Seorang pelajar Tingkatan Empat di Thailand memilih untuk berfikir di luar kotak apabila sanggup menunggang kuda ke sekolah setiap hari demi menjimatkan kos minyak.

Theeraphat Ransaworanan atau lebih mesra dipanggil ‘Ten’, pelajar berusia 16 tahun dari wilayah Ang Thong, telah menjadi perhatian masyarakat selepas kisahnya menunggang seekor kuda jantan bernama Sunny sejauh lima kilometer ke sekolah menjadi tular.

Daripada Segan, Kini Jadi Kebanggaan

Pada awalnya, Ten mengakui dia berasa malu dan segan membawa kuda ke sekolah kerana bimbang dianggap pelik oleh rakan-rakan. Namun, selepas menerima sokongan daripada warga sekolah dan penduduk kampung, dia kini lebih yakin dan bangga dengan tindakannya.

Nak Jimat Kos Minyak, Remaja Tunggang Kuda Ke Sekolah

“Saya memang suka kuda sejak kecil. Naik kuda bukan sahaja dapat menjimatkan kos minyak, malah saya tak perlu guna motosikal sepanjang masa,” ujar Ten kepada media tempatan.

Minat Sejak Kecil Berbuah Hasil

Menurut Ten, minatnya terhadap kuda telah bermula sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila dia memujuk neneknya membeli haiwan tersebut. Kini, minat itu bukan sahaja menjadi hobi, malah turut memberi manfaat kepada komuniti sekeliling.

Ads

Selain menunggang ke sekolah, Ten turut mengajar penduduk kampung cara mengendalikan kuda serta menyertai perarakan dan acara keagamaan. Aktiviti ini turut membantunya menjana pendapatan sampingan.

Tanggungjawab & Disiplin Jadi Keutamaan

Pengetua Sekolah Menengah Wisetchaichan Tantiwitthayapoom, Dr Nuchanart Yimchan memaklumkan pihak sekolah telah memberi kebenaran rasmi kepada Ten untuk membawa Sunny ke sekolah.

“Sunny ditempatkan di kawasan berhampiran kediaman saya dan Ten bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kuda itu sepanjang hari,” jelas beliau.

Ads

Beliau turut memuji inisiatif Ten yang dilihat sebagai lambang nilai murni dalam diri remaja seperti tanggungjawab, keberanian dan usaha memelihara budaya.

Ternyata, kisah Ten membuktikan bahawa dengan semangat dan usaha, remaja mampu mencari alternatif yang lebih lestari serta bermanfaat kepada diri dan masyarakat.

Sumber

Ads

BACA : Tetap Ke Sekolah Walaupun Kasut Lusuh & Tapak Berlubang Demi Menimba Ilmu

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads