Netflix merupakan antara platform penstriman digital yang popular yang mendapat perhatian ramai, khususnya bagi mereka yang gemar menonton filem atau drama secara online.
Kebanyakan pengguna berkongsi akaun untuk mengelakkan bayaran yang tinggi dikenakan setiap bulan. Sebelum ini Netflix telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengenakan caj tambahan bagi akaun yang dikongsi oleh mereka yang tidak tinggal bersama.
Terbaharu, Netflix telah melancarkan ciri baharu ‘Add a home’ yang membolehkan pengguna menambah ‘rumah’ untuk akaun mereka. Ciri terbaharu ini akan dilaksanakan di Argentina, Dominican Republic, El Salvador, Guatemala dan Honduras mulai bulan depan.
Semua akaun akan diminta untuk memasukkan satu alamat sebagai rumah mereka, iaitu satu akaun, alamat. Untuk menambah alamat lain, mereka perlu membayar caj tambahan sekitar $2.99 (RM14) atau 219 peso (RM17) di Argentina.
Difahamkan, pelan Basic boleh menambah satu alamat, Standard sehingga dua alamat manakala Premium pula tiga alamat. Namun, setiap alamat tidak mempunyai had bilangan peranti.
Ads
Walau bagaimanapun, perlu korang tahu alamat untuk akaun merujuk kepada satu akaun Netflix, bukannya lima profil yang dibenarkan dicipta untuk satu akaun. Ini bermaksud satu alamat akaun Netflix itu boleh digunakan untuk mana-mana profil tertakluk pada alamat yang sama. Netflix tidak mengesahkan lokasi pengguna melalui GPS, sebaliknya melalui alamat IP, ID peranti dan lain-lain.
Hm, mungkin ini cara Netflix untuk menyekat penggunaan akaun secara beramai-ramai sehingga boleh merugikan mereka. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja sama ada ciri-ciri yang diperkenalkan ini akan dilancarkan di Malaysia atau tidak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
REMAJA yakin ramai antara korang menyimpan cita-cita atau pernah ada cita-cita untuk bergelar sebagai seorang cikgu.
Pernah tak korang bayangkan jika menjadi seorang cikgu subjek apakah yang korang akan ajar nanti? Dan mengapakah agaknya korang memilih subjek itu untuk dicurahkan ilmu kepada anak bangsa.
Jom kita sama-sama try kuiz ini. Btw, this is for fun only… jangan pula kamu ambil terlalu serius. Hiks!
Nama aktres berkaliber, Puteri Balqis kembali menjadi perhatian ramai apabila dia tampil meluahkan rasa kecewa berhubung dakwaan dirinya menjadi mangsa buli oleh segelintir pihak.
Perkongsian tersebut sekali gus mengundang pelbagai reaksi serta sokongan daripada peminat dan rakan selebriti di media sosial.
Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon berusia 19 tahun itu menegaskan bahawa setiap individu tidak seharusnya berdiam diri sekiranya menjadi mangsa buli, sebaliknya perlu berani mempertahankan diri dan kebenaran.
“Untuk semua penyokong dan sahabat, jika hidup kalian ada persamaan dengan kami, terus melangkah. Jika kalian dibuli seperti saya dan ibu, lawan serta jangan mudah dijadikan kambing hitam.
“Untuk sahabat-sahabat baik, pilih sahabat walau tak ramai. Tidak ramai bukan bererti kita suka bermusuh,” katanya.
Dalam hantaran sama, Puteri Balqis turut meluahkan pandangannya bahawa golongan yang dibuli selalunya terus merana, manakala pembuli pula bebas bersuka ria tanpa rasa bersalah.
“Terima kasih untuk semua sokongan hebat yang kalian berikan kepada saya.
“Yang dibuli kekal menderita, si pembuli riang ketawa,” coretnya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Puteri Balqis dilihat telah memadam beberapa hantaran Instagram yang berkaitan dakwaan terhadap pelakon Mia Sara. Tindakan tersebut menerima pujian ramai yang beranggapan aktres itu bertindak matang dan tidak melakukan sesuatu yang boleh memberi impak negatif terhadap dirinya pada masa akan datang.
Terdahulu, sejak Sabtu lalu, nama Puteri Balqis menjadi bualan hangat di media sosial selepas membuat pendedahan dengan mendakwa Mia Sara terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti berparti di kelab malam, minum alkohol dan mengambil bahan terlarang.
Dia turut menyeru agar Mia Sara tampil bagi menyelesaikan kemelut antara mereka selepas pelakon wanita berusia 20 tahun itu didakwa pernah memalukan ibunya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali tengok filem Inggeris, terutama melibatkan perkahwinan dalam tamannya, saat itulah bagi yang masih bujang memasang angan dan impian besar untuk berkahwin cara begitu.
Tak kisahlah kita kerja apa, gaji banyak mana tetapi semua orang selalu terfikir, berkahwin sekali saja kan. Jadi semuanya mesti nampak sempurna kerana itu impian setiap yang masih bujang.
