Masak Dalam Kuali ‘Legend’, Mudahnya Resipi Nasi Goreng Raja Permaisuri Agong

Share

Raja dan rakyat tiada berpisah, begitulah keadaannya sejak dari dahulu lagi.

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan personaliti yang cukup disayangi rakyat jelata. Kemesraan baginda yang tidak kekok apabila bersama rakyat menyerlahkan lagi kredibilitinya sebagai seorang permaisuri yang cukup prihatin.

Baginda banyak berkongsi gambar serta video masakan dan juga resipi di laman Instagram sekaligus menarik perhatian para pengikut baginda di laman media sosial tersebut. Antara resipi yang cukup viral adalah Nasi Goreng Steak yang cukup mudah dan senang dibuat.

Penulis huraikan satu persatu cara pembuatan nasi goreng yang cukup mudah dilakukan ini. 

RESIPI NASI GORENG STEAK

Bahan-bahan.

Mentega
5 Biji Telur
Daging Steak yang dipotong kecil
Nasi putih
Garam

Cara Membuat.

Panaskan kuali dan masukkan mentega. Kacau mentega sehingga cair.

Masukkan lima biji telur. Kacau perlahan dan biarkan telur menjadi ketulan-ketulan kasar.

Masukkan steak yang telah dipotong kecil.

Masukkan nasi putih yang telah dileraikan

Gaul sebati dan kemudian masukkan garam secukup rasa. Jika mahu anda boleh menambah serbuk lada putih atau lada hitam.

Mudahkan? Lima bahan sahaja, orang tak pandai masak pun kalau masak ikut resipi ni pasti menjadi. Penulis pun dah cuba, memang sedap. Tapi ingat ya, gunakan mentega (bukan marjerin) baru dapat rasa yang sedap.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN