Nampaknya NCTzens di Malaysia boleh bersedia selepas NCT 127 mengumumkan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi bagi jelajah dunia terbaru mereka, ‘NEO CITY – THE RED LINE’ yang dijadualkan berlangsung pada 9 Januari 2027. Pengumuman ini sekaligus menamatkan penantian peminat tempatan yang sudah lama mengharapkan penampilan kumpulan popular K-Pop itu ke Malaysia.
Menerusi sebuah perkongsian di media sosial rasmi NCT 127, kumpulan berkenaan mengesahkan beberapa lokasi tambahan bagi siri jelajah Asia mereka, termasuk Saitama, Manila, Kuala Lumpur dan Macau. Konsert di ibu negara bakal berlangsung di Unifi Arena, meletakkan Malaysia dalam senarai destinasi penting jelajah sempena ulang tahun ke-10 mereka.
Difahamkan, kehadiran kali ini cukup bermakna kerana ia merupakan konsert solo pertama NCT 127 di Malaysia sejak kumpulan itu membuat debut pada tahun 2016. Sebelum ini, mereka pernah menemui peminat tempatan pada tahun 2017 menerusi sebuah konsert yang turut menampilkan barisan artis lain di bawah SM Entertainment, namun belum pernah mengadakan persembahan solo di negara ini.
Ads
Untuk info, NCT 127 merupakan salah satu sub-unit paling terkenal dalam projek NCT yang menampilkan konsep unik dengan beberapa kumpulan berpangkalan di bandar berbeza. Nama “127” sendiri diambil daripada koordinat longitud Seoul, yang melambangkan identiti mereka sebagai kumpulan yang membawa aura ibu negara Korea Selatan ke pentas antarabangsa.
Sejak membuat kemunculan rasmi, NCT 127 berjaya membina pengaruh besar dalam industri K-pop menerusi identiti muzik yang berani, persembahan penuh tenaga serta koreografi yang menjadi tanda pengenalan mereka. Lagu-lagu hit seperti Cherry Bomb, Kick It, Sticker, 2 Baddies, Gas dan Fact Check turut menjadi antara karya yang melonjakkan nama mereka di peringkat global.
Jelajah ‘NEO CITY – THE RED LINE’ pula merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10 kumpulan itu dan akan menyusul selepas pelancaran album penuh ketujuh mereka berjudul ‘BLINGY’. Siri jelajah berkenaan akan membuka tirai di Seoul selama tiga malam sebelum diteruskan ke beberapa bandar utama di Asia termasuk Jakarta, Hong Kong, Singapura, Bangkok, Taipei, Kuala Lumpur dan Macau.
Buat masa ini, pihak penganjur masih belum mendedahkan maklumat lanjut mengenai harga tiket, kategori tempat duduk serta tarikh jualan. Bagaimanapun, peminat dijangka akan menerima perkembangan baharu dalam masa terdekat memandangkan tarikh konsert semakin menghampiri.
Sementara itu, konsert di Kuala Lumpur dijangka menampilkan Taeyong, Johnny, Yuta, Jaehyun dan Haechan, manakala Doyoung serta Jungwoo masih menjalani khidmat ketenteraan wajib di Korea Selatan. Sehubungan itu, NCTzens di Malaysia disarankan untuk terus mengikuti media sosial rasmi NCT 127 bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai penjualan tiket dan perkembangan jelajah yang dinanti-nantikan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat siri drama Korea The Penthouse pastinya sudah tidak sabar menunggu musim kedua yang dijadualkan tayangannya pada 19 Februari ini. Tak sabar nak tunggu kesinabungan yang dijangka lebih hangat dan mendebarkan penonton.
Menurut SpoTV News, episod pertama The Penthouse 2 akan diklasifikasikan untuk tontonan 19 tahun ke atas. Sumber terdekat juga mengesahkan bahawa episod pertama telah diputuskan sebagai 19+ setelah membuat penilaian dalaman.
