Tiada rezeki, itulah yang boleh digambarkan apabila juri tetap dan mentor Hero Dewi Remaja 2023, Scha Al-Yahya mengumumkan Razin dan Myra sebagai finalis sulung yang terpaksa melangkah keluar dari rancangan pencarian bakat tersebut.
Titisan air mata yang keluar turut membanjiri wajah finalis lain yang sudah menganggap dua insan ini sebagai sahabat seperjuangan mereka sepanjang sebulan lebih ini.
Lulusan ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan dari Universiti Malaya, Razin Qidran akui bahawa dirinya turut terkejut apabila namanya diumumkan sebagai finalis yang harus tersingkir.
“Sejujurnya terkejut juga tapi disebabkan dah tiga episod berturut-turut, Razin tidak perform jadi Razin anggap diri ini tidak layak untuk mara ke episod seterusnya sebagai finalis.
“Razin juga rasa seolah-olah sudah mengecewakan ramai orang, peminat dan parents terutama sekali tapi saya rasa peluang untuk masuk ke Hero Dewi Remaja 2023 ini sudah cukup besar bagi saya sebagai platform untuk saya mendapat pendedahan awal terhadap industri seni,” jelasnya.
Dirinya juga akui bahawa ada segelintir finalis lain yang sudah menyimpan hasrat besar terhadap haluannya di dalam rancangan pencarian bakat ini.
“Dalam kalangan finalis sendiri, ramai yang terkejut Razin terkeluar kerana mereka melihat potensi saya sebagai anak seni agak cerah.
Ads
Bahkan ada yang melabel Razin sebagai juara, tapi apakan daya kalau sesuatu itu sudah tersurat buat Razin, haruslah saya terima sebaiknya,” komennya lagi.
Manakala bagi finalis Dewi Remaja yang tersingkir pula, dirinya terkilan kerana tidak melakukan yang terbaik pada episod sebelumnya dan hanya mula ‘panas enjin’ pada cabaran kali ini.
“Ketika cabaran menjual bunga, Myra confident tau sebab dah janji dengan diri sendiri untuk buat yang terbaik. Sebab kalau tengok previous episode, Myra tidak banyak cakap sebab masih tiada keyakinan dalam diri.
“Tapi this episode, Myra sudah lakukan sehabis baik, cari customer dan jayakan penjualan bunga bersama rakan lain dengan penuh bersungguh-sungguh,” jelasnya.
Ads
Berkesempatan memberikan goodluck wish kepada finalis lain, Myra mahu mereka yang masih terselamat dari penyingkiran untuk melakukan sehabis baik di episod akan datang.
“Sepanjang berkawan dengan diorang, Myra nampak setiap daripada mereka ada kelebihan dan kekuatan tersendiri.
“Jadi Myra yakin diorang boleh bawa diri sendiri sebaiknya di cabaran akan datang. Just be confident like you guys always are,” ucapnya lagi.
***
Ads
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 sudah mula ditayangkan menerusi lapan (8) episod, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang ikon tidak dilahirkan, mereka mengutip pengalaman dan menjadi seorang individu yang lebih baik.
Itulah mungkin cara kami gambarkan Dewi Remaja 2009/10, Noor Neelofa.
Setelah memegang gelaran selebriti, usahawan dan ikon fesyen, kini Neelofa bergerak setapak lagi ke hadapan dengan menubuhkan sebuah pertubuhan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Menerusi paparan di rancangan Melodi semalam, Neelofa berceritakan mengenai inisiatif untuk menubuhkan Pertubuhan Kasih Neelofa. Meskipun telah lama merancang untuk menubuhkan sebuah pertubuhan dan yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan, namun atas dasar komitmen dia menangguhkan dahulu hasratnya itu.
Hikmah daripada waktu ekstra yang dimilikinya sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan, Neelofa akhirnya mempunyai waktu untuk fokus merancang dan ia terlaksana dalam waktu yang sangat singkat.
