Thor: Ragnarok mendapat respon yang sangat positif daripada pengkritik filem dan juga peminat namun filem tersebut dirasakan tidak lengkap kerana ketiadaan watak wanita utamanya, Jane Foster yang dilakonkan oleh Natalie Portman.
Namun begitu, untuk filem keempat Thor ini akan menyaksikan kemunculan kembali Natalie Portman apabila dia akan memegang watak female thor dalam Thor: Love and Thunder ini.
Berita baik itu diumumkan semasa Comic-con di San Diego hujung minggu lalu malah aktres itu turut mengesahkan perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.
“Sangat teruja untuk berkongsi berita dengan anda hari ini di #Sdcc2019 bahawa saya akan kembali ke Marvel #MCU sebagai female thor bersama para lagenda Taika Waititi, Tessa Thompson dan Chris Hemsworth,” tulisnya.
Untuk pengetahuan, Thor: Love and Thunder ini juga merupakan fasa keempat untuk filem Marvel bermula dengan filem Black Widow yang akan menemui peminat pada musim panas tahun hadapan.
Peminat Teruja
Susulan itu, peminat menerima baik kehadiran semula Natalie dalam filem tersebut malah rata-rata menyatakan tidak sabar untuk melihat bagaimana penceritaan untuk filem keempat Thor tersebut.
Ads
Natalie Portman returning to Thor…. like when they see each other again….. I’ve never been so excited for a movie scene
I can't wait to see what Natalie Portman looks like after six solid months of muscle-building and weightlifting. Unless she doesn't have to do what Chris Hemsworth did to play Thor. That would be sexist. She has to bulk up and get HUGE or the MCU is biased against men.
Some people love Natalie Portman as Thor, some people hate it. Here’s my question: Why can’t Valkyrie have the power of Thor? She helped save the universe, what more does she need to be worthy?!
Selain daripada Black Widow, Marvel juga turut mengumumkan filem-filem lain yang bakal dikeluarkan iaitu The Eternals, Shang Chi And The Legends Of The Ten Rings, dan Doctor Strange In The Multiverse Of Madness.
Dalam pada itu, Marvel juga turut mengumumkan filem Blade yang bakal dilakonkan oleh pelakon, Mahershala Ali dan juga filem Fantastic Four.
Sumber: Games Radar & CBR
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini viral coklat ‘kayangan’ jenama Royce yang dikatakan sangat sedap terutamanya bagi peminat coklat. Royce’ Chocolate merupakan dessert coklat yang berasal dari Jepun. Jika anda pernah makan coklat ini, anda mesti setuju bahawa rasanya memang sedap dan cair di mulut.
Sebenarnya coklat ini boleh dibuat sendiri di rumah dengan kos yang jauh lebih berpatutan.
Segmen 30 Hari 30 Menu Khairul Aming yang dikeluarkan setiap tahun untuk menyajikan konten masak di Instagram pada bulan Ramadan bagaimanapun telah mengejutkan orang ramai apabila pada puasa ke-14, KA memuat naik sebuah video resepi coklat premium ala ROYCE!
Resepi coklat ala ROYCE ini menurutnya sesuai disajikan selepas waktu berbuka puasa. Masa moreh pun nice juga.
Ada yang nak try buat? Jom lihat resepi dan cara membuatnya di bawah:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta keluarga tamat menjalani kuarantin diri.
PUTRAJAYA, 18 Mac — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah beredar selepas berkenan melawat Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya.?Baginda berdua berkenan meluangkan masa setengah jam di CPRC bagi mendengar taklimat mengenai situasi terkini wabak COVID-19 di negara ini.?–fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menerusi laporan Bernama, Al-Sultan Abdullah dan keluarga baginda menzahirkan penghargaan kepada rakyat di atas doa dan keprihatinan semua.
Baru sehari tamat menjalani kuarantin diri, Permaisuri Agong sudah mula membantu ‘frontliner’ terutamanya doktor, jururawat dan petugas hospital. Jika sebelum ini Tuanku Permaisuri Agong memasak untuk pekerja2 Hospital dan frontliner.
Dalam perkembangan terbaru, Tunku Azizah sekali menunjukan keprihatinannya kepada petugas-petugas kesihatan dalam mengatasi masalah wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
Menerusi instagram, Raja Permaisuri Agong ada memuat satu video dan gambar dengan caption:
Ini saje yg saya dan anak2 mampu …… katil lipat utk doctor dan jururawat n petugas2 hospital … untuk keselesaan mereka.
Rata-rata netizen terharu dengan kebaikan Raja Permaisuri Agong dan keluarga.
Terdahulu, keluarga Diraja itu disahkan negatif Covid-19 namun perlu menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari selepas beberapa petugas Istana Negara dikesan positif wabak berkenaan.
Sumber : Instagram airtangan_tunkuazizah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi pilu selepas tertuduh kedua membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Turut mengundang kesedihan apabila Muhammad Azamuddin Mad Sofi, 23, mendedahkan bahawa Zulfarhan, yang membahasakan dirinya sebagai Along, memberitahu yang dia merindui kedua-dua ibu bapanya dan mahu memohon maaf.
Ibu mangsa yang berada di galeri awam kelihatan menitiskan air mata selepas tertuduh kedua itu memberitahu kejadian tersebut.
