Spekulasi mengenai penglibatan seorang selebriti lelaki terkenal dalam kes amang seksual terhadap remaja perempuan akhirnya seakan-akan terjawab hari ini apabila kelibat penyanyi dan pelakon Naim Daniel dilihat hadir ke Mahkamah di Putrajaya, pagi tadi.
Penyanyi berusia 28 tahun itu tiba sekitar 8.34 pagi dengan mengenakan sut serba hitam, menaiki sebuah kereta Mercedes berwarna putih dan ditemani oleh ibunya, Nora Taherah.
Ketika ditanya oleh pihak media mengenai kehadirannya, Naim hanya sempat mengucapkan ringkas.
Ads
“Assalamualaikum, okey Insya-Allah.”
Namun begitu, Naim tidak menjelaskan tujuan sebenar beliau berada di mahkamah.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa Pejabat Pendakwa Raya Selangor telah mengeluarkan arahan pertuduhan terhadap suspek, yang disiasat di bawah Seksyen 14(a), Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).
Ads
Kesalahan ini melibatkan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
Kredit: Instagram Naim Daniel
Difahamkan, selebriti berkenaan yang baru pertama kali membawa mangsa ke sebuah hotel, mula berkenalan dengan remaja tersebut kira-kira dua bulan lalu. Perkara itu diperoleh hasil siasatan awal oleh pihak polis.
Ads
Terdahulu, individu terbabit telah ditahan pada 3 Jun lalu, selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap mangsa di sebuah hotel sekitar Selangor. Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: MH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lukisan tatu di tubuh sering kali dianggap individunya menganggotai kumpulan samseng atau gangster. Ada gambar atau lambang tertentu mewakili digunakan oleh anggota kumpulan kongsi gelap ini.
Bagaimana jika lukisan tatu ini dianggap budaya atau seni dan bukan jenayah seperti dilakukan oleh sekumpulan remaja dari Indonesia ini? Kala ditanya agamanya, masing-masing mengaku Islam. Tapi kata mereka, tatu ini mewakili budaya bangsa dan punya filosofi tersendiri.
Raggea, bersama kumpulan muziknya. Setiap hari mereka mencari rezeki di Kota Tua
Remaja menemui Opar, 30 atau senang dipanggil Raggea di Kota Tua dalam kunjungan ke Jakarta baru-baru ini. Menganggotai kumpulan muzik dan mencari rezeki di kota lama yang disebut Batavia setiap hari, di tangannya penuh dengan lukisan tatu kekal.
Jelas Raggea, setiap tatu di lengannya ada filosofi tersendiri kepada empunya badan. Seperti saya, ada lukisan gambar Doraemon, kompas, jam dinding dan juga jam digital.
“Filosofinya begini. Doraemon ini mewakili kita semua. Ia boleh datang dari masa lalu dan masa datang. Dia juga mampu melakukan apa saja dan semuanya keberhasilan,” katanya yang punya kepandaian bermain piano dan biola bagi menghiburkan pengunjung dan pelancong ke kota tua itu.
Bagi Raggea, dia ada filosofi tersendiri tentang tatu di tubuhnya
Kata Raggea lagi, tidak semestinya pemilikan tatu ini terlibat dengan jenayah kerana mencacah tatu sudah menjadi satu budaya lama Indonesia yang diamalkan oleh Suku Mentawai di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat. Dikatakan, lukisan cacah dari suku Mentawai ini seni tubuh tertua di dunia, bahkan lebih tua dari seni tatu di Mesir.
“Bagi saya, ini cuma budaya dan seni. Apa pandangan orang, itu terpulang kepada tuan punya badan. Saya sendiri harus menjaga perlakuan saya agar pemilik tatu yang lain tidak dipandang serong kerana perbuatan saya misalannya.
“Jadi setiap orang yang mempunyai tatu ini harus menjaga perilaku diri masing-masing supaya kesalahan itu tidak diletakkan kepada orang yang tidak melakukan kesalahan. Begitu juga lambang gambar yang dipilih. Kita harus tahu kerana kita yang mendukungnya kelak,”katanya yang memperkenalkan kawan-kawannya yang lain seperti Nawi, Dian, 17 tahun, Yuli, 16 dan ramai lagi.
Pelbagai corak dan lambang dipilih oleh remaja ini
Secara luarannya, remaja yang menganggotai kumpulan muzik ini punya kisah hidup tersendiri. Ada sudah berkahwin pada usia 15 tahun, ada yang sudah tidak bersekolah lagi malah Kota Tua Ini menjadi rumah kedua mereka untuk mencari rezeki.