“Apabila saya mempunyai nama, jenama dan platform seperti sekarang, saya ingin utilize ia untuk kebaikan orang di luar sana. Apabila saya menggunakan nama Pertubuhan Kasih Neelofa, orang luar tidak akan ragu-ragu akan ketelusan dan kredibilitinya (kerana team Neelofa dan dirinya sendiri telah membina jenama tersebut sehingga ke tahap ini).
“Income daripada bisnes yang diusahakan oleh kami seperti tudung, susu dan sebagainya akan disalurkan kepada pertubuhan kasih. Pada masa yang sama, kami juga menerima sebarang sumbangan daripada pihak di luar sana dengan cara yang betul serta transparent,” kongsinya lagi.
AKTIVITI YANG SEDANG DIRANCANG NEELOFA
Tentunya, ramai yang nak bertanyakan apakah inisiatif yang akan dimulakan oleh Neelofa menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa ini.
“Pertubuhan ini berteraskan 3, iaitu keagamaan, kemasyarakatan dan keprihatinan kepada mereka yang memerlukan di luar sana.
“Contohnya aktiviti seperti ceramah, taranum Al-Quran, kem solat dan apa saja yang memberi kebaikan kepada masyarakat di luar sana, insyaAllah saya akan melibatkan diri. Begitu juga jika kami ingin anjurkan larian amal atau festival muslimah – contohnya – yang boleh membantu peniaga Muslim di luar sana yang boleh memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan, kita akan bantu.”
Tentunya usaha murni oleh Neelofa dan pasukannya ini harus dipuji ramai. Tambahan pula dia telah merancangnya selama ini. Harapannya satu saja, untuk membantu dan memberi inspirasi kepada orang di luar sana agar mereka menyimpan impian yang sama.
“This is what you want to do at the end of the day. Walaupun setinggi mana kita terbang, akhirat jua tempat yang kita ingin fokus. Dari usia muda ini pun kita boleh buat, tak perlu nak tunggu sampai tua baru nak kumpul pahala akhirat,” jelas Neelofa.
*
Jelas, ramai rakan selebriti yang turut gembira dengan inisiatif ini.
*
Love sis!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu-persatu, finalis pencarian Hero Remaja 2020 menyusul sebagai pelakon drama komersil.
Setelah berakhirnya malam finale Julai lalu, 12 orang finalis mula memperolehi kepercayaan pihak produksi drama untuk terbabit dalam projek mereka.
Antara barisan finalis yang akan muncul dengan projek lakonan termasuklah Nadhir Nasar, Meerqeen & Umar Hisham.
Antara yang mula diberikan peluang sebagai pelakon baharu ialah pemegang kategori Hero Inspirasi 2020, Imran Aqil.
Drama berjudul Lelaki Linkungan Cinta itu telahpun memulakan penggambaran mulai bulan Ogos sehingga September lalu.
“Menerusi drama ini, saya membawakan watak sebagai kawan Ismail Izzani yang sedikit nakal. Kiranya, saya menjadi partner in crime kepada watak Mail. Bagi korang yang telah menonton klip teaser, watak-watak lakonan Naim Daniel, Ismail Izzani Cik B, Shasha (Abedul), Aniq (Suhair) dan ramai lagi akan bertemu di sebuah boot camp yang terletak di Gopeng.
“Di situlah, jalan cerita drama Lelaki Linkungan Cinta bermula,” kata Imran ketika dihubungi penulis.
Menariknya, drama yang bergenre rom-com remaja ini menemukan ramai pelakon baharu dan ini merupakan drama sulung bagi kebanyakan daripada mereka. Lagipun, industri hiburan Malaysia telah lama tidak mempertaruhkan genre seperti ini. Remember the good ol days with Gol & Gincu and Kami? Haihh..
Justeru, Imran teruja untuk menjadi sebahagian daripada drama ini.
