Padah Makanan Laut Tercemar Dengan Mikroplastik. Punca Penyakit Kepada Manusia

Share

Penggemar makanan laut, selalunya sanggup berbelanja lebih dan mencarinya di serata tempat untuk menikmati kelazatan hidangan laut disukai. Bagi mereka, kesegaran setiap gigitannya memberikan keenakan tersendiri dan sukar digambarkan dengan kata-kata.

Makanan laut yang digemari ramai selain ikan, udang, kupang dan kerang memang sedap untuk dijadikan pelbagai menu. Lagi-lagi orang Malaysia memang power bab makanan ni!

Foto via pexels

Namun, awas ya!

Baru-baru ini seorang bekas personaliti TV, Hazeman Huzir berkongsi mengenai kewujudan plastik yang terdapat di dalam perut ikan dan meminta orang ramai supaya berhati-hati. Lagi-lagi jika korang pengemar makanan laut.

 

Menurut Haze, hal ini itu berpunca daripada sampah plastik yang dibuang ke dalam laut sehingga menyebabkan pencemaran laut. Kemudian, sampah plastik itu dimakan ikan dan hidupan laut. Sekaligus masuk ke dalam badan hidupan tersebut.

“Sebab sampah dalam ikan yang kita makan tu affect sistem pembiakan manusia dan imun,” katanya.

Untuk info, Mikroplastik adalah istilah yang menggambarkan serpihan plastik yang tersebar di lautan dan plastik ini berkemungkinan akan dimakan oleh organisma laut. Mikroplastik juga merupakan bahan sintetik dengan kandungan polimer yang tinggi dan tidak dapat dihancurkan.

Sumber: Twitter

“Termanya microplastic. Puncanya sampah yang kita buang dalam laut tu dia pecah, ikan makan. Dan serap dalam badan ikan.”

Pencemaran mikroplastik dikesan menjadi ancaman kepada manusia yang memasuki sistem rantaian makanan melalui ikan termasuk di Malaysia.

Sebelum ini, menurut laporan Sinar Harian, isu pencemaran mikroplastik ini akan menyebabkan manusia terus menerus memakan plastik daripada ikan jika tidak ditangani segera.

“Pada Oktober 2018 kajian saintis antarabangsa temui mikroplastik dalam najis manusia, jadi kita jalankan kajian awal.

Tiada kesedaran sivik dan sikap tidak bertanggungjawab ini mungkin boleh mengundang ancaman buat bumi kita. Perkongsian itu mendapat respon dalam kalangan netizen yang turut meluahkan rasa kesal terhadap individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata tempat.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : Twitter @hazemanhuzir, Sinar Harian

 

IKLAN