Muat Naik Gambar Bersama Selebriti Popular Dunia, Skill Editing Lelaki Ini Memang Power

Share

Daya kreatif merupakan gabungan idea dan konsep yang menghasilkan satu hasil seni yang mengagumkan. Seperti apa yang dilakukan oleh seorang pereka grafik dari Batam, Indonesia ini, Syahril Ramadhan

mempunyai kebolehan suntingan yang hebat dengan hasil-hasil gambar yang telah diedit.

Pemuda ini sering memuat naik gambar hasil suntingan bersama selebriti popular dunia dan antaranya adalah seperti kumpulan BTS, Blackpink, Dwayne Johnson, Cristiano dan selebriti-selebriti popular Indonesia. Bukan hanya suntingan gambar sahaja, Syahril juga turut melakukan editing pada poster filem juga.

Pergh, memang gempak la hasilnya. Ramai yang mengagumi hasil kreatif anak muda ini kerana kalau korang lihat gambar-gambarnya ini memang real!

Tak percaya? Jom tengok ni..

Memang ‘sebijik’ macam betul kan? Kalau orang tak kenal dia ni siapa, mungkin ada yang memang percaya jika lelaki ini dapat bergambar bersama barisan selebriti popular dunia. Hiks!

IKLAN