Walaupun korang semua Gen-Y dan Gen-Z (& fine, jauh LEBIH TUA berbanding kami), pastinya nama Westlife dan lagu-lagu mereka tak janggal di telinga semua.
Boy band popular dari Ireland ini adalah idola dan crush kebanyakan remaja yang lahir dan membesar pada era 90-an dan awal 2000-an. Selain daripada memiliki berbelas-belas buah lagu yang menduduki kedudukan teratas dalam carta lagu, Westlife juga terkenal sebagai band yang mengolah lagu-lagu lama menjadi malar segar.
Uptown Girls, remember?
Walaupun Shane, Nicky, Kian, Mark dan bekas ahlinya, Brian sudah lama tidak menjadi topik bualan kita semua, namun lagu mereka masih kekal menjadi kegemaran ramai.
Ads
Siapa ada poster ini dalam bilik tidur korang? Hehe..
Untuk pengetahuan korang, Westlife baru-baru ini telah melakukan reunion mengejut setelah 7 tahun tidak mengeluarkan projek terbaru.
Bagi yang masih belum mendengar lagu baru mereka Hello My Love pada 11 Januari lalu, pergi dengar cepat! Selain itu, Westlife juga sedang bersiap sedia untuk memulakan jelajah konsert termasuklah Asia Tour pada tahun ini.
Ads
Baru-baru ini, Westlife telah mengunjungi Singapura dan sempat merekodkan temuramah bersama rakan media di Channel News Asia Lifestyle.
Singapura adalah destinasi istimewa untuk Westlife kerana Singapuralah lokasi penggambaran untuk klip video Lay My Love dan juga lokasi anugerah MTV Asia Award.
***
Ads
“Kami rindu menyiapkan album baru, menyanyi di hadapan peminat dan menjelajah dunia. Apabila menonton band baru melakukan persembahan, rasa rindu itu sudah tentu ada. Tambahan pula bila peminat sering meminta agar melakukan comeback..this is a must.
“Sekarang, genre yang biasa kami nyanyikan sudah kembali. Contohnya seperti lagu Perfect (Ed Sheeran) atau A Star Is Born (Lady Gaga), ia adalah muzik yang sama seperti kami,” kata mereka.
Tambah Westlife, “Kami ingin sekali lakukan duet bersama grup Korea seperti BTS. Mungkin mereka boleh lakukan tarian dan kami hanya menyanyi..? Tapi kami inginkan kolaborasi itu.”
Hhm, macam manalah bunyi Westlife campur BTS? Kenalah tunggu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Kuala Lumpur kembali bergema dengan kehadiran kumpulan pop-rock terkenal dari Indonesia, Nidji, yang mengadakan konsert mereka di Malaysia selepas 18 tahun.
Konsert ‘Nidji 2.3: The New Chapter’ yang berlangsung pada 2 Februari di Axiata Arena, bukan sekadar sebuah persembahan biasa tetapi sebuah perayaan muzik bagi menandakan 23 tahun perjalanan mereka dalam industri muzik.
Selain itu, dengan kehadiran seramai 10,000 penonton pada malam semalam telah menjadi saksi betapa peminat di Malaysia masih setia dengan kumpulan ini walaupun sudah hampir dua dekad sejak kali terakhir mereka mengadakan konsert di sini.
Dalam pada itu, sebagai tanda penghargaan kepada peminat, Nidji telah mempersembahkan 23 buah lagu, selari dengan usia kumpulan itu.
Sejak tirai persembahan dibuka, aura nostalgia terus menyelubungi arena dengan lagu-lagu Ku Takkan Bisa, Biarlah, Sumpah dan Cinta Matiku, serta Rahasia Hati yang membuatkan penonton turut sama menyanyi.
Kehebatan konsert ini semakin terserlah dengan lagu ikonik mereka seperti Laskar Pelangi, Teroesir (Menunggu Karma), Disco Lazy Time, Arti Sahabat, Nelangsa, Sudah, Wadoow, Teman Sejati, Lampu Hati dan beberapa buah lagu lagi.
Kemuncak emosi pada malam ‘Nidji 2.3: The New Chapter’ mencapai kemuncaknya apabila Nidji menutup persembahan mereka dengan lagu hit mereka ‘Hapus Aku’ yang mendapat sorakan gemuruh daripada peminat.
Kejutan istimewa turut mewarnai konsert ini apabila kumpulan Kugiran Masdo tampil sebagai tetamu undangan. Kolaborasi mereka dengan Nidji menerusi lagu Zayang Zayang mencipta momen istimewa buat peminat muzik Malaysia dan Indonesia.
Gandingan di antara kedua-dua kumpulan ini jelas terserlah memperlihatkan bagaimana muzik mampu menyatukan dua negara serumpun.
Selain membawakan lagu-lagu hits mereka sendiri, Nidji juga memberi penghormatan kepada lagenda muzik tanah air dengan menyanyikan Getaran Jiwa, lagu klasik yang pernah dipopularkan oleh Tan Sri P. Ramlee.
Versi piano yang dibawakan oleh vokalis Nidji, Ubay Yusuf membawa nafas baru kepada karya agung tersebut, namun masih mengekalkan keindahan melodi asal yang tidak lapuk dek zaman.
Antara salah satu elemen menarik konsert ini adalah kod pakaian yang ditetapkan kepada penonton iaitu bold, energetic, and expressive bukan sekadar satu tema fesyen, tetapi juga mencerminkan semangat dan tenaga yang ingin disampaikan oleh Nidji kepada peminat mereka.
Kelibat penonton yang hadir dengan gaya unik dan penuh warna-warni menambah lagi kemeriahan suasana, menjadikan konsert ini bukan sahaja tentang muzik, tetapi juga dapat diibaratkan sebagai sebuah perayaan ekspresi diri.
Kehadiran 10,000 peminat yang memenuhi ruang konsert membuktikan bahawa Nidji masih mempunyai pengaruh yang kuat di Malaysia.
Sambutan luar biasa ini menjadi bukti bahawa lagu-lagu mereka masih relevan dan dekat di hati pendengar, walaupun industri muzik terus berkembang dengan generasi baharu.
Konsert Nidji 2.3 ‘Nidji 2.3: The New Chapter’ bukan sekadar sebuah persembahan mengubat rindu, tetapi juga satu perjalanan emosi yang membawa peminat kembali ke zaman kegemilangan kumpulan ini.
Setiap setlist yang mengimbau kenangan, kejutan kolaborasi istimewa, serta tenaga luar biasa daripada barisan pemuzik dan penonton, konsert ini pasti akan dikenang sebagai salah satu persembahan terbaik yang pernah berlangsung di Kuala Lumpur.
Nidji kini terdiri daripada Ubay, Rama, Ariel, Randy, Andro serta Adri dan mereka baru sahaja melancarkan album terbaru yang berjudul Manifestasi Hati, sebuah karya yang mencerminkan evolusi muzik mereka sambil mengekalkan identiti yang telah lama dicintai peminat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari lagu kegemaran mereka, apa yang mereka akan bawa kalau hilang di angkasa, hingga pandangan mereka tentang DURIAN—semuanya ada dalam video ni! 🌟CRAVITY adalah kumpulan K-pop yang terdiri daripada 9 ahli berbakat: Serim, Allen, Jungmo, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, Seongmin, dan Kangmin. Mereka dikenali dengan konsep yang penuh tenaga dan muzik yang catchy.
Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥
Walaupun ramai pelakon yang single (atau acah-acah single) yang berjalan di karpet merah Festival Filem Malaysia ke-30 pada malam ini, pasangan selebriti yang diberi jolokan ‘Power Couples’ ini yang mencuri tumpuan!
Sama ada mereka telah berkahwin, sedang berskandal (eh!) atau terlibat dalam projek penggambaran, 6 pasangan selebriti ini telah menghangatkan lagi suasana Putrajaya International Convention Centre pada malam ini.