“Kami sebagai pelakon baru banyak meminta nasihat dan tip daripada Abang Razak dari A-Z. Walaupun baru, kami tidaklah dimarah atau stres di set (ketawa). Alhamdulillah, production pun enjoy dengan kami. Cuma, saya ditegur untuk ‘buka mulut’ dan jangan tunjuk macho sangat. (ketawa) Saya akui saya masih kekok.
“Jadi, saya dan beberapa lagi finalis Hero Remaja seperti Jazmy dan Aniq ada perancangan untuk menyertai kelas lakonan untuk memperbaiki lontaran suara dan body language kami.
“Buat masa ini, kami yang belajar daripada pengalaman, bukannya praktikal. Jadi apabila menyertai kelas, kami boleh pelajari tricks and tips lakonan,” jelas Imran yang turut banyak menerima tawaran melakukan reviu daripada pelbagai jenama.
Imran bersama-sama Aniq selalu digandingkan bersama, kebelakangan ini.
Normal lah bagi pelakon baru, pasti ramai yang akan mengkritik cara lakonannya. Ada yang akan suka, ada juga yang mungkin akan melabelnya ‘kayu’. Bagi Imran, dia tidak menjadikan kritikan netizen sebagai pemudar semangat.
“Mulut orang kita tak boleh tutup kan. Saya ada baca juga kritikan di media sosial. Cuma sekarang, saya lebih bijak mengasingkan kritikan yang membina dan kritikan yang mencerca. Kadangkala sebagai penonton, mereka tahu apa perlu saya perbaiki,” simpulnya.
Apapun, kami tidak sabar untuk menonton drama Lelaki Linkungan Cinta yang akan ditayangkan bermula 21 Oktober ini, setiap hari Rabu hingga Jumaat pada jam 9.00 malam di saluran TV3.
*
Jom tonton klip teaser di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pencarian Hero Remaja kembali semula untuk edisi 2021 dan peringkat uji bakat awal secara atas talian telahpun bermula sejak semalam sehingga 20 Disember kelak.
Kami sempat untuk mendapatkan sedikit tip daripada bekas juri tetap Hero Remaja 2020 mengenai uji bakat pada kali ini. Ini memandangkan ia sedikit berbeza apabila perlu dilakukan secara online terlebih dahulu.
01
“Datanglah dengan realism, jadilah seorang individu yang real. Berintegriti dan berusaha dari segi industri kreatif ataupun apa saja bidang yang dia ingin ceburi.”
Foto: NU IDEAKTIV
02
“Jangan datang dengan satu imej yang mereka fikirkan ‘sesuai’ untuk menjadi artis. Imej tu kamu boleh cari nanti seperti artis-artis di Malaysia ini. Mereka cipta imej mereka selepas dicungkil bakat.”
03
“Apa yang penting adalah perkara yang tersemat dalam hati dan minda mereka. Itu akan membuatkan mereka berbeza daripada peserta lain yang mencuba nasib.”
04
“Bila mereka perlu menyertai uji bakat secara online ini dan mereka perlu melakukan recording video mengenai diri sendiri, buatlah sesuatu yang real. Tunjukkan diri anda yang sebenar agar orang mudah nak terima. Ingat, juri pantas boleh mengetahui sekiranya seseorang itu menjadi fake dan tidak bersedia. Jangan jadi fake.”
Foto: NU IDEAKTIV
05
“Seorang Hero Remaja juga perlu mempunyai nilai contoh kepada rakyat terutamanya kepada masyarakat Malaysia yang masih muda,” nasihatinya ketika REMAJA menemui beliau di penggambaran program Power Talk: Nu Ideaktiv Fight Against Cancer, November lalu.
Ingat guys, jadi saja diri sendiri okay! Kita tidak perlukan seorang lagi Fattah Amin, Syafiq Kyle atau Nadhir Nasar. Kita perlu seorang individu yang fresh.
Adakah Dato’ Hans Isaac sekali lagi bakal duduk di kerusi juri bagi pencarian Hero Remaja 2021 kali ini? Sama-sama kita nantikan update dari Majalah Remaja.
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!