Mungkin juga disebabkan kandungan plot cerita untuk episod ini mempertaruhkan perang psikologi yang dashyat di antara kesemua watak membuatkan ia hanya sesuai untuk tontonan 19 tahun ke atas sahaja.
Keputusan untuk penarafan episod kedua masih lagi belum dibuat.
Musim pertama berakhir dengan catatan penting dengan kematian Shim Soo Ryun (Lee Ji Ah) akibat perbuatan zalim Cheon Seo Jin (Kim So Yeon) dan Joo Dan Tae (Uhm Ki Joon).
Bersiap-sedia untuk merebut tiket masing-masing yang mula dijual pada jam 3 petang ini.
Buat semua GZB dan Team Wang di Malaysia, akhirnya impian korang bertukar realiti setelah penghibur K-pop terkenal, CL (daripada kumpulan 2NE1) dan Jackson Wang (dari kumpulan GOT7) bakal turun ke Kuala Lumpur sempena festival Good Vibes Weekender 2022 pada 23 – 24 September ini.
Setelah dua tahun menyepi akibat pandemik COVID-19, Good Vibes ‘Weekender’ mengubati kerinduan peminat festival muzik di Malaysia dengan acara tahun ini. Cuma, lokasinya sahaja yang sudah diubah dari The Ranch, Genting Highlands ke taman tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya.
CL.
CL dijadualkan muncul pada 23 September (Sabtu) bersama nama-nama besar dari Malaysia seperti Joe Flizzow, Dolla, Sonaone, Midnight Fusic dan Claudia. Turut ditampilkan ialah penyanyi dari Amerika Syarikat, Surf Mesa.
Jackson Wang.
Sementara itu, Jackson Wang pula akan menghangatkan pentas pada 24 September (Ahad) bersama-sama Beabadoobee (penyanyi Inggeris-Filipina), Pink Sweat$ (popular dengan single All My Worst), Yonnyboii dan ramai lagi.
Paling penting tentunya adalah senarai harga tiket bagi Good Vibes Weekender ini.
Well, korang boleh layari ke laman web mereka pada hari ini dan rebut tiket masing-masing bermula 3 petang ini (2 Ogos 2022). Harga tiket ‘early bird’ bermula dari RM399 (pas dua hari) manakala harga tiket normal setelah tempoh ‘early bird’ berakhir adalah RM499 (pas dua hari) dan RM999 (pass VIP dua hari).
Terdahulu, peminat muzik di Malaysia telah berebut bagi memiliki tiket konsert Billie Eilish, Dewa19 dan Justin Bieber.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem pecah panggung Spider-Man: No Way Home menjadi filem pertama di dunia dengan jualan tiket melebihi US$1 bilion sepanjang pandemik COVID-19 seperti yang telah dilaporkan oleh agensi berita Xinhua berdasarkan tinjauan Comscore pada Ahad lepas.
Filem superhero Sony Pictures itu menduduki tangga teratas box office Amerika Utara bagi tempoh dua minggu berturut-turut. Anggaran kutipan bagi tempoh tiga hari tayangan mencapai US$81.5 juta dan Amerika Utara menyumbang US$467.33 juta menjadikan jumlah keseluruhan kutipan mencecah US$1.05 bilion.
Ia sekali gus menjadikan Spider-Man: No Way Home filem terlaris pada tahun 2021, mengatasi ‘The Battle at Lake Changjin’ yang merekodkan kutipan lebih US$902 juta setakat ini.
Dibintangi oleh Tom Holland, Zendaya, Jacob Batalon, Benedict Cumberbatch, Jon Favreau dan Marisa Tomei, Spider-Man kali ini turut disertai Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange yang dijangkakan akan bergandingan menentang Electro dan Doctor Octopus serta penjahat francais Spider-Man terdahulu.
Foto: Sony Pictures
Jika korang masih belum menonton filem ini, Spider-Man: No Way Home masih lagi ditayangkan di pawagam seluruh negara.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Betul ke Roberto Carlos sudah memeluk Islam? Legenda Brazil itu dikatakan telah melafazkan syahadah kira-kira empat minggu lalu, namun beliau sendiri masih belum mengesahkannya.