Muda Dan Berhijab, Fatima Jadi Senator Muslim Pertama Di Australia Berusia 27 Tahun

Share

Untuk pertama kalinya dalam sejarah Australia, seorang Muslimah dan berhijab telah dipilih menjadi senator seawal usia 27 tahun. Berita ini sudah tentu sangat mengujakan umat Islam di seluruh dunia.

Foto : islamhashtag.com

ARTIKEL BERKAITAN : 7 Foto Khadija Omar Di Pentas Miss World 2021, Peserta Pertama Berhijab!

Menurut perkongsian Pengerusi Yayasan Ikhlas, Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin melalui hantaran di Facebooknya wanita ini berasal dari keluarga imigran yang susah dari Afghanistan.

Wanita Muda Muslim Pertama Berhijab Dilantik Sebagai Senator Australia

Fatima dikatakan telah berhijrah bumi di Perth, Australia sejak umurnya 8 tahun. Sesuatu yang kurang menonjol di Australia tetapi Senator Fatima Payman yang berusia 27 tahun telah mengubahnya.

 

Beliau yang telah dilantik sebagai Senator Dewan Parlimen Australia awal bulan lalu berkata

“Hope is an amazing thing”,

“Harapan adalah sesuatu yang menakjubkan”

“Not only because Islamophobia has been rife in the media, but I want young girls who do decide to wear the hijab to actually do it with pride.”

“Bukan sahaja kerana Islamofobia telah digembar-gemburkan oleh media tetapi saya mahu wanita muda Muslim yang ingin berhijab dapat memakainya dengan bangga.”

Tahniah kami ucapkan kepada wanita muslimah ini dan semoga dengan kejayaan yang dicapai ini dapat membuka mata dunia dan tidak memandang rendah terhadap individu beragama Islam.

Sumber: https://www.theguardian.com/international

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN