
Pelari pecut Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal melakar sensasi apabila dinobatkan sebagai ratu pecut Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Stadium Sarawak, Kuching hari ini.
Malah atlet dari Selangor yang berusia 19 tahun itu turut melakar kejutan apabila memperbaharui rekod 100 meter (m) temasya menerusi catatan 11.64 saat (s).

Kejayaan tersebut sekaligus memadam rekod SUKMA 11.81s milik Azreen Nabila Alias yang dirakam pada edisi 2018 di Perak enam (6) tahun lalu.
Pingat perak pula menjadi milik pelari Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad menerusi catatan 11.90s, manakala pelari tuan rumah, Ormilla Octavia Codday pula di tempat ketiga menerusi catatan 12.19s.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jamin Anak Ditahan Ingkar PKP, Bapa Bayar Guna Duit RM1 Hasil Pecah Tabung

Walau sudah berulang-ulang kali “dinyanyikan” stay at home, stay at home, tapi adakalanya kedegilan mengatasi nasihat.
Tanyalah pada mana-mana ibu atau bapa, buruk mana pun perangai anak, mereka masih mengakui anak mereka baik. Doa tak pernah putus untuk anak berubah jadi lebih baik dari sebelumnya tapi hari ini, anak-anak susah mendengar kata. Mereka hanya mahu menurut kata hati dan lebih gemar mendengar nasihat kawan-kawan yang perangainya lebih kurang sama.
Terbaru, seorang pengguna fb, Iza berkongsi kisah seorang bapa yang sanggup korek wang tabung demi membebaskan anaknya yang ditahan akibat melanggar perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah pun memasuki fasa ke tiga hari ini.
REMAJA mengharapkan anak-anak agar mendengar kata dan tidak sampai menyusahkan ibu ayah dengan berkelakuan begini. Kalau kita orang senang, wang mungkin bukan soalannya tapi kalau sekadar biasa-biasa saja kehidupannya, adalah lebih baik duduk di rumah dan mendengar kata supaya tidak menyusahkan sesiapa.

Terima bayaran kompaun pagi tadi dr seorang bapa. Yang kena anaknya berumur 18 tahun. Kenapa ada duit syiling? Kenapa guna duit RM1. Jenuh Iza nak mengira pagi td. Bila ditanya. Jawapannya “KOREK TABUNG”. Sentap hati ni dengar.
Wahai anak-anak sekalian terutama anyg masih belum bekerja. Masih bersekolah, tolonglah duduk rumah. Janganlah mengada-ngada nak lepak-lepak dengan kawan2 bagai. Jangan mengada-ngada konon-konon tunjuk hero naik motor merayap sana sini. Sekali kena nah ko susahkan mak pak. Korang ingat senang nak cari duit?
Iza doakan bila anak-anak ini dah bekerja nanti, ko bayarlah balik duit mak pak korang ni. Perit wei kira duit tabung semata-mata nak bayar kompaun untuk anak.
Please duduk rumah
Stay at home
#sentappagini
#kitajagakita
#stayathome
Gambar : Sekadar hiasan dari Google
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mahu Dalami Budaya Masyarakat Melayu, Pelajar China Pilih Lanjut Pengajian Di USIM

Seorang pelajar dari Hebei di utara China, Zhao Ying Qi berhasrat untuk meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Arab, Inggeris dan Melayu selain ingin memahami budaya masyarakat Melayu sehingga mendorongnya memilih Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai sebagai destinasi pengajian.
Ying Qi (18) antara 1,200 pelajar yang mendaftarkan diri bagi mengikuti program Tamhidi USIM pada 24 Julai lalu.
Dia yang lebih mesra dipanggil Hikma berkata, selain ingin menguasai dengan baik Bahasa Arab, Inggeris dan Melayu, dia turut mahu mencari ramai kawan baru dan mendalami pemahaman mengenai pengajian Islam di USIM.
“Malaysia bukan asing bagi saya kerana pernah mendapat pendidikan peringkat rendah dan menengah di Sekolah Islam Antarabangsa Gombak, Selangor selama sembilan tahun”
“Sepanjang tempoh itu, saya berjaya memperoleh sijil IGCSE dan menghafal enam juzuk al-Quran. Saya ingin meletakkan asas yang kukuh dalam akademik dan pengajian agama”

Hikma juga turut akan mengikuti kursus Tahmidi dalam Teknologi Sains dan bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek.
Tambahnya lagi, reputasi USIM dalam menawarkan program pengajian sains yang cemerlang dalam persekitaran Islam menarik minatnya.
“Rakan memperkenalkan universiti ini kepada saya dan selepas melakukan kajian dengan teliti, saya mendapati ia sesuai dengan kehendak”
“Malaysia menawarkan persekitaran Islam yang lebih baik, berbanding belajar di China,” katanya menekankan kepentingan suasana yang menyokong nilai yang baik untuk perkembangan peribadi dan akademiknya”
Dia berharap dapat memberi inspirasi kepada pelajar antarabangsa lain untuk pertimbangan belajar di luar negara, terutama di Malaysia dalam persekitaran yang bukan sahaja menawarkan kecemerlangan akademik tetapi juga memupuk perkembangan peribadi dan rohani.
Sumber: Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kartunis Negara, Datuk Lat Terima Anugerah Seniman Negara 2024

Kartunis negara, Datuk Lat baru-baru ini mendapat penghargaan apabila Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan Anugerah Seniman Negara kesembilan kepada beliau pada malam Rabu, semalam di Majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024.
Datuk Lat atau nama sebenarnya Mohd Nor Khalid (73) turut menerima wang tunai sebanyak RM60,000, watikah, trofi dan sepersalinan pakaian kebangsaan.
Selain itu, beliau turut dianugerahkan status sebagai Seniman Tamu MOTAC serta insentif untuk meneruskan karya seni dan layak menerima rawatan kelas pertama di hospital kerajaan.

Datuk Lat terkenal menerusi seni kartun yang kaya dengan elemen budaya Malaysia yang pelbagai serta gemar menggunakan pendekatan dekat dengan hati rakyat menerusi karyanya.
Antara karya terkenal beliau adalah seperti Kampung Boy dan Town Boy bukan sahaja menyajikan humor yang menggelikan hati, tetapi juga mencerminkan perubahan sosial di Malaysia sepanjang beberapa dekad.

Dalam pada itu, pada majlis yang sama Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin turut menerima Anugerah Khas Biduan Negara 2024 yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus.
Sementara itu, lima pengiat seni tanah air menerima Anugerah Karyawan Seni iaitu Datuk Mokhzani Ismail bagi kategori Karyawan Seni Muzik; Zakaria Ariffin (Karyawan Seni Lakon/Pementasan); Wong Kit Yaw (Karyawan Seni Tari); Bangie Anak Embol (Karyawan Seni Kraf Tangan) dan Wong Hoy Cheong (Karyawan Seni Visual).

Anugerah terakhir, Anugerah Pendukung Seni pula diberikan kepada Radio Televisyen Malaysia bagi kategori media, Yayasan Hasanah bagi kategori korporat dan The Temple Of Fine Arts bagi kategori badan bukan kerajaan.
Sekadar makluman, ASN 2024 merupakan penghormatan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni atas sumbangan mereka dalam kesenian negara dan di peringkat dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

