
Aktres terkenal negara seberang, Mikha Tambayong akhirnya berkongsi khabar gembira sudah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati yang juga rakan baiknya, Deva Mahenra, pada Sabtu lalu.
Menerusi satu hantaran di platform Instagram, pelakon sinetron popular Aishiteru itu berkongsi dia mengayakan gaun pernikahan mendiang ibunya iaitu gaun berona putih pada majlis perkahwinannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pereka Fesyen ‘Bongkar’ Rahsia Pernikahan, Nad Zainal & Ungku Ismail Selamat Disatukan 23 Januari Lalu

“Hari ini saya berkahwin dengan kawan baik saya dengan memakai baju perkahwinan ibu,” tulisnya ringkas pada kapsyen.
Pada hantaran sama, bintang cantik itu turut memuat naik sekeping foto perkahwinan milik ibunya yang sedang memakai gaun berkenaan.
Menjengah perkongsian lain, Mikha juga ada berkongsi beberapa foto sepanjang majlis resepsi perkahwinannya yang meriah itu.

Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengikut dan rakan selebriti menzahirkan ucapan tahniah selain mendoakan yang baik-baik buat pasangan tersebut.
“Selamat memasuki fasa baharu @miktambayong & @devamahenra,” komen seorang peminatnya.

“Wah senangnya. Selamat cantik ku sayang… selamat berbahagia kalian berdua.. selamat menempuh hidup yang baru. God bless you guys,” komen peminatnya lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Mikha Tambayong
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 8 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/Untitled-design-28-1.jpg)
Sama seperti kejohanan Sukan Olimpik yang diadakan empat tahun sekali, Sukan Olimpik Musim Sejuk juga merupakan kejohanan terbesar yang melibatkan acara sukan. Cuma bezanya, kebanyakan daripada sukan yang dipertandingkan melibatkan ais atau salji.
Brrr, sejuk!
Pada tahun ini, bandaraya Pyeongchang di Korea Selatan diberikan penghormatan untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk edisi ke-23. Seperti tahun-tahun lepas, acara perasmian menjadi tumpuan masyarakat dunia dan ternyata semalam, acara perasmian di Pyeongchang tidak mengecewakan langsung!
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 9 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/BBIUhE2.jpg)
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 10 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/BBIUuJY.jpg)
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 11 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/BBIUhE0.jpg)
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 12 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/BBIUksf.jpg)
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 13 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/BBIUv1c.jpg)
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 14 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/BBIUkKn.jpg)
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 15 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/BBIUpPX.jpg)
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 16 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/BBIUkLs.jpg)
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 17 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/BBIUfvE.jpg)
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 18 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/BBIUwm2.jpg)
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 19 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/BBIUkKE.jpg)
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 20 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/BBIUq1y.jpg)
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 21 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/BBIUkLu.jpg)
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 22 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/BBIUv2z.jpg)
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 23 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/BBIUks7.jpg)
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 24 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/BBIUwm1-1.jpg)
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 25 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/BBIUqOO.jpg)
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 26 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/BBIUgtu.jpg)
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 27 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/Capturevngfjkf.jpg)
![[FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan 28 [FOTO] Sekitar Acara Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Di Pyeongchang, Korea Selatan](https://cdn.remaja.my/2018/02/untitled.png)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini Barisan Pelakon Yang Bawa Watak Anggota BTS Dalam Drama BTS Universe ‘Youth’

Sebelum ini telah tular berita tentang sebuah drama yang bakal dihasilkan berdasarkan perjalanan seni kumpulan Kpop popular BTS, iaitu BTS Universe.
Agensi Big Hit Entertainment sendiri telah mengumumkan sebelum ini dimana drama tersebt akan menceritakan tentang kisah 7 lelaki yang berjumpa buat pertama kalinya dalam BTS Universe.
Drama ini khabarnya telah pun mengesahkan 7 orang pelakon yang akan membawa watak sebagai ahli kumpulan BTS tersebut.
Drama yang berjudul ‘Youth’ ini dihasilkan oleh Kim Jae Hong, menceritakan tentang 7 orang anak muda yang pada awalnya berada dalam keadaan yang tidak menentu dan akhirnya berubah menjadi seorang individu yang berjaya.

Paling dinantikan adalah barisan pelakon yang bakal membintangi drama ini, seterusnya memegang watak penyanyi kesayangan ramai. Jom kita lihat siapa antara pelakon yang terpilih untuk bekerjasama dalam drama Youth ini.
Seo Ji Hoon akan memainkan peranan sebagai Jin, seorang anak lelaki yang terperangkap dalam bayangan ayahnya yang bekerja di National Assembly. Walaupun dia mempunyai visual yang sempurna, namun dia suka mengekspresikan emosinya. Dia harus hidup mengikut perancangan ayahnya dan bukan bukan apa yang dia mahukan.

Seo Ji Hoon sebelum ini turut membintangi karya-karya seperti Men are Men, Welcome, Flower Crew: Joseon Marriage Agency dan School 2017.
Watak Suga pula akan dimainkan oleh No Jong Hyun yang sebelum ini pernah membintangi drama Kkondae Intern, Life on Mars dan Because This Is My First Life.

Ahn Ji Jo akan memainkan peranan sebagai J-Hope, seorang pemuda yang bersiap positif tetapi telah ditinggalkan sendirian di taman hiburan sewaktu kecil. Ahn Ji Ho telah muncul dalam banyak filem dan antaranya termasuklah Inseparable Bros, The House of Us dan drama Nobody Knows.

