Haziq Nazimuddin merupakan seorang lagi finalis Hero Remaja 2020 yang bakal beraksi di pentas final pada Khamis ini. Berasal dari Kuala Lumpur, pemuda yang juga seorang florist ini sejujurnya tidak menyangka bahawa dia kini sudah berada di peringkat akhir dalam pencarian kali ini.

“Pertama kalinya, saya sangat bersyukur kerana sudah sampai sejauh ini. Jujur, saya tidak sangka dapat mara ke pentas akhir tetapi saya yakin ini adalah rezeki untuk saya teruskan lagi kerjaya dalam industri hiburan selepas ini,” luah Haziq.

Bermula dalam bidang modeling seawal usia 19 tahun, Haziq mungkin sudah berpengalaman di pentas peragaan dan ini memberikan sedikit kelebihan buatnya ketika berada di dalam pencarian Hero Remaja 2020.

Mulakan Kerjaya Dalam Bidang Modeling, Haziq Finalis Hero Remaja 2020 Selesa Di Pentas Peragaan

“Pengalaman Haziq menjadi seorang model sebenarnya bukanlah bermula dengan mudah. Sebelum ini ramai yang memberi semangat mengatakan Haziq mempunyai rupa dan kredibiliti untuk menjadi seorang model, tetapi pada waktu itu Haziq tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah,”

“Semuanya bermula bila Haziq menerima satu job di Johor, kakak Haziq yang mencadangkan dan dari situ barulah Haziq tahu macam mana nak cari job, you kena pergi casting, you kena ada commcard dan portfolio untuk job-job yang akan datang,”

IKLAN

“Alhamdulillah sepanjang memulakan karier dalam bidang modeling ini, sudah banyak sesi photo shoot dan pentas peragaan yang Haziq terlibat, antaranya KL Fashion Week. Dan terbaru, Haziq sedang giat melakukan sesi photo shoot dengan jenama-jenama fesyen seperti Nerd Unit, Uniqlo, Stone & Co. dan beberapa lagi yang lain,”

“Diharap selepas ini, Haziq dapat bekerjasama dengan banyak lagi brand fesyen dan dalam masa yang sama, Haziq juga ingin cuba menceburkan diri dalam bidang lakonan,” ujar finalis ini lagi.

IKLAN

Terharu dengan kelab peminat

Baru-baru ini, Haziq telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-23 dan apa yang menarik perhatian kami, sambutan hari lahir anak muda ini disambut meriah oleh kelab peminatnya.

“Alhamdulillah, Allah hadirkan orang yang baik-baik disamping Haziq. Walaupun Haziq belum menjadi seorang selebriti, tetapi mereka sudah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Haziq sangat terharu dan menghargai dengan setiap apa yang dilakukan oleh kelab peminat Haziq,”

IKLAN

“Selain daripada keluarga, mereka adalah individu-individu yang sering memberi semangat untuk Haziq beraksi di pentas akhir nanti. Terima kasih yang tak terhingga Haziq nak ucapkan kepada peminat yang meraikan birthday Haziq baru-baru ini. Malah, ada yang datang dari Johor dan Negeri Sembilan semata-mata mahu meraikan dan memberi hadiah kepada Haziq,”

“Harapan Haziq di pentas akhir nanti adalah untuk menjadi seorang insan yang lebih baik. Jika sebelum ini Haziq tidak mempunyai keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai, pada malam akhir nanti Haziq akan buktikan yang Haziq akan cuba berikan yang terbaik,” sambungnya.

Apa-apa pun kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Haziq.

Jangan lupa saksikan malam final Hero Remaja 2020 pada 16 Julai 2020 di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI