
Bayangkan berjalan masuk ke bilik temu duga, dan sebelum sempat ucap “selamat pagi”, panel penemuduga sudah tersenyum lebar. Kenapa? Mungkin sebab kamu kelihatan “presentable” atau secara mudahnya — cantik! Tapi betul ke rupa paras yang menarik boleh memberi kelebihan dalam dunia kerjaya?
Jawapannya: YA. Kajian demi kajian telah membuktikan bahawa kecantikan luaran boleh memberikan impak besar terhadap peluang pekerjaan, gaji, malah promosi!
Menurut kajian oleh ahli ekonomi dari University of Texas, Daniel Hamermesh, individu yang dikategorikan sebagai lebih menarik secara fizikal memperoleh pendapatan sekitar 10-15% lebih tinggi
berbanding mereka yang dianggap “biasa-biasa”. Malah, sepanjang kerjaya mereka, individu yang paling menarik boleh menjana tambahan pendapatan sebanyak $250,000 berbanding mereka yang kurang menarik.Kajian lain oleh Harvard turut menyokong penemuan ini, menyatakan bahawa pekerja yang lebih menarik secara fizikal cenderung untuk mendapat tawaran gaji yang lebih tinggi dan peluang pekerjaan yang lebih baik.
Dalam dunia profesional, persepsi adalah segalanya. Rupa menarik sering dikaitkan dengan disiplin, gaya hidup sihat dan keyakinan diri. Dalam temu duga, majikan hanya ada beberapa minit pertama untuk menilai seseorang. Jika kamu kelihatan kemas, menarik dan ‘confident’, kamu secara automatik mendapat kelebihan berbanding calon lain — walaupun CV kamu lebih kurang sama!
Walaupun rupa memainkan peranan, ianya bukan jaminan untuk kejayaan jangka panjang. Majikan mungkin tertarik dengan penampilan kamu, tetapi untuk kekal dan naik pangkat, kamu tetap perlu menunjukkan prestasi, komitmen dan kemahiran sebenar.
Jadi, jika kamu rasa kurang menonjol dari segi rupa paras, jangan risau! Fokus kepada ‘personal branding’, komunikasi berkesan, dan kecerdasan emosi (EQ) — semua ini adalah aset penting yang tak lapuk dek usia.
Kecantikan bukan semata-mata faktor genetik. Ia juga merangkumi grooming, keyakinan, senyuman tulen, dan gaya komunikasi yang positif. Remaja boleh belajar tampil yakin dengan teknik mudah seperti:
Kalau kamu cantik — syukur! Tapi jangan terlalu bergantung padanya. Kalau kamu rasa tidak cukup menarik — jangan putus asa. Kerana dalam dunia sebenar, rupa hanyalah bonus
, tetapi karisma, kepintaran, dan usaha adalah tiket utama kejayaan.Jadi, remaja semua… tak kira bagaimana rupa kamu, yang penting ialah cara kamu bawa diri.
BACA LAGI : “Bos Dari Syurga!” Christy Ng Belanja RM40,000 Restock Pantri, Siap Ada Produk Penjagaan Diri Untuk Pekerja!
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.