Rupa paras yang menawan dan tampan semestinya menjadi idaman setiap insan dan salah seorang figura yang sering dipuji dek kerana rupa parasnya ialah ahli kumpulan BTS, Jimin.
Bahkan beliau pernah menduduki tempat ke-35 dalam senarai ‘100 Wajah Paling Kacak 2022’ yang dikeluarkan oleh TC Candler.
Maka tidak hairanlah apabila ada peminat yang sanggup mengeringkan dompet mereka demi kelihatan seperti idola tersebut menerusi jalan singkat seperti pembedahan kosmetik.
Colluci dikatakan ingin merubah mukanya agar mudah diterima oleh penonton drama Korea.
Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila seorang pelakon Kanada bernama Saint Von Colucci dilaporkan meninggal dunia selepas menjalani beberapa siri pembedahan kosmetik untuk menyerupai penyanyi BTS Jimin.
Ads
Menurut laporan daripada MailOnline, pelakon itu dikatakan telah meninggal dunia selepas mengalami komplikasi daripada salah satu pembedahan kosmetik tersebut.
Dari kiri, terdapat perubahan drastik terhadap muka pelakon Kanada ini dek kerana sering menjalani pembedahan kosmetik.
Dilaporkan juga pada malam Sabtu lepas, pelakon itu menjalani pembedahan di salah sebuah hospital di Korea Selatan untuk mengeluarkan implan rahang yang telah dimasukkannya pada November lepas meskipun telah dimaklumkan akan risiko tinggi pembedahan tersebut.
Malang tidak berbau apabila beliau dikatakan terkena jangkitan dari implant tersebut yang akhirnya membawa maut.
Ads
Ketampanan ahli BTS ini juga sering melariskan sebarang jualan produk kosmetik mahupun penjagaan kulit yang digunakannya.
Antara pembedahan lain yang dilaporkan telah dijalankan oleh peminat ahli BTS itu ialah operasi hidung, mata, kening dan bibir yang hampit mencecah $220,000.
Sekadar info, Colucci dikatakan telah berpindah ke Korea Selatan dari Kanada pada 2019 untuk meneruskan kerjaya dalam industri muzik. Tahun lalu, dia dilaporkan turut berlakon dalam drama bersiri Korea Pretty Lies (Cogimar), yang menjalani penggambaran dari bulan Jun hingga Disember.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Yahoo, The Star
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sukan berbasikal sudah menjadi satu trend berbilang peringkat umur di negara kita. Yang muda, yang dah berkahwin, yang sudah berkeluarga – kalau boleh semua orang ingin mencuba berbasikal.
Namun, disebabkan kos ratusan hingga ribuan Ringgit yang perlu dilaburkan, tak semua orang mampu menaiki basikal premium yang ‘sedap’ dibawa.
Penulis tertarik dengan satu pasangan di media sosial ini apabila si suami dikhuatiri telah membeli basikal premium secara senyap-senyap tanpa memberitahu pasangan mengenai harga basikal tersebut.
Segalanya ‘terkantoi’ apabila si isteri yang dikenali menerusi akaun @cikNils memerhatikan muat naik berkenaan harga basikal oleh akaun @theborneoghost yang mirip dengan basikal suaminya itu.
Menerusi muat naik itu, ia memaparkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Yang Berbahagia Khairy Jamaluddin di hadapan basikal premium miliknya.
Laporan insiden KJ terjatuh basikal baru-baru ini nampaknya mencuri tumpuan pengeluar basikal popular dari Itali, Pinarello UK dan pihak mereka mengesali insiden tersebut.
Sebagai ‘hadiah’ kepada KJ sambil berharap beliau pulih dengan segera, Pinarello menawarkan set gantian penuh basikal Dogma F10 yang dianggarkan bernilai RM45,000.
*
Jelaslah, si suami terkantoi membeli basikal premium mirip basikal KJ.
Apa yang lucunya adalah apabila tweet tersebut dihujani komen balas pengguna lelaki yang cuba menolong si suami dalam situasi ‘kantoi’ ini.