Rasa teruja tu lebih bila penyanyi Yuna dan pasangannya Adam memilih tema taman sebagai majlis perkahwinan mereka yang berlatar belakangkan pelamin indah dengan bunga segar, pemandangan indah dan tampak serba sempurna.
Kalau tak sama pun, dapat iras-iras pun ok kata orang. Namun sebelum korang berniat berkahwin out door, fahami dulu, apa situasi yang perlu korang hadapi bila memilih perkahwinan out door. Apa lebih dan kurangnya berbanding melakukan perkahwinan in door atau dalam dewan yang sudah biasa dibuat ramai pengantin.
Dekorasi majlis kahwin Yuna dan Adam mendapat pujian ramaiOurdoor wedding memang menjadi impian ramai pengantin tapi cuaca di Malaysia menyukar pemilihan tarikh
REMAJA sempat menemuramah Pakar Bunga Negara, Azmi Mohd Azmy Osman dan bertanyakan apa perbezaan dari segi kos, suasana dan sebagainya.
Menurut Azmy, bakal pengantin yang berhajat memilih perkahwinan “out door”, tidak dinafikan ia sememangnya memberikan impak besar terutama dari segi dekorasi kerana kelainan ditonjolkan.
“Ada beberapa situasi yang kena faham. Pertamanya kos wedding out door agak tinggi kerana pereka perlu membina platform iaitu tapak wedding, persediaan dekorasi yang agak rumit, kerja lebih renyah tetapi masa yang sama perlukan kreativiti luar biasa berbanding mengadakan dalam dewan yang sudah siap sepenuhnya dan hanya perlu dirias sahaja.
“Masa yang sama, out door memang cantik tetapi keadaan cuaca dalam negara adalah aspek penting. Cuaca terlampau panas dan musim hujan bukan satu pilihan kerana ia boleh merosakkan “mood” dan juga dekorasi.
“Begitu juga budget. Permulaan kos untuk dekorasi sebuah pelamin yang simple bermula dari RM10,000 ke atas. Belum lagi kos jemputan tetamu, makanan, pengangkutan, punca air dan sebagainya. Sekurangnya, perlu ada RM70,000 duit dalam tangan kerana kos itu dikira sebagai anggran sahaja,”katanya memaklumkan, tema pakaian juga memainkan aspek penting seperti pemilihan baju yang agak nipis dan sesuai dengan cuaca.
Kain songket yang jadi kebanggaan tradisional agak panas kainnya. Pengantin boleh jadi tidak selesa kalau menggayakannya,” katanya.
Dalam pada itu, Azmy menjelaskan, kos jemputan tetamu dengan penyediaan makanan biasanya mengambil kos agak tinggi.
“Jika kita memilih katering terkemuka, satu kepala bermula dari RM70 ke atas. Kalau melibatkan tetamu kenamaan, selain protokol kos makan boleh cecah ratus bagi satu kepala. Kalau bagi penyediaan makanan yang baru hendak meningkat nama, mungkin boleh dapat dalam RM25 tapi biasanya jarang berlaku. Jadi kiralah kosnya yang perlu dikeluarkan jika kita menjemput ramai tetamu,”katanya yang tak menafikan, wedding dalam taman adalah impian kebanyakan orang kerana perkahwinan in door adalah biasa bagi dalam negara.
Bagaimana pun Azmy berkata, pemilihan dalam dewan, hotel dan sebagainya boleh dipertimbangkan bagi mereka yang tidak kisah dan mahu semuanya nampak sempurna.
Dekorasi dalam dewan yang penuh dengan kemewahan
Sementara itu bagi perkahwinan dalam dewan, selain ia biasa bagi kebanyakan masyarakat lakukan, kos akan meninggal tinggi jika menggunakan bunga segar, pelamin VVIP dan lain-lain faktor.
“Kalau dalam dewan, semuanya boleh dikontrol. Maksudnya dari aspek fotografi, video, penyediaan makanan, penyediaan dekorasi, jumlah tetamu dan banyak lagi tanpa sebarang masalah kerana asasnya sudah kukuh iaitu dewan yang sedia ada,” kata Azmy yang kini menjalin kerjasama dengan pengubah dekorasi terkenal dunia, Preston Bailey yang diiktiraf sebagai The Best Wedding Designer bagi ramai artis Hollywood.
“Malaysia amat bertuah kerana mempunyai pakar bunga negara yang begitu hebat. Jalinan hubungan bersama-sama pakar terbaik dunia membolehkan segala idea, pengalaman, teknologi dan dikongsi bersama-sama. Mungkin tidak ramai yang mampu untuk ke luar negara menimba ilmu dan mencari pengalaman di sana.
Azmi mendapatkan kerjasama dari The Best Wedding Designer, Preston Bailey untuk Kursus School Of Floral Design yang pertama di iktiraf oleh kerajaan dan peringkat dunia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!