Bagi yang pernah melalui zaman kegemilangan telefon bimbit Nokia, tentu korang sedia maklum tentang betapa asak dan tahannya peranti keluaran jenama dari Sweden itu.
Suatu ketika dahulu Nokia-lah jenama telefon bimbit nombor satu di Malaysia. Namun dengan kemunculan jenama peranti lain yang lebih popular dan mendapat publisiti meluas, ia ternyata semakin ‘tenggelam’.
Situasi itu mungkin sekali akan berubah apabila Nokia bakal mengeluarkan satu model telefon pintar pada 27 Julai ini seperti teaser yang dimuat naik di laman Twitter.
Nokia Mobile memuat naik foto model berwarna off-white dengan bahagian lensa kamera pada bahagian tengah itu dengan tulisan “With our newest Nokia phone you will never need a case again”.
Ads
Teaser terbaru ini seakan-akan ingin melaungkan kelebihan telefon pintar kNokia yang diketahui umum tahan lasak; namun kali ini lebih lasak sehinggakan ia tidak memerlukan casing. Bahagian belakang model ini kelihatan seperti diperbuat daripada material yang berlainan daripada plastik biasa.
Walaupun masih belum ada kenyataan susulan mengenai produk ini, ia telah mendapat perhatian warganet.
Menurut laporan GSM Arena, rekaan telefon ini mirip model Nokia X10 dan Nokia X20 dengan mempunyai 4 lensa kamera pada bahagian belakang. Pada bahagian tengah kamera juga kelihatan logo jenis kamera ZEISS.
Sama-sama kita nantikan sama ada benar atau tidak Nokia bakal mengeluarkan telefon pintar baharu ini. Ada yang mengatakan model baharu ini dinamakan sebagai Nokia XR20 tapi info itu masih belum disahkan oleh Nokia sendiri.
Jika dulu kita memerlukan PC atau laptop untuk mencetak dokumen, dan ada yang terus ke Cyber Café kerana tidak mempunyai printer di rumah, kini korang boleh sahaja print dokumen hanya melalui handphone.
Lebih mudah bukan?
Tanpa perlu menggunakan laptop atau mengeluarkan modal untuk membeli printer wireless/WiFi, lelaki yang dikenali sebagai Fizie Joe telah berkongsi tutorial bagaimana untuk print-out dokumen daripada handphone direct ke printer.
Apa yang penting, korang kena ada 3 benda berikut:
• Printer (tak kisah jenama apa, yang murah pun boleh)
Kredit foto: bhphotovideo.com
• Cable OTG (korang boleh beli di kedai Eco/Ninso/Mr DIY
• Apps PrinterShare Mobile Print (download di handphone)
Bila kesemua barangan ini telah disediakan, sambungkan kabel USB printer ke kabel OTG dan kemudian, cucuk pada handphone korang. Ikut arahan PrinterShare untuk setting dan siap!
Ada lagi satu pilihan untuk korang download apps selain PrinterShare. Cari Noko Print-Wireless and USB printing dan caranya juga sama seperti yang telah dikongsi diatas.
Mudah saja kan? Tak perlu membazir duit nak beli printer mahal-mahal. Ikut cara ni je boleh jimat. Berbaloi-baloi!
Bagi pengikut tegar perkembangan telefon pintar, pastinya korang sudah tahu krisis antara Amerika Syarikat (US) terhadap pengeluar telefon pintar China, Huawei yang macam tiada kata nokhtah.
Untuk kita recap semula, Amerika Syarikat melalui Jabatan Pedagangan negara itu (U.S Commerce Department) telah meletakkan jenama telefon pintar dari China, Huawei dan 68 lagi jenama lain seluruh dunia ke dalam senarai hitam perdagangan mereka yang dipanggil ‘Entity List’. Ini berikutan pesanan eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump atas tuduhan pencerobohan sekuriti.
Lalu, Google, Android, Intel dan beberapa organisasi besar lain secara tak langsung tak dibenarkan bekerjasama dengan Huawei dan Honor (anak syarikat Huawei) dengan serta-merta kerana mereka tak dibenarkan mempunyai apa-apa perhubungan perdagangan dengan 2 jenama tersebut.
Saingan Google Play Store
Namun Huawei telah melakukan langkah bijak, kini syarikat telekomunikasi berkenaan dikatan bakal bergabung bersama tiga jenama besar lain iaitu Xiaomi, Oppo dan Vivo bagi membentuk satu platform yang bakal memberikan saingan kepada Google Play Store.
Ambil Alih Nokia & Ericsson
Rentetan dari itu, Peguam Negara AS, Willian Barr mencadangkan agar kerajaan AS mempertimbangkan untuk mengambil pegangan pada Nokia (Finland) dan Ericsson (Sweden) agar dapat memberikan saingan besar kepada Huawei.
Kedua-dua jenama yang merupakan saingan terbesar Huawei. Huawei kemudiannya dibenarkan oleh United Kingdom (UK) untuk menyertai ujian rangkaian 5G di negara mereka walaupun mendapat tekanan daripada AS.
Barr percaya, dengan adanya sokongan daripada kerajaan AS disebalik kedua-dua syarikat berkenaan, pengguna global akan lebih yakin untuk menggunakannya.
Mungkinkah Nokia dan Ericsson akan melakukan comeback dengan lebih kuat dan berkuasa selepas ini?
Sumber: CNBC, Amanz
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya, wireless earbuds akan terus digemari pengguna apabila semakin banyak jenama yang mula menerokai pasaran earbuds dengan model terbaru.
Tentunya sebagai pembeli, kita ingin mencari model terbaik untuk digunakan bagi jangka mas panjang. Ingat, walaupun Apple ialah jenama pertama yang mengeluarkan AirPods ikonik dan merupakan ‘best-seller’ dalam kategori ini, pilihan korang bukan sekadar AirPods saja.
Semakin banyak jenama yang menawarkan pengguna Android dengan earbuds yang tidak kurang hebatnya dari segi kualiti audio, hayat bateri dan dijual pada harga yang menarik.
Jom ‘usha’ lima jenama earbuds pilihan REMAJA ini.
Samsung Galaxy Buds Pro
Rekaan earbudsseperti bentuk kacang ini telah menjadikan Samsung Galaxy Buds Live sebagai pilihan utama ramai pembeli sepanjang tahun lalu. Terbaru, Samsung telah memperkenalkan model Galaxy Buds Pro seiring dengan pelancaran model Galaxy S21. Pembeli dijanjikan earbuds yang selesa dan selamat dipakai. Malah ia juga kemas terletak pada telinga korang.
Jujurnya, ia menawarkan bunyi yang bagus dan berkesan untuk panggilan telefon yang lancar dengan fungsi background noise reduction berkualiti. Paling kami gemari adalah ia bersifat water-resistant dengan IPX2 rating.
Guess what, sekiranya orang menempah Galaxy Buds Pro mulai sekarang hingga 28 Januari ini, korang layak untuk menerima Wireless Charger Pad bernilai RM239!
Harga: RM799 Warna: Phantom Violet, Phantom Black & Phantom Silver
Jaybird Vista
Model terbaru Jaybird iaiatu Jaybird Vista (err, teringat pula Windows Vista, but whatever) membuatkan jenama ini kembali mendapat perhatian oleh pembeli yang mementingkan rekaan, hayat bateri dan kualiti audio baik semasa bersenam.
Kualiti water-resistant-nya juga diakui dengan IPX7 rating iaitu sepenuhnya kalis air dan peluh.
Harga: RM848 Warna: Black, Nimbus Gray & Mineral Blue
Mpow X3
Okay, jika harga jualan kedua-dua model di atas membuatkan korang tersedak terkejut, mungkin ini adalah model earbuds yang lebih sesuai untuk bajet korang.
Walaupun dijual pada harga mampu milik, Mpow X3 wireless earbuds tidak sesekali mengenepikan kualiti bunyi yang jelas dan bass yang ‘powerful’. Malah fungsi active noise cancellation-nya juga berkesan. Ia juga mempunyai IPX7 rating bagi kelebihan kalis air.
Pengguna mungkin akan mengalami situasi ‘lagging’ semasa menonton video di YouTube. Namun, selain daripada isu kecil itu, Mpow X3 adalah model yang berbaloi untuk dimiliki
Harga: RM330 Warna: Black
HONOR Magic Earbuds
Dari segi rekaan luaran, ia saling tidak tumpah seperti AirPods pro namun pada harga yang jauh lebih mampu milik. Ia membuatkan kami tertarik untuk mengetahui lebih mengenainya.
Jujurnya, kualiti bunyi pada earbuds ini belum setanding model yang lebih premium. Jika korang yang inginkan fungsi noice cancelling bagi mengharungi waktu puncak di dalam LRT, mungkin ini bukanlah earbuds terbaik. NAMUN, bagi earbuds yang mempunyai hayat bateri selama 3.5 jam seperti ini, ia adalah pilihan mampu-milik yang wajar dipertimbangkan.
Harga: RM499 Warna: Pearl White & Robin Egg Blue
Jabra Elite 75t
Berbanding empat lagi model yang telah kami senaraikan di atas, Elite 75t merupakan earbuds tanpa wayar yang paling ‘tua’ dan telah agak lama dipasarkan. Namun ia masih dalam senarai pilihan kami kali ini kerana kualiti yang ia berikan. It is definitely one of the best out there.
Jika dibandingkan dengan AirPods Pro, Elite 75t tidaklah memberikan keselesaan terbaik semasa memakainya. Namun, ia memberikan kualiti bunyi yang lebih baik (sorry Apple lovers!). Tak lama lagi, model Elite 85t bakal dilancarkan. Tak mustahil banyak stor fizikal dan online akan menawarkan diskaun promosi bagi Elite 75t.
Aktres jelita, Izara Aishah kini disahkan sedang hamil cahaya mata ketiga.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan secara rasmi oleh jenama tudung terkemuka, Shawl Publika menerusi satu...