Muat Naik Foto Sambutan Hari Lahir, Kecantikan Anak Fiza Halim Jadi Tumpuan Ramai

Share

Peribahasa Melayu ada menyebut, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ia sinonim dengan maksud baik buruk ibu bapa sedikit sebanyak turun kepada anak-anak mereka.

Biasanya, pepatah ini disebut untuk menyamakan kecantikan rupa paras menawan yang dimiliki oleh si ibu atau ayah yang menurun kepada anak-anak.

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon wanita Fiza Halim telah memuat naik foto mereka sekeluarga menyambut ulang tahun kelahiran anaknya, Baby Elena yang ke tiga tahun.

Apa yang lebih menjadi perhatian, sebuah foto yang dimuat naik dengan kapsyen “Love of my life..” telah menarik perhatian warganet setelah melihat kecantikan anak-anak Fiza Halim.

Ramai yang meninggalkan komen memuji kecantikan yang diwarisi daripada ibu mereka itu.

Sebelum ini, anak perempuan Zila Bakarin juga pernah menjadi perhatian warganet kerana kecantikan yang dimilikinya seawal usia 12 tahun.

BACA: Anak Perempuan Zila Bakarin Jadi Perhatian, Copy Paste Muka Ibu

Sumber: (1)

IKLAN