Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, pengacara Dayah Bakar telah menjadi milik orang!
Selebriti yang petah bercakap ini telah sah bergelar isteri kepada pegawai tentera berpangkat kapten, Muhammad Hanif Hamidi pagi tadi.
Jika semalam, Dayah telah diraikan dalam majlis berinai dengan memakai dress songket daripada pereka Wajie Ibrahim. Pereka fesyen itu berkongsi di dalam Instagram-nya tentang proses memilih konsep songket kuning, satu kelainan berbanding dress nikah selebriti lain pada tahun ini.
“Dayah tanya Wajie, malam berinai nak buat tema apa? Wajie cakap buat je ala keMelayuan, boring lah tengok Bollywood je. Wajie cakap songket lah sebab batik pun dah ramai sangat selebriti yang buat. Dayah terus on!” katanya yang juga mencadangkan Dayah untuk memilih kuning dan bukannya hijau.
Ads
Untuk majlis akad nikah pagi tadi di Ampang Hilir pula, Dayah memilih salah seorang daripada pereka kegemarannya Azura Couture.
“Saya memang kenal dengan kebolehan Azura. Dia memang berkebolehan dan tahu dengan minat serta citarasa. Kalau pilih Azura mesti siap pakai,” kata Dayah sebelum ini semasa bertemu dengan REMAJA.
Ads
Sementara itu, Azura juga menyifatkan sudah ibarat kakak-adik dengan Dayah sejak dia mula berkecimpung dalam bidang pengacaraan lagi.
“Saya ingat lagi Dayah pernah berkata, dia bukannya terkenal sangat tetapi ingin memakai Azura Couture semasa baru mengacara. Sejak itu, kami memang selesa dengan each other.
“Saya ambil masa sebulan untuk menyiapkan baju nikah Dayah dan Haniff. Tak banyak yang dimintanya, Dayah masih ingin menjadi diri sendiri pada hari nikah tapi dengan sedikit feature istimewa.
“Jadi saya gunakan teknik beading pada dress, manakala cape pada bahu kanan pula menambah rasa elegan,” kata Azura yang dihubungi REMAJA.
Ads
“Saya ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Dayah dan Haniff, semoga berkekalan.” Azura juga ialah pereka fesyen untuk baju resepsi mereka berdua.
Sementara itu, para bridesmaids Dayah yang juga terdiri daripada selebriti, Heliza Helmi memilih pereka fesyen, Lisa Adam Official untuk menyiapkan pakaian mereka pada pagi. Sweet, simple dan memang kena dengan dekorasi dais pada pelamin nikah.
Sekali lagi, tahniah kami ucapkan kepada Dayah Bakar dan Kapten Haniff Hamidi!
Kredit Foto: Instagram @saifulchin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tarikh 15 Mac kedengaran seperti baru saja berlalu. Namun, tempoh hampir dua bulan itu dirasakan amat panjang bagi penduduk Christchurch, New Zealand yang masih terkesan dengan serangan pengganas di 2 buah masjid terbabit.
Masjid Linwood serta Masjid Al Noor di Christchurch menjadi saksi kepada kejadian berdarah yang meragut 51 nyawa (angka terkini) pada hari Jumaat mulia.
Menurut laporan media di stuff.co.nz, ahli jawatankuasa Masjid Linwood yang terkesan dengan serangan tembakan rambang itu berharap agar bulan Ramadan ini akan menjadi ‘bulan terapi’ bagi komuniti Islam di kejiranan tersebut.
Imam Abdul Lateef berkata, mereka telah memasang lantai serta karpet baru untuk menyambut kehadiran Ramadan. Begitu juga dengan dinding yang sudah dicat baru. Ini semua bagi menerima kunjungan jemaah yang akan memenuhi ruang legar bagi menunaikan solat sunat Tarawikh.
”Ya, kami masih trauma dan sukar untuk lupakan ‘luka mendalam’ itu. Tapi apabila komuniti di sini semakin kuat dan bersatu, kami boleh mengharapkan antara satu sama lain,” kata beliau.
***
Di Masjid Al Noor Christchurch pula, orang ramai termasuklah yang bukan beragama Islam masih mengunjungi pada setiap hari untuk memberikan penghormatan dan sokongan. Orang ramai kelihatan tak kekok untuk memasuki ke pekarangan masjid yang kini dikawal oleh anggota polis selama 24 jam itu.
Aktiviti keagamaan seperti sesi tutor fardhu Ain, bersolat dan menjemput tetamu bukan Islam menyarungkan tudung sebelum melawat masjid itu berjalan lancar seperti biasa.
Masjid yang menjadi saksi kepada 41 jemaah terkorban seakan menyatukan umat Islam dan pada masa yang sama menarik minat orang luar terhadap Islam.
REMAJA rasakan kita sendiri boleh mengambil contoh bagaimana komuniti Islam di sana mengimarahkan masjid mereka lebih-lebih lagi dengan kehadiran bulan Ramadan ini.
