Muzium British Pilih Pakaian Meghan Markle Sebagai “Dress of the Year”, Tapi Apa Sebabnya?

Share

Sejak bergelar isteri Putera Harry, fesyen si cantik manis Meghan Markle sentiasa mencuri tumpuan lensa.

Foto: Joe Pugliese/Harpo Productions via AP

Sama ada mengenakan summer dress, suits, padanan skirt dan blouse, evening gown, semua mata tertumpu padanya. Ibu kepada Archie dan Lilibet ini tahu nak menyuai padan sesuatu fesyen agar kena dengan acara dan gaya.

Korang ingat lagi tak sesi interview Oprah Winfrey bersama Meghan Markle dan Putera Harry yang mengejutkan tahun lepas? Ketika itu Meghan anggun mengenakan wrap dress dan sedang sarat mengandungkan puterinya, Lilibet.

Guess what!

Pakaian yang dipakai Duchess of Sussex ketika itu dipilih sebagai “Dress of the Year”  di sebuah muzium fesyen di England.

Foto Via fashionmuseum.co.uk

Dalam temu bual tersebut, Meghan mengenakan gaun satin berwarna hitam daripada jenama mewah Giorgio Armani.

Gaun tersebut menampilkan potongan leher berbentuk ‘V’. Dipadankan pula dengan high-waist belt dan sulaman bunga teratai di bahagian dada kanannya. Memang nampak sangat cantik dan terletak elok pada badannya. Selepas dipilih sebagai pakaian terbaik, pengunjung Fashion Museum Bath bakal melihat gaun tersebut dalam pameran utama iaitu ‘A History of Fashion in 100 Objects‘.

Foto Via WWD

“Wrap dress Armani yang dipakai itu telah mempamerkan kehamilan Meghan. Manakala warna hitamnya menyerlah di Taman Hollywood Tyler Perry. Ini adalah tambahan hebat kepada koleksi Fashion Museum Bath!”, kongsi Ibrahim Kamara dan Gareth Wrighton.

Memang berseri betul Meghan dalam persalinan Giorgio Armani ni kan.

ARTIKEL BERKAITAN : Putera Harry ‘Melarang’ Meghan Markle Memakai Baju Ini Ketika Di Australia Kelak

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

IKLAN