
Hujung minggu ini bertambah hangat berbanding biasa apabila dua pasukan gergasi Premier League (PL), Manchester United dan Arsenal membuka tirai musim 2025/2026 menerusi perlawanan ‘Super Sunday’.
Untuk meraikan adrenalin yang dirasai oleh peminat bola sepak, Astro sebagai penyiar rasmi PL di Malaysia mengajak korang semua untuk sama-sama berkumpul di Ground Floor, Strand Mall, Kota Damansara pada 17 Ogos ini mulai jam 8 malam untuk menyaksikan tayangan langsung berbentuk watch party.
We got your back kerana masuk adalah percuma!
Tambah menarik, ia bukan sekadar tayangan di skrin gergasi sahaja. Turut dilangsungkan adalah program kendalian Adam Carruthers ‘Super Sunday Live’ bersama dua pundit bola sepak, Gary Stevens dan Carlton Palmer mengenai ulasan perlawanan yang berlangsung.
And get this! Astro tidak main-main apabila mengumumkan kehadiran bekas penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner sebagai jemputan khas sempena ‘Super Sunday’ berkenaan.
Sambil berpeluang menemui Bendtner face-to-face dan berinteraksi dengan beliau, peminat pasukan Arsenal terutamanya tentu tidak mahu melepaskan peluang dengan fan cam
masing-masing.Tambahan pula, Arsenal sudah lama menantikan kejuaraan liga dan tentunya, Gooners termasuklah Bendtner sendiri mengharapkan agar pasukan bola sepak kegemaran mereka itu berjaya mencapai ekspektasi yang diletakkan.
Selain Bendtner, turut hadir pada malam Ahad ini ialah dua penyanyi tempatan, SonaOne dan Nadeera Zaini yang akan melakukan persembahan untuk menghiburkan hadirin yang ada.
Adakah Manchester United mampu bangkit pada musim PL 2025/2026 setelah merundum pada musim lepas sehingga menamatkan saingan di tangga ke-15. Dan mampukah Arsenal menetapkan benchmark positif dengan memenangi saingan pertama kali ini menentang Manchester United?
Sama-sama kita nantikan di PL Watch Party pada 17 Ogos ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.