Jom tengok antara stail fesyen yang kami gemari.
01
Mira Filzah & Remy Ishak
Amboi kanda, jambul tu nak ke mana? Hehe..Mira Filzah & Remy Ishak hadir bergambar bersama sebagai pasangan pelakon dalam filem Rise: Ini Kalilah dan drama Pujaan Hati Kanda. Cantik sungguh Mira berbaju kebaya dengan kain songket dijadikan sebagai pengikat rupa.
Mira pernah menyarung persalinan mirip ini di majlis malam gala filem Rise: Ini Kalilah tahun lalu. Remy pula kelihatan dapper dengan memilih tali leher dan pocket square merah kedam.
02
Fattah Amin & Fazura
Satu lagi power couple yang tak perlu diperkenalkan lagi. Stail pasangan suami isteri ini seperti saling melengkapi. Seperti biasa, Fazura gemarkan dandanan dan solekan effortless bagi acara formal seperti ini.
03
Sean Lee & Elly Arrifin
Pasangan hos karpet merah Astro First Eksklusif ini kelihatan cukup comel apabila mereka memilih palet sut yang seakan sama. Sean mudah kelihatan seperti Oppa drama Korea korang, manakala Elly membuktikan perempuan juga boleh memakai sut di acara anugerah.
04
Puteri Aishah & Pasangan
Fuhh, kalaulah ada pasangan yang kami ingin sekali lihat naik ke jinjang pelamin, this is the one. Lihat je lah betapa ‘helok’ mereka kelihatan apabila berdiri bersebelahan.
05
Farid Kamil & Diana Danielle
Farid & Diana merupakan antara pasangan selebriti yang tak pernah mengecewakan dalam bab stail. Seperti biasa, mereka berdua selesa dengan persalinan monokrom putih dan hitam. Dress Diana juga mengingatkan kami kepada dress yang pernah disarung oleh Angelina Jolie pada acara Golden Globes, tahun lalu.
06
Pekin Ibrahim & Mona Allen
Well, well. Mereka tidak kelihatan matchy-matchy dan mereka masih kelihatan serasi! Pekin dan Mona Allen masing-masing memilih gandingan seluar dan blazer untuk malam FFM.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak boleh di sangkal lagi kalau Lisa BLACKPINK adalah bintang K-Pop yang paling popular ketika ini.
Selain menjadi idola K-Pop, Lisa juga merupakan model pelbagai produk, dari brand fesyen sampai la ke kereta. Bukan cuma di Korea saja, Lisa juga menjadi bintang iklan di negara asalnya, Thailand.
Terbaru, Lisa tampil memukau di acara jenama barang kemas Itali, Bulgari juga sebagai duta dan wajah baru “Eden The Garden of Wonders”, persembahan terbaru barang kemas Bulgari.
Lisa lagi sekali memuat mata tertumpu dengannya apabila tampil memukau dan apabila dia secara kebetulannya memakai set pakaian berona kuning yang sama seperti Anne Hathway. Rapper BLACKPINK ini juga duduk di barisan hadapan, selari dengan Anne dan Priyanka Chopra yang juga duta kepada Bulgari.
Untuk majlis tersebut, Lisa telah mengenakan set padanan berona kuning di mana bandeau dan column skirt miliknya itu daripada jenama Korea iaitu Pinkong. Manakala kasut tingginya pula daripada Alexander Vauthier.
Tapi korang perasan tak apa yang berbezanya kali ini? Ya… Lisa hadir tanpa rambut bang seperti sebelum ini.
Dia yang berambut blonde dengan potongan pendek itu telah menyisirkan rambut ke bahagian tepi untuk menunjukkan dahinya. Gayanya itu diperincikan dengan solekan subltlecat-eye dan bibirnya pula memakai lip gloss berona merah jambu.
Stunning betul Lisa dengan gaya sebegini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.