Muzik Video Cover Kill This Love Dari Remaja Thailand Ini Memang Lit Habis

Share

Walaupun sudah dilancarkan lebih kurang tiga bulan yang lalu, namun single Kill This Love nyanyian Blackpink masih lagi menjadi sebutan di seluruh masyarakat dunia.

Kalau korang masih ingat dengan kumpulan kanak-kanak dari Thailand yang dikenali sebagai Deksokrao, mereka pernah membuat cover

lagu-lagu Blackpink sebelum ini. Memang real walaupun dengan bajet dan kemudahan yang ada disekeliling kampung saja.

Terbaru, mereka sekali lagi telah membuat cover muzik video Kill This Love yang baru tiga hari dimuat naik di YouTube sudah pun mendapat tontonan lebih daripada 2 juta viewers.

Cayalah dik!

Rata-rata netizen memuji kebolehan videographer dan video editor yang turut bekerjasama dalam menghasilkan video cover tersebut.

Ditambah pula dengan aksi si cilik yang menghiburkan, siapa saja yang menonton video cover mereka pasti kagum dan ternganga melihat bakat anak muda Thailand ini. hehe!

Apa-apa pun syabas kami ucapkan kepada effort yang ditunjukkan oleh Deksokrao dan team mereka. Kecil-kecil lagi dah berbakat. Thumbs up!

IKLAN