Sebelum membeli barangan secara online, pastikan korang baca description yang ditulis sebaiknya. Kalau tidak, ada pula barang yang sampai nanti tidak seperti yang dijangka.
Seperti yang berlaku oleh seorang lelaki dari Thailand ini, dia terkejut apabila menerima telefon pintar iPhone bersaiz gergasi yang dibelinya di platform e-dagang.
Menurut Orientaldaily, sebaik gajet yang ditempah itu tiba di rumah, dia menyedari pesanan itu bukan telefon iPhone sebenar, sebaliknya sebuah meja kelihatan seperti iPhone.
Lelaki itu memuat naik gambar iPhone gergasi itu yang hampir sama besar dengan dirinya di laman sosial dan menarik perhatian ramai.
Netizen juga turut mencari barangan tersebut secara online dan terbukti barang itu memang wujud dan menyifatkan ia bukanlah kesilapan peniaga, tetapi pelanggan yang silap kerana tidak membaca description dengan baik.
Adoi, dah macam-macam kes seperti ini berlaku. Rasanya korang boleh perasan kot kalau harganya terlalu murah, tak mungkin ia barangan gajet yang betul kan? Hiks!
Ads
Apa-apa pun, orang ramai dinasihati untuk lebih berhati-hati ketika membuat pembelian secara online kerana barangan yang dipaparkan dalam gambar memang boleh menggelirukan pengguna. Tidak dinafikan, kadangkala kita ingatkan barangan itu saiznya standard/biasa, tapi yang datang ala-ala barang mainan pula.
Ads
Jadi, baca description dengan jelas untuk elak ‘dipermainkan’ ya. Hehe!
Ketika hayat seorang manusia di muka bumi, hati pasti akan merintihkan pelbagai permintaan daripada Yang Esa. Sama ada ia berbentuk keduniaan ataupun permintaan demi alam yang akan mendatang satu hari nanti, hanya dirinya dan Tuhan saja yang tahu.
Siapa sangka, permintaan seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajarannya di Yaman baru-baru ini telah dimakbulkan Allah SWT setelah dia disahkan telah meninggal dunia di sana; dan kemudiannya dikebumikan di sebuah lokasi bernama Zanbal, Tarim dekat negara Asia Tengah itu.
Perkhabaran itu bukan saja telah mendapat liputan meluas di Yaman, malah ia turut diperkatakan oleh masyarakat dunia yang tahu mengenai kelebihan yang diperolehi oleh pelajar tersebut setelah takdir menentukan pengakhirannya di sana.
Agaknya, mengapa ia mendapat tumpuan dunia sehingga begitu sekali?
Pelajar yang dikenali sebagai Muhammad Hazeq Al-Dari bin Muhammad Youssef itu terdahulu telah menjalani pembedahan apendiks di sana. Namun, arwah telah berdepan komplikasi kesihatan setelah saluran darahnya tersumbat lalu mengakibatkan dia berdepan kesesakan nafas.
Apabila arwah dikhabarkan akan dimakamkan di lokasi tersebut yakni di Zanbal, Tarim, ramai berkongsi bahawa itulah hajat yang sering dipinta oleh arwah. Keinginannya untuk meninggal dunia di lokasi mulia tersebut melebihi segala keinginan duniawi dan dengan kuasaNya, permintaan tersebut telah dimakbulkan.
Semasa upacara pengebumian tersebut. jenazah Hazeq Addary turut diiringi oleh ribuan orang termasuklah mufti dan ulama’ terkenal.
Apa yang menarik mengenai kawasan pemakaman itu adalah ia merupakan lokasi sama yang menempatkan golongan Sadah (keturunan Rasulullah SAW), ahlul Badar (kira-kira 70 orang sahabat merangkap ahli pejuang perang Badar di bawah pimpinan Ziyad bin Labih al-Anshari) dan wali Allah (juga dikenali sebagai wali Songo).
Kawasan yang juga dikenali sebagai kompleks Pemakaman Seribu Wali itu akan diziarahi oleh penduduk Tarim pada setiap pagi Jumaat sebagai rutin mereka. Sekumpulan manusia akan dipimpin oleh golongan ulama’ seperti Mufti Tarim, Al-Habib Ali Al-Masyur dan pembesar habib lain seperti Habib Umar bin Hafidh.
Kawasan pemakanan ini dibuka setiap hari selepas solat Subuh hinggalah ditutup pada jam 9 malam. Pada hari Jumaat pula, ia akan ditutup beberapa minit sebelum solat Jumaat bermula dan akan kembali dibuka selepas waktu solat Jumaat selesai.
Menurut perkongsian pengguna bernama @ainmasyiii yang rapat dengan arwah, sepanjang mengenali arwah, dia merupakan seorang yang sentiasa menjaga adab dan pertuturan. Budaya mencarut dan mengata jauh sekali dengan dirinya.
Sewaktu mendapat tahu berpeluang untuk melanjutkan diri ke Yaman, arwah katanya pernah menyebut ingin meninggal dunia di Masjidil Haram di Mekah atau di Masjidil Nabawi di Madinah. Setelah seketika waktu, arwah menyebut pula keinginan untuk meninggal dunia di Tarim, Taman ini.
Lokasi pengebumiaan di Yaman ini memang merupakan lokasi yang banyak menempatkan para ulama terdahulu. Sumber Foto : Pinterest
Seminggu sebelum pemergiannya pula, arwah sering mengalunkan syair taubat yang berbunyi, “Sauqbilu ya Khaliq min Jadid..” yang bermaksud, “Aku datang kepadamu Ya Allah”; seolah-olah membayangkan masanya untuk menghadap Allah akan tiba tidak lama lagi.
Tidak hairanlah apabila ramai warganet yang menggelar momen ini sebagai satu kematian yang dicemburui. Diharapkan agar pengakhiran kita semua juga sebaik ini. Salam takziah buat keluarga dan kenalan rapat Allahyarham Hazeq Al-Dari.
Dewan Rakyat baru-baru ini, telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 bagi memansuhkan kesalahan percubaan bunuh diri.
Menerusi laporan Kosmo!, RUU berkenaan diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas lapan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Refromasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata, pindaan tersebut yang merangkumi empat klausa akan membatalkan Seksyen 309 di bawah Akta 574 untuk mengecualikan cubaan bunuh diri sebagai kesalahan jenayah.
“Dengan ini ia akan menghapuskan stigma terhadap perbuatan cubaan bunuh diri, seterusnya menurunkan kadar kematian bunuh diri,” katanya.
Tambahnya, Seksyen 309 adalah peruntukan dari abad ke-19 yang wujud kerana anggapan lama bahawa tindakan menjenayahkan adalah cara terbaik untuk menghalang perbuatan percubaan membunuh diri.
Menurutnya lagi, kerajaan berpandangan Seksyen 309 Akta 574 wajar dimansuhkan kerana negara-negara luar dilihat mengambil pendekatan rawatan dan bukannya pendakwaan bagi menangani isu berkenaan.
“Namun begitu, kesalahan persubahatan membunuh diri di bawah peruntukan Seksyen 305 dan 306 Akta 574 akan dikekalkan menjadi suatu kesalahan, dengan persubahatan dalam cubaan bunuh diri akan turut dijadikan kesalahan jenayah di bawah peruntukan sama,” jelasnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Isu perebutan harta di kalangan ahli keluarga selepas seseorang itu meninggal dunia bukanlah situasi baru jika di Malaysia ini.
Tidak kira agama, bangsa dan latar belakang, ia sememangnya terjadi. Malah situasi ini juga selalu dipaparkan di dalam drama televisyen tempatan.
Menariknya di Korea Selatan, ia juga merupakan situasi yang familiar.
*
Hal ini terjadi selepas insiden kematian penyanyi K-Pop, Choi Sulli beberapa bulan lalu.
Isu perebutan harta bekas penyanyi kumpulan f(x) itu dilaporkan masih belum selesai oleh media di Korea Selatan.
Kata mereka, sebaik saja meninggal dunia, ibu bapa mendiang dikatakan telah bertelagah kerana isu harta peninggalan Sulli kira-kira RM18 juta.
Sama seperti di Malaysia, undang-undang di Korea Selatan juga menyatakan harta pusaka ahli keluarga yang meninggal dunia harus dibahagikan sesama ahli keluarga.
Ini termasuklah ibu bapa, pasangan, anak dan adik-beradik.
Dalam kes Sulli yang belum berkahwin dan tak meninggalkan sebarang wasiat, hartanya secara automatik akan diserahkan kepada ibu bapa, dua orang abangnya dan adik lelaki.
Namun, dalam diam bapa Sulli dilaporkan bersifat tamak kerana masih inginkan bahagian hartanya walaupun belum pernah menziarahi kubur Sulli lagi.
Ia setelah abang kedua Sulli iaitu Choi Dae Hee bersuara di media sosialnya kerana tak berpuas hati dengan sifat bapanya.
“Saya nak meratapi kematian Sulli dengan tenang. Tapi bagaimana seorang yang kami gelar sebagai ayah tergamak hanya memikirkan soal harta sedangkan dia tidak pernah menziarahi kubur adik saya sekali pun.”
Dae Hee turut memut naik imej screen shot di mana bapanya mendedahkan kepada rakannya bahawa dia sudah tak bertegut sapa dengan ibu Sulli selepas mereka bergaduh mengenai harta peninggalan Sulli.
Aduhh..
Malu apabila aib keluarga dibuka sebegini rupa setelah anak mereka meragut nyawanya sendiri.
Untuk pengetahuan, Dae Hee memutuskan untuk tak menerima apa-apa bahagian peninggalan harta Sulli.
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...