Penyanyi berbakat, Nadeera Zaini bakal mewakili Malaysia di ABU (Asia-Pacific Broadcasting Union) Song Festival 2025 yang berlangsung Sabtu ini di Tsonjin Boldog, Mongolia.
Bagi Nadeera, pemilihannya oleh RTM adalah satu penghormatan besar dan bukti kepercayaan pihak stesen terhadap bakat, kemampuan, serta aura bintangnya.
“Pemilihan pihak RTM ini satu penghormatan besar buat saya. Saya sangat terharu diberitahu bahawa saya bakal membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa untuk acara itu.
“Di pentas itu, saya bukan sekadar Nadeera tapi anak Malaysia. Setiap nota saya nyanyikan nanti adalah doa, harapan dan juga kebanggaan kita bersama. Insya-Allah, saya akan berikan persembahan terbaik,” katanya.
Di festival berprestij itu nanti, Nadeera akan mendendangkan lagu hitnya, Bukan Lagi Kita, yang melonjakkan namanya sebagai antara penyanyi dengan vokal terbaik generasinya.
Ads
Menurutnya, membawa lagu ciptaan sendiri merupakan kebanggaan tersendiri.
“Lagu Bukan Lagi Kita sangat dekat di hati saya dan pendengar, jadi saya mahu nyanyikannya dengan seluruh jiwa, sebagai hadiah buat semua.
Ads
“Saya amat berbangga kerana dapat mewakili Malaysia di pentas dunia. Setiap kali melangkah ke luar negara, saya membawa semangat dan harapan peminat di tanah air,” tambahnya.
Walaupun ini bukan kali pertama Nadeera membuat persembahan di pentas antarabangsa, sebelum ini dia pernah beraksi di Vietnam dan Indonesia tetapi peluang kali ini dirasai lebih bermakna.
“Kali ini lebih istimewa kerana saya tampil di festival berskala antarabangsa bersama artis-artis hebat dari seluruh Asia. Saya harap dapat mengharumkan nama negara dengan cara yang tersendiri.
Ads
“Terima kasih RTM atas kepercayaan ini, Rockefuel atas sokongan tanpa henti, pasukan produksi, pemuzik dan semua peminat yang menjadi tulang belakang saya.
Doakan perjalanan ke Mongolia dipermudahkan dan persembahan nanti menyentuh hati sesiapa yang menonton,” ujarnya.
ABU Song Festival adalah acara gala tahunan tanpa pertandingan yang dianjurkan oleh Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU). Festival ini menampilkan persembahan lagu atau instrumental oleh pemuzik dari seluruh rantau Asia.
Negara-negara anggota ABU dijemput menghantar penyertaan untuk dipersembahkan secara langsung di hadapan penonton, dengan rakaman langsung membolehkan penyiar kebangsaan menambah sari kata dalam bahasa masing-masing untuk siaran domestik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh, Kasih Iris Leona menegaskan bahawa tidak wajar sekiranya orang ramai menyamakan pendapat ayahnya yang juga pelakon terkenal, Azhar Sulaiman dengan pendapatnya sendiri dalam banyak perkara.
Biarpun pasangan anak-beranak itu selalu kelihatan akrab di media sosial, Leona, 22 juga mempunyai pendiriannya yang tersendiri terutama dalam isu-isu serius seperti pergolakan yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin di Rafah, masa kini.
Kasih Iris Leona
Menerusi ciapan di platform X, Leona berkata dirinya tidak berkongsi pandangan sama seperti Azhar dan berharap agar warganet hentikan kecaman yang dihadapi bertalu-talu sejak hari Rabu.
“..Saya sangat menentang Israel berikutan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Palestin.
“Saya tidak mempunyai pendapat yang sama dengan ayah saya dan gagal memahami cara dia berfikir.
“Jadi jangan menganggap hanya kerana kami mempunyai pertalian darah, kami akan ada pandangan yang sama,” ciapnya.
Leona yang kini sedang melanjutkan pengajian sarjana muda dalam jurusan pengurusan di Universiti Bath, United Kingdom juga berkongsi pengalamannya sewaktu berkunjung ke Palestin dan melihat sendiri keadaan di sana dengan matanya sendiri biarpun di lokasi yang terkawal serta selamat.
“..Saya sedar kekejaman yang dilakukan Israel dan mengakui pembunuhan beramai-ramai itu telah bermula sebelum 7 Oktober (tahun lalu) lagi,” catatnya.
Terdahulu, Azhar Sulaiman dikecam teruk setelah mengeluarkan kenyataan kontroversi berkenaan rakan selebriti tempatan yang menunjukkan sokongan mereka terhadap Palestin.
Pelakon berusia 52 tahun itumencabar selebriti-selebriti terbabit agar berpindah ke Gaza, Palestin untuk membantu saudara seagama yang sedang berdepan serangan di sana.
Malah, beliau menggesa agar gerakan boikot tidak perlu dilakukan jika seseorang itu masih berada dalam keadaan gembira di Malaysia.
Begitupun, hantaran-hantaran beliau di Instagram itu telahpun dipadamkan olehnya setelah ruangan komen dihujani kecaman netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon meningkat naik, Qasrina Karim mendedahkan dirinya juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa ‘face shaming’ ataupun mengutuk fizikal seseorang di media sosial.
Katanya kepada Remaja, pelakon drama hit Imam Instant Ustazah Scammer itu memaklumkan dia tidak menafikan ada rasa sakit hati apabila menerima komen yang kurang enak.
Qasrina yang lebih disapa Qas bagaimanapun enggan mengambil pusing dengan perkara negatif itu.
“Sebagai figura yang dikenali, pasti akan menerima komen yang kurang enak. Tetapi, saya tidak boleh buat apa pun dan move on sahaja.
“Selain itu, jangan ambil hati sangat dengan perkara tersebut. Tak dinafikan, memanglah sakit hati tapi jangan ambil pusing,” ujarnya panjang.
Pada masa sama, pelakon berusia 28 tahun itu turut mengatakan dirinya hanya mampu ‘memekakkan telinga’ sahaja apabila menerima komen negatif di media sosial.
“Pekakkan telinga, masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Semestinya, perasaan itu tidak gembira kerana bukan kita membuat sesuatu untuk kontroversi atau sebagainya.
“Tetapi, kita tidak boleh mengubah pemikiran mereka, walaupun boleh cuba tetapi sukar untuk menjadi.
“Kalau baca komen, dulu mungkin menangis. Tapi sekarang saya hanya mampu ketawa sahaja,” tuturnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Wargamaya pada waktu ini, telah melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.
Ia susulan daripada majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel.
Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Antara nama artis yang terpalit dan disenaraikan ialah pelakon, Nadhir Nasar.
Oleh hal demikian, pelakon drama hit Projek: High Council itu tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut menerusi coretan panjang lebar di platform X miliknya.
Jelasnya, jika menamatkan kontrak lebih awal, dia bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. Malah ianya juga akan memberi kesan kepada banyak pihak berikutan kontrak yang sudah ditandatangani.
“Tidak setanding langsung (financial penalties dengan nasib penduduk Palestin). Tetapi financial penalties itu banyak untuk dibayar oleh saya sendiri.
“Maaf atas kekhilafan saya. Teruskan usaha untuk melawan. Saya buat apa yang saya mampu, InsyaAllah dengan izin tuhan.
“Maaf atas kekhilafan saya dan rakan artis yang lain. Warganet, awak semua ada hak untuk bersuara dan impaknya sangat besar. Percayalah,” coretnya panjang.
Bagaimanapun, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu mengambil serius terhadap isu tersebut selain tetap akan berkongsi perkara-perkara positif selepas ini.
Terdahulu, Nadhir dilihat antara selebriti tempatan yang lantang bersuara di media sosial berhubung isu peperangan antara Palestin dengan Israel sebagai tanda solidariti terhadap mereka.
Namun, warganet meluahkan rasa kecewa kerana Nadhir antara artis yang menjadi wajah untuk beberapa jenama terkenal antarabangsa yang diboikot.
Ramai pihak juga turut menzahirkan kurang senang berikutan ramai selebriti tempatan didakwa masih lagi giat mempromosikan barangan berkaitan dengan Israel.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.