Masjid menjadi tempat mereka berteduh, bergaul dan menuntut ilmu. Mungkin kita sebagai penerus generasi juga seharusnya berbuat sedemikian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik, pejam celik, siri variety popular Korea iaitu Running Man bakal menayangkan episod ke 542 sejak mula ke udara!
Cepat kan! Kami masih teringat episod terawal rancangan tersebut yang menjemput beberapa selebriti K-Pop dan K-Drama seperti Jessica Jung, Nickhun 2PM dan Son Dam-bi.
Selama ini, Running Man juga pernah berpeluang untuk menjemput bukan saja selebriti dari Korea Selatan. Malah beberapa nama besar dari luar bidang hiburan juga pernah menyertainya sebagai tetamu undangan.
Ini termasuklah pemain bola lisut profesional iaitu Choo Shin-soo dan Ryu Hyun-jin (episod 119), Jackie Chan (episod 135) dan pemain bola sepak, Park Ji Sung (episod 95-97 dan episod 152-154).
Kemunculan Istimewa
Namun, tiada siapa yang menjangkakan Running Man juga akan menjemput selebriti Hollywood gred A sebagai tetamu undangan akan datang!
Khabar angin yang sudah kedengaran sejak beberapa hari yang lalu akhirnya bakal direalisasikan! Running Man akan disertai oleh pelakon filem Mission: Impossible: Fallout termasuklah Tom Cruise, Henry Cavill (pernah berlakon untuk Superman) dan Simon Pegg (pernah berlakon untuk Star Trek).
Berita tersebut telah disahkan oleh pihak produksi dan stesen televisyen, SBS. Baru-baru ini, SBS telah memuat naik video teaser yang menampilkan Tom Cruise semasa mereka sedang menjalani sesi penggambaran untuk episod 542.
Kemunculan Tom Cruise, Henry Cavill dan Simon Pegg ini adalah sebahagian daripada misi promosi filem terbaru Mission: Impossible di Korea Selatan.
Untuk filem yang akan ditayangkan pada 27 Julai ini, Ethan Hunt (Tom) akan menentang Solomon Lean (Sean Harris) yang berjaya melarikan diri. Henry Cavill pula akan melakonkan watak agen CIA, August Walker.
Episod Running Man istimewa ini pula akan ditayangkan pada 22 Julai. Tak sabarnya, AIGOO!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain Instagram, channel YouTube juga menjadi platform anak muda untuk mendapatkan pendapatan. Disebabkan itu ramai yang berlumba-lumba untuk menghasilkan video terbaik demi meraih jumlah viewer yang tinggi.
Pernah tak korang terfikir berapa keuntungan yang mereka boleh dapat dengan hanya membuat video di YouTube? Ha, berikut kami senaraikan antara 10 YouTuber terkaya di dunia. Laporan ini diambil direkodkan pada 7 Disember lalu oleh Forbes.
1. Ryan ToysReview
Menjadi YouTuber paling muda dengan penghasilan sebanyak USD 22juta atau RM90,552,000. Korang tengok la viewers satu video budak ni pun dah berpuluh juta. Mana la dia tak dapat pendapatan yang masyuk macam ni kan.
Perghh, kecil-kecil lagi dah pegang duit berjuta-juta. Hebat sangat!
2. Jake Paul
Menampilkan content komedi, muzik dan isu-isu yang menarik perhatian netizen membuatkan lelaki ini memperoleh pendapatan sekitar USD 21.5 juta bersamaan dengan RM88,494,000 setahun.
3. Dude Perfect
Mempunyai seramai 38 juta subscribers di YouTube, dua beradik ini, Cory Cotton dan Coby Cotton menerima pendapatan sebanyak USD 20 juta iaitu RM82,320,000. Mereka menampilkan content-content seperti tips dan trik yang boleh menarik perhatian netizen.
4. DanTDM
Merupakan seorang YouTuber yang memberi fokus kepada gaming content. 20 juta subscribers yang diperolehinya membuatkan dia berada di tempat ke empat dengan pendapatan sebanyak USD 18.5 juta, RM 76,146,000 setahun.
5. Jefree Star
Seorang beauty blogger yang hanya mempunyai 11 juta subscribers, Jefree Star sering membuat make up review dan tutorial yang mencecah hingga berjuta viewers. Personaliti ini mampu meraih pendapatan sehingga USD 18 juta iaitu RM74,088,000 dalam setahun.
6. Markiplier
YouTuber gamer ini mampu menghasilkan sebanyak USD17.5 juta atau RM72,030,000 setahun denga jumlah subscribers seramai 22 juta orang.
Okay korang nampak tak macam mana social media boleh menjana pendapatan yang lumayan? Jadi apa lagi gaiss, cubalah fikirkan sesuatu dan try untuk hasilkan content menarik di socmed. Tapi, janganlah pula korang buat content-content yang merapu.
Carilah sesuatu content yang boleh mendorong remaja untuk lebih berjaya dan memberi faedah. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minho SHINee Hyrox Osaka jadi bukti disiplin dan ketahanan luar biasa apabila idola K-Pop ini mencabar diri dalam pertandingan kecergasan berintensiti tinggi.