Kota Tua (Batavia) yang sentiasa penuh dengan pelancong dan penduduk tempatan di cuti hujung minggu. Ada pelbagai aktiviti dilakukan di Kota Tua ini
Mereka menghiburkan pengunjung ke Kota Tua itu dengan lagu-lagu yang diminta. Lagu terkini mahupun lagu-lagu lama. Bukan hanya Raggea dan kumpulannya tetapi ada ramai lagi kumpulan muzik yang mencari rezeki dengan cara yang sama, ditambah Kota Tua ini memang menjadi tumpuan pelancong dan bangsa Indonesia sendiri di hujung minggu. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini termasuk berbasikal, duduk di dataran yang luas, ada muzium dan sebagainya. sedikit makluman, sebelum kota Jakarta, Kota Tua ini adalah ibu negara Indonesia.
Dari luar penampilan Raggea nampak sedikit ‘selekeh” kerana jeans dipakainya sudah koyak rabak tetapi seperti katanya itu hanya nilaian orang luar dan sesiapa boleh beranggapan begitu. Tetapi hanya dia dan kawan-kawannya yang tahu bahka biar dia dan rakan-rakannya berbeza suku tetapi katanya, dia hanya tahu mereka semua sama, iaitu mewakili Bangsa Indonesia.
Raggea ada sebab tersendiri mencacah lengannya dengan tatu
Ditanya di mana dia dan teman-temannya mencacah tatu, katanya ada di Kota Tua ini, boleh dilakukan secara manual dan penggunaan mesin.
“Setiap orang itu sudah faham akan pilihan masing-masing. Sama seperti saya, kawan dan pencacah tatu, masing-masing ada bertanggungjawab untuk tidak sama-sama berdosa di atas setiap pembuatan mereka.
“Sebab itulah, bila kami berani mencacah tatu ini, kami harus menjaga perlakuan. Ada orang menganggap kami lakukan jenayah biarpun tidak. Pendek kata terpulang kepada orang yang melukisnya, orang yang memilikinya dan orang yang menilainya,” katanya yang mendendangkan sebuah lagu Broery Marantika yang cukup lunak didengar.
Seperti diketahui hukum bertatu itu haram. Pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 1/2017-1438H yang bersidang pada 15 Februari 2017 bersamaan 18 Jamadiawwal 1438H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-86 berkenaan Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam dengan pindaan sighah seperti berikut :
Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram.
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada kerana tempat yang ditatu itu adalah najis jika tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.
Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudaratan pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat tersebut.
Hukum tetap hukum, jangan dicampur ianya sebagai budaya atau seni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berikutan fizikal pelakon filem romantik Pilot Cafe itu kelihatan sedikit berbeza, rata-rata netizen mula berteka-teki mengenai status kehamilannya.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen mula dibanjiri dengan dakwaan sedang hamil, selain mereka juga tidak lepas peluang untuk mengucapkan tahniah buat bekas hos rancangan hit MeleTOP itu.
“Macam nampak ‘baby bump’ sahaja,” komen seorang pengguna.
“SubhanAllah, something cute coming soon,” komen juga seorang pengguna,
“Macam baru sahaja umum lahirkan Abbas. Alhamdulillah rezeki lagi,” tulis pengikutnya yang lain.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan daripada Neelofa mahupun Haris berkenaan perkara tersebut.
Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama PU Riz pada tanggal 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa sangka gadis kecil molek ahli kumpulan Dolla, Tabby menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang tercalon dalam senarai 100 Wanita Tercantik 2021 (100 Most Beautiful Faces of 2021) oleh TC Candler.
Menerusi laman Instagram @tccandler, Tabby telah dicalonkan sebagai salah seorang Faces of 2021. Peminat Tabby boleh memberikan like dan komen sebagai tanda sokong di hantaran tersebut.
Setakat ini, gambar Tabby telah menerima lebih daripada 2,000 komen dan hampir 26 ribu like.
Remaja berusia 21 tahun ini sendiri tidak menyangka bahawa dirinya tercalon, namun mengakui pencalonan ini sedikit sebanyak menjadi pembakar semangatnya.
Katanya menerusi Astro Gempak, dia hanya seperti orang lain, tetapi tetap bersyukur tersenarai dalam pencalonan tersebut walaupun baginya masih ramai lagi wanita cantik di luar sana yang lebih layak.
“Saya sangat bersyukur kerana mendapat nominasi yang besar daripada TC Candler, saya betul-betul terkejut ketika mula-mula tahu mengenai perkara ini. Susah untuk saya percaya perkara ini kerana artis-artis lain semuanya hebat,”
“Bagi saya, seorang yang cantik memiliki hati yang murni dan personaliti menarik, sesiapa sahaja boleh jadi cantik. Ia bermula daripada diri sendiri.. Sayangi diri dan keyakinan itu perkara utama, kemudian barulah paras rupa,” jelas Tabby.
Tabby turut bersaing bersama ahli kumpulan Blackpink, Rose dan Jennie serta selebriti-selebriti Hollywood seperti Emma Watson dan Natalie Portman.