
Tidak lengkap rasanya sekiranya hiburan akhir tahun korang tidak disinari dengan rancangan realiti nyanyian kegemaran ramai, Gegar Vaganza (GV).
Kembali untuk musim ke-12, Astro mengumumkan 13 orang peserta terdiri daripada penyanyi solo dan berkumpulan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura yang akan mengubati rindu korang terhadap otai-otai yang pernah mewarnai industri hiburan, satu masa dahulu.
Tampil dengan tema GV-Verse pada kali ini, GV12 dilihat akan membuka peluang kepada barisan peserta kali ini untuk melakukan comeback
secara sengit daripada tiga buah negara serantau itu.Jom kita lihat siapakah yang akan ditampilkan bagi menghidupkan semula pesona nyanyian masing-masing.
Kejutan diumumkan oleh pengacara, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad apabila GV12 menjemput SHY8 (pelakon yang popular dengan watak Usop Wilcha) sebagai peserta wildcard bagi musim ini. Pastinya ramai tidak tahu yang SHY8 juga mempunyai pengalaman dalam dunia muzik!
Haa, korang approve tak penyertaan penyanyi yang mempunyai keunikan vokal dan karisma yang bakal menyengat hati peminat sepanjang musim Gegar Vaganza kali ini?
Dalam pada itu, GV12 mengekalkan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat selaku juri.
GV12 akan dipancarkan secara langsung menerusi Astro One (saluran Astro Ria, 104) dan strim secara On Demand di Astro GO dan sooka pada setiap hari Ahad, jam 9 malam mulai 2 November 2025. Langgan Pek Astro One pada harga RM49.99 sahaja sebulan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.