Member tak member, lelaki kena back up lelaki lain kan. #BroCode
Haih, korang baca sendiri beberapa cara pengguna Twitter lelaki di bawah untuk cuba menolong si suami tadi.
*
Typo Harga
.
Cakap Dapat Hadiah Cabutan Bertuah
.
Shopee Pun Terkena Tempias
Klon Basikal Taiwan
.
Beli Basikal Ikut Kilo
.
Nampak Je Original
.
Beza Basikal CBU & CKD
.
Beli Tayar Dapat Basikal
.
Salah Currency
.
Ingat! Jual Balik Masa Sales
.
KJ Buat Giveaway
*
Macam-macam ya!
Apapun, @cikNils berseloroh dan berkata tiada insan yang tercedera sepanjang tularnya tweet tersebut. Basikal yang dibeli oleh suaminya itu juga “masih elok dijaga”.
Jangan main-main ya dengan pasangan korang, boys. Mereka ini lebih pintar dan pantas daripada spy!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasport Malaysia telah diiktiraf sebagai pasport ke-12 paling berkuasa di dunia, menurut laporan terkini oleh Henley Passport Index. Kedudukan ini mencerminkan kekuatan pasport Malaysia yang memberi akses visa percuma atau visa pada ketibaan ke 182 buah negara daripada 227 destinasi di seluruh dunia.
Jatuh satu anak tangga berbanding kedudukan ke-11 sebelumnya. Menerusi indeks yang dikemas kini setiap bulan dan merangkumi 199 pasport berbeza itu.
Difahamkan, pasport Malaysia pernah menduduki tempat kelapan iaitu dalam kedudukan 10 teratas negara paling berkuasa di dunia pada 2014. Sementara itu, Singapura mengekalkan kedudukan di tangga pertama memiliki pasport paling berkuasa dan rakyat dapat melawat serta mengakses 195 negara tanpa memerlukan visa.
Pasport Malaysia Ke-12 Paling Berkuasa di Dunia, Singapura Kekal Kedudukan No1
Perancis pula berada di kedudukan kedua diikuti Jerman, Itali, Jepun dan Sepanyol iaitu kebolehan mengakses perjalanan tanpa visa ke 192 negara.
Negara di tangga ketiga adalah Austria, Finland, Ireland, Luxembourg, Belanda, Korea Selatan dan Sweden dengan kebenaran ke 191 negara.
Antara negara Asean yang lain, Brunei menduduki tangga ke-19, Thailand ke-60, Indonesia ke-65, Filipina ke-73 dan Kemboja ke-86 manakala Vietnam ke-88, Laos ke-90, serta Myanmar ke-92.
Untuk info, indeks ini dikeluarkan berdasarkan data terkumpul oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan dianggap sebagai rujukan standard buat pengguna di seluruh dunia yang mahu menilai tahap kekuatan pasport negara masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sehari dua ini kecoh di media sosial kes berkaitan isu doula (peneman kelahiran) yang dianggap sebagai penganti bidan suatu ketika dahulu. Malangnya semakin maju dunia perubatan semakin ramai pasangan muda yang terpengaruh untuk kembali bersalin di rumah, sama seperti nenek moyang mereka lakukan dahulu.
Mungkin isu doktor lelaki yang menyambut bersalin, diperiksa dan lain-lain dakyah yang timbul yang mana masyarakat menjadikan media sosial sebagai medan untuk mempercayai berita, isu kelahiran sendiri di rumah ini mula menular tetapi malangnya telah mengakibatkan berlaku kematian baik kepada ibu mahupun bayi dalam kandungan.
Terdorong untuk menyedarkan masyarakat betapa khidmat perubatan yang diiktiraf amat penting dalam soal bersalin, persatuan doktor MEDICAL MYTHBUSTER MALAYSIA telah menulis surat secara terbuka meminta DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Tuanku Permaisuri Johor untuk bersuara dalam isu ini,
SURAT TERBUKA UNTUK DYMM SULTAN JOHOR SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR DAN TUANKU PERMAISURI JOHOR
Ampun Tuanku,
Terlebih dahulu kami memohon ampun, beribu ampun jika sekiranya kehadiran surat ini tidak mengikut adat dan cara yang selayaknya antara rakyat dan Raja. Namun ada perkara yang benar-benar memerlukan suluhan perhatian segera dari Tuanku berdua selaku payung negeri ini.