Menceritakan detik berkenaan, Muhammad Azamuddin berkata sebelum Zulfarhan meninggal dunia pada 1 Jun 2017, dia dan mangsa berada di bilik rakan tertuduh pertama Muhammad Akmal Zuhairi, pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten).
Ketika itu Muhammad Akmal keluar membeli ‘Oral Rehydration Salt’ (ORS).
“Pada waktu itu Zulfarhan ada muntah sekali. Bila saya membersihkan muntahnya, Zulfarhan memberitahu saya dia minta maaf dekat saya sebab dia menyusahkan saya. Saya bagi tahu dia tak ada masalah kita kawan dan Zulfarhan bagi tahu dia rindu mak dan ayahnya dan mahu minta maaf.
“Dia cakap Along rindu mak dan ayah, saya cakap kalau rindu call lah, tapi dia cakap tak apa aku tak nak menyusahkan mak ayah aku, mak aku sakit. Saya rasa pelik kenapa tiba-tiba dia cakap macam itu.
“Tiba-tiba dia (Zulfarhan) mengimbau kenangan saya tumpang rumah dia di Johor Bahru. Saya bagi tahu Zulfarhan, apa yang jadi pun aku tetap dengan kau, kau kena kuat, minggu depan dah nak peperiksaan dan Zulfarhan bagi tahu dia sayang saya,” katanya dan menambah ketika itu Zulfarhan berada dalam keadaan lemah.
“Zulfarhan beritahu dia mahu baring atas comforter (selimut) secara meniarap. Selang beberapa minit Muhammad Akmal lihat Zulfarhan tidak bergerak dan memanggil nama Zulfarhan, namun tiada tindak balas daripada Zulfarhan, lalu saya pegang tangan dia (Zulfarhan) dan saya rasa tangan dia sejuk,” katanya.
Tertuduh kemudian menelefon ambulans dan sebelum ambulans tiba, pihak hospital memberi arahan kepada mereka supaya mengerengkan Zulfarhan.
“Anggota parademik yang tiba membuat pemeriksaan, tiada tindak balas daripada Zulfarhan dan selepas itu Zulfarhan dibawa ke Hospital Serdang.
“Tiba di hospital saya dan Muhammad Akmal melakukan pendaftaran di wad kecemasan hospital itu. Kakitangan hospital memberitahu kami Zulfarhan masih ada nadi dan pada 9.30 malam seorang doktor bagi tahu Zulfarhan sudah meninggal dunia,” katanya.
Tertuduh kedua minta maaf pada keluarga Zulfarhan
Terdahulu, Muhammad Azamuddin membuat permohonan maaf itu selepas peguamnya, Amer Hamzah Arshad menyoalnya sama ada mahu bercakap sesuatu kepada keluarga Zulfarhan. “Saya mewakili sahabat-sahabat saya memohon maaf atas apa yang berlaku,” katanya dalam keadaan sebak ketika pemeriksaan utama oleh Amer Hamzah semasa membela diri di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.
Dia berkata hubungannya dengan Zulfarhan diibaratkan seperti “seutas tasbih yang mana ada awalnya dan tiada berpenghujung”.
“Walapun Zulfarhan sudah pergi bertemu pencipta, saya dan rakan-rakan sentiasa mendoakan kesejahteraannya.
“Perkenalan kami (tertuduh dan Zulfarhan) bermula 2014, walaupun saya dan Zulfarhan berbeza dalam jurusan tetapi UPNM yang menanamkan erti persahabatan dan prinsip ‘no man left behind’ menyebabkan saya dan dia berkawan baik,” katanya melalukan seterika wap itu di bahu dan paha Zulfarhan selama satu saat.
“Saya guna seterika itu pada bahu dan paha Farhan tetapi masa buat seterika dan Farhan tidak bersentuhan.
“Saya ambil seterika wap itu apabila Mubin (rakan tertuduh) cakap Zulfarhan kena ajar sikit, selepas itu saya gunakan,” katanya apabila ditanya Amer Hamzah bila tertuduh mengambil seterika itu.
Semasa ditanya mengapa menggunakan seterika wap itu, tertuduh menjawab: “Saya hanya menggertak atau menakutkan Zulfarhan”.
Ditanya lagi mengapa melakukan perbuatan tersebut yang boleh menyebabkan kematian sedangkan dia dan Zulfarhan bersahabat baik, Muhammad Azamuddin menjawab: “Pada saya, tindakan saya hanya untuk menasihati Zulfarhan sebab saya tahu bagaimana perangai Zulfarhan.
“Ketika saya melakukan perbuatan itu saya langsung tidak tahu ia mampu mendatangkan kecederaan kepada Zulfarhan kerana pada ketika itu jelas tiada kesan pada Zulfarhan dan saya tiada niat untuk mencederakan (Zulfarhan), jauh sekali untuk saya melakukan pembunuhan,” katanya.
Pada 31 Julai lepas, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan 18 pelajar UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.
Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri menghadapi pertuduhan membunuh, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa atas pertuduhan bersubahat membunuh Zulfarhan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala Abdoul Hakeem dituduh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama 12 lagi tertuduh iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.
Kesemua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya, untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azman bersambung hari ini.
— BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!