Aww, walaupun penulis tak pernah lagi diberikan bunga di dalam kabin penerbangan, tapi penulis boleh bayangkan betapa segan-tapi-bangga jika ia berlaku kepada sesiapapun. Semalam, hanya Noor Neelofa saja yang tahu bagaimana perasaan tersebut.
Dalam perjalanan menaiki penerbangan AirAsia AK710 dari Singapura ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis anugerah Women Of The Future South East Asia, Neelofa yang sedang duduk selesa di bahagian kelas ekonomi telah dikejutkan dengan satu pengumuman oleh kru kabin.
Ia berbunyi, “Kami mempunyai satu pengumuman istimewa untuk dibuat. Penerima anugerah Woman of Future South East Asia baru saja pulang dari acara tersebut semalam di Singapura. Anugerah ini mengiktiraf ‘young female stars‘ dengan pencapaian yang membanggakan.
“Mereka juga terus-menerus memperkasakan kedudukan dan kesungguhan wanita sebaya, lalu membanggakan semua wanita di seluruh dunia.”
Sambil Neelofa terus tersipu malu di tepi, kru kabin meneruskan ucapan, “Salah satu kategori anugerah tersebut adalah untuk creative rising stars di dalam industri seni. Hari ini, kami berbesar hati untuk mengucapkan tahniah kepada Cik Noor Neelofa untuk pencalonan anugerah Woman Of The Future untuk kategori Arts & Culture rantau Asia Tenggara.
Ads
“Mewakili AirAsia, kru kabin ingin menawarkan sejambak bunga sebagai tanda tahniah. Kami amat berbangga dengan pencapaian kamu.”
Comel je Neelofa apabila dia cuba untuk bangun dari tempat duduk untuk menerima jambakan tersebut, but end up, hanya berdiri separuh saja (mungkin kerana ruang kaki tempat duduk yang tidak mengizinkan). Hehe..
Ads
Selain mengucapkan terima kasih dan “Oh my goodness, this is so..”, dia juga sempat untuk bergambar bersama semua kru kabin selepas penerbangan itu selamat tiba di Kuala Lumpur.
Neelofa bersama ‘wanita kuat’ dari Astro, AirAsia dan pemenang kategori Arts & Culture, Laura Mam dari Kemboja.
Untuk pengetahuan korang, kategori Arts & Culture ini mengiktiraf penglibatan dan kerja keras individu kreatif dan rising stars dalam kalangan penggiat seni seperti pelakon, produser, pengacara, penari dan sebagainya.
Ads
Neelofa dicalonkan bersama 6 lagi wanita hebat dalam kategorikan tersebut melalui tiket sebagai pengasas dan pengarah pengurusan NH Prima International Sdn Bhd (Malaysia). Pemenang kategori Arts & Culture pada tahun ini ialah Laura Lam dari Kemboja. Wakil Malaysia yang turut tercalon dalam kategori sama ialah pelakon dan penyanyi, Hannan Azlan.
Neelofa (paling kiri) bergambar bersama calon lain dari Malaysia dalam kategori berbeza.
Dalam beberapa posting yang dimuat naik oleh Neelofa pada malam anugerah tersebut, dia menyebut mengenai perasaan bangga untuk menjadi salah seorang daripada calon wanita dari Malaysia.
“Saya dapat mendengar cerita kejayaan wanita hebat di sini, dan ia mengingatkan saya bahawa kita bertuah dapat hidup dalam zaman di mana usaha keras golongan wanita selalu diiktiraf. Saya merasa kecil apabila berdiri bersebelahan mereka namun ia memberikan motivasi kepada saya untuk sentiasa berusaha lebih baik pada masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Impian kumpulan duo, Dem Lepak Boys untuk bertanding di pentas akhir Big Stage minggu hadapan terkubur begitu sahaja apabila mereka disingkirkan dari pertandingan nyanyian tersebut malam semalam.
Dengan lagu C.H.R.I.S.Y.E, kumpulan duo lelaki ini ternyata gagal meninggalkan impak persembahan yang kuat kepada barisan juri apabila markah yang diberikan membawa mereka ke pentas penyingkiran.
Justeru dengan penyingkiran mereka dan penyanyi/komposer Firdaus Rahmat sekaligus mengurangkan jumlah peserta lelaki yang akan berentap di pentas final Big Stage minggu hadapan.
Namun, kumpulan duo tersebut enggan menganggap penyingkiran tersebut sebagai tanda noktah dalam perjalanan seni mereka.
“Kami akan keluarkan single terbaru pada 7 Julai ini dan yang paling menarik tentang lagu ini ialah rakan duet kami iaitu Elica Paujin, juara Big Stage musim lalu.
