New York & Singapura Dinobat Bandar Termahal Di Dunia?

Share

Satu kajian secara tidak langsung mendedahkan bahawa New York dan Singapura menjadi dua bandar paling mahal untuk didiami di dunia selepas kadar inflasi global terus menunjukkan trend peningkatan.

ARTIKEL BERKAITAN : “Fikir 10 Kali Nak Cuti Singapura..” Paras Ringgit Paling Rendah Berbanding Dolar Dalam Sejarah

Bandar Raya Singapura. Fato Via Pexels

Hal ini diambil kira berdasarkan beberapa faktor, termasuklah harga purata bahan makan di rumah seperti susu dan minyak masak, sewa, utiliti, pengangkutan awam dan kekuatan mata wang tempatan.

Gabungan dua bandar itu mengetepikan Tel Aviv yang kali ini jatuh ke ke tempat ketiga bagi bandar paling mahal untuk didiami berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Indeks Kos Hidup Seluruh Dunia.

Bandar Raya New York. Foto Via Pexels

Kajian itu secara tidak langsung mendedahkan New York buat pertama kalinya tersenarai sebagai bandar paling mahal di dunia, manakala Damsyik dan Tripoli kekal sebagai bandar termurah.

Dalam pada itu, Los Angeles dan San Francisco turut masuk dalam 10 bandar teratas paling mahal di dunia.

Moscow dan Saint Petersburg juga merekodkan peningkatan mendadak dalam kenaikan harga barangan iaitu 88 dan 70 peratus akibat perang yang berlaku di Ukraine.

Ha, korang ada simpan impian ke nak menetap di bandar-bandar yang tersenarai ini?

BACA : 10 Bandar Termahal Untuk Didiami Di Dunia, 5 Negara Asia Mendominasi

Sumber : (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN