Naim Daniel Lancar Lagu My All Versi Bahasa Melayu, Lirik Lebih Deep & Menyentuh Jiwa

Share

Penyanyi remaja Naim Daniel sebelum ini pernah berkongsi teaser nyanyian semula lagu ‘berhantu’ My All daripada penyanyi tersohor Mariah Carey dengan lirik bahasa Melayu yang dihasilkannya sendiri.

Pada 1 Mei lalu, Naim telah melancarkan versi penuh lagu yang diberi judul Malam di laman YouTubenya. Lagu tersebut turut menggandingkan penyanyi lelaki, Firdaus Rahmat yang juga merupakan penerbit bagi lagu rakaman semula ini.

Rata-rata pendengar memuji nyanyian semula Naim Daniel dan Firdaus Rahmat dan menyifatkan bahawa liriknya sangat deep menyentuh jiwa.

Sebelum ini, penyanyi popular negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Ning Baizura, Liza Hanim dan juga Siti Sarah turut pernah menyanyikan lagu My All dalam bahasa Melayu di sebuah persembahan pentas kira-kira 15 tahun lalu.

Apa-apa pun kedua-dua versi bahasa Melayu lagu My All ini memang mantap. Masing-masing menyanyikan dengan style mereka tersendiri.

Tak gitu?

IKLAN