Ampun Tuanku,
Pada beberapa hari lalu, negara dikejutkan sekali lagi dengan sebuah kes yang kecoh di media sosial berkenaan kematian seorang bayi yang dilahirkan di rumah. Malang sekali, tragedi menyayat hati ini terjadi di dalam negeri di bawah naungan Tuanku.
Dari dapatan awal, kami mempunyai bukti-bukti yang agak membimbangkan sehingga memberi gambaran bahawa kematian tersebut berpunca dari kegagalan ibu bapa bayi berkenaan mendapatkan rawatan di hospital ketika bersalin. Puncanya kerana terpengaruh dengan dakyah dan hasutan pihak tertentu yang tidak berkredibiliti.
Pihak tertentu yang dimaksudkan adalah sekumpulan individu yang menggunakan gelaran doula (peneman kelahiran) aktif mempromosi kelahiran secara alami. Kelahiran alami adalah kelahiran tanpa pemantauan dari ahli yang mahir seperti doktor, tanpa intervensi perubatan perubatan jika kandungan bernama lah, serta satu ideologi bahawasanya, kelahiran boleh dilakukan dimana-mana hatta tanpa pemantauan petugas perubatan yang terlatih.
Ajaran ini bertentangan dengan prinsip perubatan yang mana setiap kandungan mestilah menjalani penilaian risiko oleh pasukan perubatan, dan setiap kelahiran mestilah dilakukan di dalam suasana yang selamat serta hendaklah dihadiri oleh kakitangan perubatan yang bersiap-siaga sekiranya terjadinya sebarang komplikasi.
Ramai memilih bersalin di rumah khususnya pasangan muda selepas terpengaruh dengan media sosial bahawa kaedah ini selamat. pix sumber internet
Lebih menyayat hati, kes yang berlaku baru-baru ini adalah bukannya kes pertama sepertinya. Sebaliknya semenjak beberapa tahun kebelakangan ini sudah berlaku beberapa kes kematian ibu dan anak, serta kes komplikasi akibat ibubapa yang terpedaya memilih untuk melahirkan anak tanpa pengawasan perubatan. Cumanya kes-kes ini tidak mendapat liputan di media. Mereka terlindung disebabkan kekangan dari pihak hospital untuk mendedahkannya atas faktor privasi dan etika kerahsiaan pesakit.
Akibatnya kumpulan-kumpulan doula ini tetap masih aktif bermaharajalela mempromosi kegiatan mereka, mengadakan kelas-kelas bersalin di seluruh negara. Di Johor juga, mereka bergerak bebas dengan sewenang-wenangnya. Bayaran yang mereka kenakan untuk ibu-ibu mengandung untuk menghadiri kelas mereka tidak masuk akal harganya.
Memilih bersalin di rumah konon mahukan privacy dan tidak mahu dibidankan oleh doktor lelaki antara punca budaya ini mula menular. pix soscili
Secara umumnya kita menyokong diadakan kelas-kelas sokongan sedemikian, namun yang menjadi masalah apabila doula-doula ini mula mengeluarkan pendapat perubatan mereka sendiri dan mempengaruhi ibu-ibu yang kita di pihak perubatan sudah sahkan berisiko tinggi untuk bersalin.
Mereka juga aktif mempengaruhi ibu-ibu untuk menolak vaksin, menolak pemeriksaan kesihatan berkala yang dilakukan di klinik kesihatan seperti ujian minum air gula bagi kencing manis, ultrasound dan seumpamanya lagi.
Ampun Tuanku,
Malangnya dari sudut perundangan, tidak ada cara yang boleh kita ambil untuk mereka ini dikenakan tindakan. Ini kerana mereka tidak memperkenalkan diri mereka sebagai doktor atau bidan kepada pelanggan mereka.
