Netflix Lancar Ciri ‘Add a Home’, Caj Mula Dikenakan Bagi Alamat Tambahan Di 5 Negara Ini

Share

Netflix merupakan antara platform penstriman digital yang popular yang mendapat perhatian ramai, khususnya bagi mereka yang gemar menonton filem atau drama secara online.

Kebanyakan pengguna berkongsi akaun untuk mengelakkan bayaran yang tinggi dikenakan setiap bulan. Sebelum ini Netflix telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengenakan caj tambahan bagi akaun yang dikongsi oleh mereka yang tidak tinggal bersama.

Foto: Venti Views

BACA: Netflix Bakal Kenakan Caj Tambahan Untuk Individu Yang Berkongsi Akaun?

Terbaharu, Netflix telah melancarkan ciri baharu ‘Add a home’ yang membolehkan pengguna menambah ‘rumah’ untuk akaun mereka. Ciri terbaharu ini akan dilaksanakan di Argentina, Dominican Republic, El Salvador, Guatemala dan Honduras mulai bulan depan.

Semua akaun akan diminta untuk memasukkan satu alamat sebagai rumah mereka, iaitu satu akaun, alamat. Untuk menambah alamat lain, mereka perlu membayar caj tambahan sekitar $2.99 (RM14) atau 219 peso (RM17) di Argentina.

Foto: charlesdeluvio

BACA: Netflix Bakal Kurangkan Harga Langganan Bulanan, Tapi Ada Iklan

Difahamkan, pelan Basic boleh menambah satu alamat, Standard sehingga dua alamat manakala Premium pula tiga alamat. Namun, setiap alamat tidak mempunyai had bilangan peranti.

Walau bagaimanapun, perlu korang tahu alamat untuk akaun merujuk kepada satu akaun Netflix, bukannya lima profil yang dibenarkan dicipta untuk satu akaun. Ini bermaksud satu alamat akaun Netflix itu boleh digunakan untuk mana-mana profil tertakluk pada alamat yang sama. Netflix tidak mengesahkan lokasi pengguna melalui GPS, sebaliknya melalui alamat IP, ID peranti dan lain-lain.

Foto: Marques Kaspbrak

Hm, mungkin ini cara Netflix untuk menyekat penggunaan akaun secara beramai-ramai sehingga boleh merugikan mereka. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja sama ada ciri-ciri yang diperkenalkan ini akan dilancarkan di Malaysia atau tidak.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

IKLAN