Watak RM akan dipegang oleh Seo Yong Ju, merupakan seorang anak lelaki yang mempunyai impian untuk melalui kehidupan biasa.

Watak Jimin pula akan dibawa oleh Kim Yoon Woo, seorang budak lelaki yang menyembunyikan rahsia yang tidak dapat diungkap disebalik senyumannya yang manis. Kelebihan lelaki ini adalah dia menjadi pelindung buat keluarganya.

Jung Woo Jin akan memainkan peranan sebagai V, seorang budak lelaki yang penuh kedukaan ketika tinggal bersama ayahnya yang pemabuk. Namun V sering dihantui rasa bersalah dan berharap agar ibunya yang melarikan diri akan kembali kepangkuannya satu hari nanti.

Akhir sekali, Jeon Jin Seo akan membawa watak sebagai Jungkook, seorang budak lelaki yang ingin tahu tentang kewujudannya. Dia tidak merasakan kebahagiaan dengan kehidupan tidak stabil keluarganya dan berasa tidak peduli jika hidup atau mati.

Jeon Jin Seo mungkin antara yang paling dikenali dari semua barisan pelakon ini kerana dia memainkan peranan sebagai Lee Joon Young dalam drama hit The World of the Married. Mesti korang pun kenal kan? Hiks!
Drama ini dijangka akan ditayangkan pada tahun 2021 akan datang. Hm, mesti ramai yang dah tak sabar kan?
Sumber: Koreaboo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[REVIEW] Indiana Jones And The Dial Of Destiny Sarat Aksi, Nilai
![[REVIEW] Indiana Jones And The Dial Of Destiny Sarat Aksi, Nilai 66 [REVIEW] Indiana Jones And The Dial Of Destiny Sarat Aksi, Nilai](https://cdn.remaja.my/2023/07/Untitled-design-2023-07-05T140711.524.jpg)
Indiana Jones And The Dial Of Destiny menjadi sebuah filem akhir Harrison Ford dalam memainkan watak sebagai legenda ahli arkeologi dan juga pengembara.
Filem kelima ini mengisarkan perjalanan terakhir Indiana Jones yang ditemani oleh anak perempuan sahabat baiknya, iaitu Helena Shaw yang dilakonkan oleh Phoebe Waller-Bridge.
Pertengahan Perang Dunia II pada tahun 1944, Indiana Jones dan sahabat baiknya, Basil Shaw (Toby Jones) berada di Eropah. Kedua-duanya cuba menawan semula artifak yang dicuri oleh Nazi.
Bagaimanapun, yang ditemui oleh Indiana Jones yang dikenali sebagai Indy adalah artifak itu ternyata palsu. Namun begitu, terdapat satu artifak yang tulen iaitu Plat Archimedes.
Indy cuba menuntut artifak itu supaya ia tidak jatuh ke tangan penyelidik Nazi iaitu Jorgen Voller (Mads Mikkelsen).
![[REVIEW] Indiana Jones And The Dial Of Destiny Sarat Aksi, Nilai 67 [REVIEW] Indiana Jones And The Dial Of Destiny Sarat Aksi, Nilai](https://cdn.remaja.my/2023/07/Untitled-design-2023-07-05T140711.524-1.jpg)
Dua puluh lima tahun kemudian, Indiana Jones masih menjalani hidupnya sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej dan Indy suatu hari bersara daripada jawatan mengajarnya. Pada hari persaraannya, Indy bertemu dengan Helena Shaw. Helena cuba merampas Plat daripada Archimedes Indy untuk dijual di pasaran gelap.
Bukan sahaja Helena, Voller turut masih mengejar artifak berkenaan demi cita-cita peribadinya. Voller mahu menggunakan plat untuk memperbaiki masa lalu untuk masa depan yang lebih baik.
Indiana Jones terpaksa kembali ke pengembaraan untuk menghentikan Helena dan Voller supaya tidak menyalahgunakan Plat Archimedes itu.
Menerusi karya hebat yang diarahkan dan ditulis oleh James Mangold itu, bukan sahaja pengembaran dan aksi ditampilkan, bahkan terdapat juga pelbagai unsur seperti plot yang padat dan nilai kasih sayang.
Plot padat, penuh aksi
Semestinya jalan yang cerita yang ditampilkan tidak membosankan. Malah, setiap babak dalam semua plot yang dipenuhi aksi membuatkan penonton tidak senang duduk sepanjang hampir 2 jam karya hebat ini berjalan.
![[REVIEW] Indiana Jones And The Dial Of Destiny Sarat Aksi, Nilai 68 [REVIEW] Indiana Jones And The Dial Of Destiny Sarat Aksi, Nilai](https://cdn.remaja.my/2023/07/Untitled-design-2023-07-05T140726.427.jpg)
Watak ‘hero veteran’ yang memukau
Siapa tidak kenal dengan si pemain karakter popular Indiana Jones ini, walau sudah berusia 80 tahun, namun lagak aksi yang ditonjolkan dalam filem ini amat membuatkan figura itu tampak segar dan sememangnya boleh digelar sebagai seorang ‘hero veteran’.
Nilai kasih sayang
Perjalanan cerita ini bukan sahaja mementingkan aksi dan pengembaraan yang menakjubkan, malahan juga dapat dilihat nilai kasih sayang yang ditonjolkan antara Indy dan anak perempuan rakan baiknya itu iaitu Helena Shaw.
Selain itu, di penghujung jalan cerita, cintanya mula berputik kembali selepas bekas isterinya kembali kepangkuannya, selepas lebih sedekad berpisah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