Mereka ini juga tidak pernah diiktiraf oleh mana-mana badan autoriti termasuklah KKM. Bagi kes-kes kematian dan kecelakaan yang berlaku pula, mereka memberikan alasan komplikasi tersebut terjadi akibat pilihan ibubapa sendiri.
Medical Mythbuster Malaysia menghantar surat terbuka kepada Sultan Johor dan Permaisuri Johor
Ampun Tuanku,
Kes di Johor ini sudah tersebar luas di media sosial. Seorang bayi yang sepatutnya selamat dilahirkan ke dunia, namun akibat tindakan ibubapanya yang dikhabarkan sudah dipengaruhi pemikirannya oleh seorang doula, bayi itu sudah meninggal dunia.
Kami sebagai pengamal perubatan merasakan kes sebegini sangat mendukacitakan kerana sekiranya kelahiran tersebut dilakukan di fasiliti kesihatan yang lengkap, pastinya keadaan akan berbeza sama sekali.
Ampun Tuanku,
Negeri Johor kini sedang berkembang pesat dan maju di bawah naungan Tuanku. Namun kehadiran pihak begini, seakan-akan mahu mengundurkan masa dan kembali ke zaman sebelum merdeka dengan dakyah kefahaman salah mereka.
Kami para pengamal perubatan berpendapat, tidak selayaknya negeri Johor yang serba moden di bawah mahkota Tuanku mempunyai amalan-amalan primitif seperti ini.
Sebagai Sultan yang berjiwa rakyat, dikasihi dan disegani oleh setiap lapisan Bangsa Johor, kami merendah diri, merafak sembah memohon semoga Tuanku membantu kami sebagai para pengamal perubatan yang bergiat aktif di media sosial untuk menyedarkan masyarakat tentang kemudaratan yang sedang berleluasa ini.
Ketegasan Tuanku di dalam isu pengharaman vape di Johor misalannya menjadi contoh terpuji yang kami junjung dan sanjung, betapa kebijaksanaan tidak terperi Tuanku di dalam soal kesihatan rakyat. Kami pohon Tuanku bantu juga kami dalam isu ini bagi menghentikan kehilangan nyawa yang tidak berdosa.
Tuanku payung negeri lah tempat rakyat seperti kami mengadu nasib dan mengharapkan pembelaan. Kami mengharapkan sokongan Tuanku supaya penyiasatan menyeluruh, terperinci dan telus dapat dilakukan ke atas kes yang berlaku ini oleh pihak berkuasa. Kami tidak sanggup lagi mendengar kes seumpamanya berlaku ke atas sesiapa pun.
Seorang bayi kehilangan nyawanya. Seorang ibu yang berpantang tanpa kehadiran bayinya. Seorang ayah yang dilanda kesedihan kerana pemergian warisnya.
Medical Mythbusters Malaysia menganjurkan kempen #SayNoToUnsafeBirth
Ampun Tuanku,
Atas inisiatif kami sendiri, kami di Medical Mythbuster Malaysia (M3) mengusulkan kempen #SayNoToUnsafeBirth di media sosial bagi memastikan pasangan muda dan ibu-ibu mengandung, sentiasa berhati-hati dalam menerima pendapat perubatan dan sentiasa meletakkan keselamatan sebagai prioriti utama.
Kami mahu timbulkan kesedaran bahawa bahaya kelahiran tidak selamat ini memang nyata, serta kesannya sangat buruk.
Semoga dengan keprihatinan Tuanku sebagai Sultan dan Permaisuri Negeri Johor, kita dapat menyekat kewujudan anasir yang berniat jahat yang sedang meresap di kalangan rakyat Tuanku khususnya dan gemanya sampai ke seluruh pelusuk negara.
Kami bersedia mengadap Tuanku sekiranya diarahkan memberikan perincian lanjut berkenaan soal ini.
MEDICAL MYTHBUSTER MALAYSIA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.