Netizen Terhibur Tengok Pelakon Stranger Things Cuba Teka Slang Malaysia

Share

It’s the 4th of July! 

Untuk pengetahuan korang, tarikh 4 Julai ini sangat penting buat peminat Stranger Things kerana musim ketiga drama itu keluar pada tarikh tersebut.

Antara sebab peminat excited sangat nak tonton musim ketiga ni sebab kena tunggu lebih setahun tau untuk tahu kesinambungan drama yang dikeluarkan di Netflix

itu. Lagipun, di hujung musim kedua sebelum ini menunjukkan kesemua karakter bakal berdepan dengan raksasa yang lebih menyeramkan.

Dalam pada itu, Netflix Malaysia turut berkongsi video salah seorang pelakonnya yang membawakan watak Billy Hargrove iaitu Dacre Montgomery untuk mencuba slang Malaysia.

Boleh tahan hebat juga Dacre meneka slang-slang itu. Ada yang betul tapi ada juga yang salah.

Sementara itu, netizen juga kelihatan terhibur dengan video tersebut malah tidak kurang juga yang cuba meneka maksud-maksud slang Malaysia itu. Maklumlah, negara kita ini kan berbilang kaum.

Stranger Things masih mengekalkan karakter asal iaitu Elevan, Mike,Dustin, Will, Lucas, Max, Joyce, Bill, Nancy, Jonathan, Billy dan Steve Harrington di mana mereka bakal didatangi masalah yang lebih besar berbanding dengan dua musim sebelum ini.

Mampukah mereka semua menghadapinya?

 

 

 

 

 

IKLAN