Diugut Secara Seksual Lebih 600 Kali, Netizen Naik Angin!

0

Hari ini umpama hari yang amat mengejutkan buat remaja Malaysia.

Seorang remaja perempuan yang berusia 15 tahun telah mendapat liputan utama di kebanyakan dada media negara apabila bapanya yang berusia 36 tahun berdepan dengan 626 pertuduhan liwat di Mahkamah Seksyen Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Lebih menduka citakan, kesemua jenayah liwat, rogol dan ugutan seksual tersebut diperlakukan oleh bapa terhadap remaja itu sendiri.

Bapa tersebut didakwa melakukan perbuatan tidak siuman itu tiga kali sehari pada waktu pagi (sekitar jam 6 hingga 7 pagi), petang (sekitar jam 1 hingga 2 petang) dan malam (sekitar jam 11 hingga 12 tengah malam).

Terlalu banyak tuduhan jenayah yang disabitkan ke atas bapa tersebut sehinggakan hakim memerlukan dua hari untuk membaca kesemuanya 626 pertuduhan. 182 pertuduhan dibaca semalam manakala sebanyak 444 pertuduhan dibaca pada hari ini.

Petugas Media Naik Angin

Tiada siapa yang berada di perkarangan kamar mahkamah siang tadi sanggup untuk mendengar satu-persatu pertuduhan yang dilontarkan kepada seorang bapa berusia 36 tahun.

Kebanyakan daripada petugas media yang berada di situ sebenarnya sudah biasa melaporkan kes rogol, liwat dan jenayah seksual sebelum ini. Namun, kes ini mengatasi kotak pemikiran mereka apabila bapa tersebut sanggup melakukan kesemua tuduhan tersebut berkali-kali dalam tempoh sehari!

Pertuduhan dibaca satu persatu dari pagi hingga ke petang. Setakat jam 9.45 pagi tadi saja, sebanyak 120 pertuduhan telah dibaca. Apabila tiba jam 11.30 pagi pula, kertas pertuduhan telah melangkah ke angka 168 pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa, S. Umma kepada tertuduh.

Tertuduh juga dilaporkan tidak menghentikan jenayahnya itu semasa bulan Ramadan yang lalu.

MasyaAllah.

Remaja 15 Tahun Diliwat, Dirogol & Diugut Secara Seksual Lebih 600 Kali, Netizen Naik Angin!

Ketika prosiding berlangsung, Hakim Yong Zarida Sazali turut mengambil keputusan untuk berhenti sebentar sebanyak dua kali bagi memberi peluang tertuduh dan jurubahasa berehat sebentar.

Bapa tersebut dilihat tidak langsung menghiraukan keadaan dan pertalian antara dirinya dan remaja berusia 15 tahun itu apabila dia sanggup melakukan perbuatan terkutuk ke atas darah dagingnya sendiri beratus-ratus kali.

Warga Twitter, Facebook Mengamuk

Kes tersebut yang mula mendapat perhatian netizen sejak semalam merupakan kes yang amat dasyat dan tidak berperi kemanusiaan hingga mencetuskan kemarahan semua orang.

Antara komen yang diberikan di laman Twitter termasuklah:

“Wehhhh berita apa doh aku tengok malam ni? This world is sick. Totally sick AF.” (capslocked) – @rismahrudy

“Gila dia liwat anak dia macam gosok gigi…Jijik betoi la makhlok jenis ni.” – @tifaaaaa_

“Tak sanggup nk dengar..mcm mna anak kandung dia tu nk terus kn hidup .. 7 bulan beb .. 3 kali sehari” – @hairulsyafiq

Kes akan disebut semula pada 18 September ini sementara menuggu laporan kimia dan laporan kesihatan remaja perempuan malang terbabit.

5 Pulau Cantik Kurang Popular, Jom!

0

Tak popular tak bermakna tak cantik uols!

Bagi kaki travel yang masih belum tahu akan kewujudan lima buah pulau cantik ni, apa kata korang plan awal-awal untuk mengunjunginya pada masa terdekat.

Mesti tak menyesal punya.

1.Pulau Bohey Dulang, Semporna

5 Pulau Cantik Kurang Popular, Jom!

Merupakan pulau terbesar daripada lapan pulau di Taman Marin Tun Sakaran. Pulau Bohey Dulang terbentuk daripada letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu.

Korang juga akan mendapati yang Pulau Bohey Dulang mempunyai spesis batu karang dan ikan terbanyak di dunia lalu menjadikan ia sebuah pulau yang penuh pesona dan mengagumkan.

Aktiviti yang wajib dilakukan sewaktu berada di pulau ini adalah snorkelling, selam skuba dan mandi-manda bersama pelbagai jenis ikan.

TIP: Sewa snorkelling sekitar RM10 tetapi makanan tak disediakan. Lebih baik kalau korang prepare makanan ringan dari awal.

2.Pulau Tenggol, Dungun

5 Pulau Cantik Kurang Popular, Jom!

Mungkin pulau ini tidak sepopular Pulau Redang atau Pulau Perhentian tetapi ia merupakan pulau tumpuan bagi peminat skuba di seluruh dunia.

Lebar Pulau Tenggol ini lebih kurang dua hingga tiga kilometer sahaja. Pantainya juga pendek dan sangat landai. Apa yang menarik di sini adalah persisiran pantai yang cantik serta keindahan dasar lautnya yang cukup mengagumkan.

Kalau boleh, kunjungi pulau ini antara bulan Julai dan September kerana korang berpeluang untuk melihat kehadiran ikan yu dan pari besar yang sedang makan plankton dan udang kecil.

TIP: Kadar sewa bot untuk 6 hingga 10 orang penumpang adalah lebih kurang RM600 – RM650 sehari. Jadi lebih baik jika satu bot dikongsi beramai-ramai.

3.Pulau Kapalai, Semporna

5 Pulau Cantik Kurang Popular, Jom!

Sebuah lagi pulau dari Sabah! Pulau Kapalai tersembunyi di antara Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Ia terletak di atas batu-batu karang yang dikenali sebagai Ligitan dan merupakan syurga bagi penggemar sukan skuba dan snorkeling.

Bagi pasangan yang baru berkahwin, Pulau Kapalai adalah destinasi yang sesuai untuk berbulan madu dek kerana kecantikannya.

TIP: Perhatikan kepada kadar caj tiket penerbangan. Jika bertuah, korang boleh mendapatkan tiket serendah RM196 termasuk tax dan fuel surcharge untuk dua orang ke Tawau.

4.Pulau Aur, Mersing

5 Pulau Cantik Kurang Popular, Jom!

Terletak kira-kira 76 kilometer dari bandar Mersing, Pulau Aur merupakan pulau yang paling jauh daripada tanah besar. Keindahan pantai serta pasirnya yang halus memutih sudah cukup membuatkan hati terpaut.

Bagi penggemar aktiviti snorkeling, pasti kamu tidak akan jemu menyaksikan keindahan dasar laut yang dihuni pelbagai spesis ikan dan terumbu karang.

TIP: Bagi korang yang sukakan cabaran ekstrem, bolehlah cuba mendaki ke Batu Cina yang memakan masa kurang sejam pendakian. View dia, terbaik!

5.Pulau Mataking, Semporna

5 Pulau Cantik Kurang Popular, Jom!

Pulau Mataking terletak 40 minit dari Semporna dan 45 minit dari Sipadan. Kawasan menyelam yang paling terkenal di sini adalah Magic Rick, Alice Wall dan Mantis Ree.

Malah, kamu juga boleh melihat hidupan laut dengan lebih dekat seperti barracuda, tuna, pari dan banyak lagi. Pantainya yang cantik menjadi tarikan pengunjung yang ingin berjemur di bawah sinaran matahari.

TIP: Dari bulan Mei ke Ogos (sempat lagi ni!), antara keunikan yang ada di Pulau Mataking adalah kehadiran penyu hijau dan penyu karah (Hawksbill) yang menetas di pantai.