Orang Jepun Sukar Sebut Nama Orang Malaysia?

Share

Pernah tak korang jumpa nama yang pelik-pelik sampai tergeliat lidah nak sebut?

Baru-baru ini, seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Ridzwan Mahazan berkongsi pengalamannya  di Twitter sewaktu berada di Jepun di mana masyarakat sana mengalami kesukaran untuk menyebut namanya.

Selain itu, dia juga berdepan dengan proses sukar kerana budaya di Jepun mengamalkan panggilan nama keluarga sedangkan di Malaysia tidak mengamalkan perkara itu.

Susulan itu, ramai pengguna Twitter yang pernah berdepan dengan situasi sama berkongsi pengalaman mereka.

Difahamkan, kesukaran sebutan nama berlaku disebabkan ada abjad-abjad yang tidak wujud dalam tulisan Jepun iaitu Hiragana, Katakana dan Kanji.

Berbeza dengan huruf A-Z, Jepun mempunyai tulisannya sendiri membuatkan ada sebutan yang sukar disebut. Selain itu, nama orang Jepun selalunya terbahagi kepada dua iaitu nama keluarga dan namanya.

Untuk pengetahuan ramai juga, tidak ada dua nama keluarga yang sama di Jepun. Contohnya jika nama keluarga seseorang itu adalah Haruma makanya, hanya ada 1 keluarga sahaja di seluruh Jepun yang menggunakan nama keluarga itu melainkan berlakunya perkahwinan.

Apa-apapun, mungkin itu semua pengalaman manis berada di negara orang kan? Kemungkinan besar juga kita akan mengalami perkara yang sama bila terjumpa dengan orang dari negara lain.

 

IKLAN