“Genre lagu ini juga sangat menarik bagi kami. Selalunya orang expect untuk kami keluarkan lagu rancak namun kini kami berpaling arah dengan fokus ke arah genre balada,” jelas mereka ketika sidang media semalam.
Bekas juara Showdown 2012 ini turut menzahirkan kegembiraan mereka kerana berjaya menempuh tempoh 9 minggu yang penuh dengan pelbagai dugaan.
“Ianya satu kebanggaan bagi kami untuk sampai ke tahap ini dalam pertandingan. Nak lawan dengan peserta lain yang lebih mantap dari segi vokal bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Sejujurnya, kami sangat gembira dan bersyukur,
“Lagu ini juga bukanlah sebuah lagu yang mudah dibawa namun kami dah buat yang terbaik dan sehabis mampu. Kami juga ingin ucapkan terima kasih kepada rakan duet kami yang banyak membantu selama ini,” jelas dua penyanyi muda ini.
Terdahulu, Isaac Voo, Naufal Azrin, Meer Nash, Farhan Shah dan COEX merupakan peserta yang tersingkir dari pentas Big Stage musim ke-5.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Gempak
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Guru tari popular, Linda Jasmine Hashim memberitahu bahawa kehidupannya tidak banyak berubah walaupun sudah berpisah dengan bekas suami yang juga aktor terkenal, Que Haidar.
Linda menjelaskan bahawa dia sudah terbiasa menguruskan kehidupan dan anak-anak secara sendiri sebelum berkahwin bersama Que, dan keadaan itu berterusan selepas perceraian mereka.
“Sebelum saya kahwin dengan Que, saya sudah biasa seorang dan semuanya (urus anak) saya buat sendiri. Jadi, sebenarnya tak ada beza, sama saja.
“Hubungan saya dengan dia (Que) juga okay, tiada masalah. Kami berpisah (cerai) secara baik, Alhamdulillah. Memang kami okay, tiada masalah. Tak ada gementar ke apa. Tak ada,” katanya ketika ditemui pada Malam Nona Superwoman Awards 2024.
Mengenai penerimaan netizen terhadap perceraian mereka yang tidak didedahkan secara terbuka di media sosial, Linda mengakui bahawa dia dan Que memilih untuk tidak berkongsi urusan peribadi mereka.
“Memang saya cuba elak ‘as much as possible’ daripada apa-apa khabar dan isu. Sebab bagi saya, ini isu peribadi (hal rumahtangga) dan buat apa saya nak kongsikannya dengan semua orang,” jelasnya.
Linda juga bersyukur kerana perceraiannya dengan Que tidak menjadi topik hangat di media sosial, membolehkannya meneruskan kehidupan dengan tenang sebagai ibu tunggal.
Untuk rekod, pada 26 Oktober tahun lalu, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mengesahkan bahawa mereka telah bercerai pada 2 Julai tahun lalu selepas 15 tahun hidup bersama.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak perempuan, Tengku Ratu Haidar, dan Tengku Cleopatra Haidar. Linda juga mempunyai seorang anak lelaki, Qalif Khanhasil perkahwinan terdahulu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Konsert antarabangsa itu juga dianggap sebagai penutup tirai bagi penganjuran konsert mega pada 2023 di Malaysia.
Menerusi konsert jelajah Coldplay Music of the Spheres itu, Malaysia turut tersenarai antara negara yang mencatatkan peratusan pemulangan gelang Xylobands tertinggi ketika ini.
Menerusi satu hantaran di akaun Instagram Coldplay Malaysia, peratusan pemulangan gelang lampu yang juga dikenali sebagai ‘PixMob’ itu adalah sebanyak 90%.
“Malaysia kini berada antara negara tertinggi merekodkan pemulangan gelang tersebut dan secara tidak langsung menunjukkan peminat di Malaysia menyokong usaha kitar semula daripada Coldplay.
“Bagi yang tidak tahu, gelang tersebut dipakai oleh peminat ketika acara konsert sedang berlangsung. la akan menyala mengikut rentak lagu yang dipersembahkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Rakyat Malaysia antara peminat tegar band ini!
Menurut akaun itu lagi, gelang tersebut perlu dipulangkan semula oleh para penonton kepada pihak penganjur untuk digunakan pada konsert jelajah seterusnya.
Sementara itu, senarai pemulangan gelang Xylobands oleh penonton di Tokyo, Jepun mencatat jumlah tertinggi iaitu 97% dan diikuti Copenhagen, Denmark sebanyak 96%.
Argentina pula berada di tangga ketiga dengan 94% seterusnya Kaohsiung, Taiwan meraih pemulangan gelang sebanyak 93%. Malaysia pula berada di tangga kelima.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.