New Zealand Bakal Buka Semula Sempadan Negara Bermula April Ini

Share

Berita baik buat si kaki traveller yang sudah tidak sabar untuk ke luar negara, New Zealand (NZ) bakal membuka semula sempadan untuk pelancong asing bermula April ini.

Menurut Perdana Menteri NZ, Jacinda Ardern berkata untuk fasa pertama pembukaan, warga Australia dibenarkan ke New Zealand tanpa perlu menjalani kuarantin mulai 13 April.

Foto: Roell de Ram

Manakala bermula 2 Mei pelancong dari negara dikecualikan visa seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Korea Selatan dan Singapura, dan individu yang memiliki visa pelawat sah boleh dan sudah lengkap menerima vaksin COVID-19 boleh melancong ke negara itu.

Setelah NZ menutup sempadannya selama dua tahun lalu bagi membendung penularan COVID-19, kini dengan kadar peratusan vaksinasi yang tinggi serta penularan Omicron dilihat semakin terkawal, sempadan negara ini selamat untuk dibuka.

Foto: Casey Horner

Jelas beliau lagi, New Zealand mampu menyediakan tempat selamat untuk pelancong berkunjung kerana langkah pencegahan COVID-19 dan sistem kesihatan yang baik. Untuk info, New Zealand telah memberikan vaksin kepada 94 peratus penduduknya berumur 12 tahun ke atas.

Wah, nampaknya selepas ini makin banyaklah negara lain yang boleh dikunjungi oleh masyarakat Malaysia. Apa-apa pun stay safe dan tetap jaga SOP okay?

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN