Orang Ramai Diminta Ambil Langkah Berjaga-Jaga, Influenza A Dikesan Di Cyberjaya & Klang

Share

Selepas kes polio, kini masyarakat perlu berjaga-jaga dengan jangkitan Influenza A pula kerana Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah mengesan dua kes jangkitan tersebut di Cyberjaya dan Klang tempoh hari.

Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan menerima laporan penutupan sekolah dibeberapa negeri antaranya Pulau Pinang dan Selangor ekoran terdapat pelajar yang disahkan positif Influenza A.

Menurut Sinar Harian, Pengarah Kesihatan Selangor berkata kes pertama positif Influeza A adalah di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya melibatkan 20 pelajar dan seorang guru yang mengalami demam, batuk dan selesema.

Di Klang pula, hanya satu kes dikesan melibatkan dua beradik dalam satu keluarga.

Jangkitan virus influenza bermusim hanya mengakibatkan demam selesema yang ringan pada individu biasa namun boleh menyebabkan jangkitan teruk kepada kumpulan berisiko tinggi antaranya kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan individu yang berpenyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lelah.

Justeru itu, orang ramai digesa untuk sentiasa berjaga-jaga dan jika korang mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan dan hidung tersumbat, segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya gejala-gejala tersebut bertambah teruk.

Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika korang mempunyai simptom-simptom seperti yang disenaraikan.

Jangan ingat virus ini hanya dijangkiti oleh kanak-kanak sahaja, orang dewasa juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa serangan Influenza A.

Take care guys!

Sumber: Sinar Harian & FB Kementerian Kesihatan Malaysia

IKLAN