
Jenama produk makanan berinovasi dari Jepun, Kewpie menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi memperkukuhkan kerjasama akademik, penyelidikan dan pembangunan bakat-bakat muda dalam kalangan pelajar industri kulinari dan penghasilan makanan.
Majlis yang berlangsung di kampus UiTM Selangor cawangan Puncak Alam itu telah disempurnakan oleh oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Yang Berusaha Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi dan Pengarah Urusan Kewpie Malaysia Sdn Bhd, Encik Takeshi Nishizato.



Pemeteraian MoU telah disaksikan oleh Timbalan Pengarah Urusan Kewpie Malaysia Sdn Bhd, Encik Hiroki Hanaoka; Rektor UiTM Cawangan Terengganu, Yang Berusaha Dr. Ermeey Abdul Kadir; Dekan Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan (FPHP) UiTM, Yang Berusaha Prof. Dr. Norzuwana Sumarjan, barisan pendidik dan para pelajar FPHP.
Berkongsi Misi & Objektif Sama
Encik Takeshi Nishizato dalam ucapannya berkata, pemeteraian kerjasama ini merupakan satu lagi detik penting untuk Kewpie yang menyambut ulang tahun ke-106 sejak ia diasaskan pada tahun 1919.

“Kami berbangga untuk membentuk jalinan bersama UiTM sebagai salah satu rakan kerjasama universiti awam pertama di Malaysia pada tahun ini. UiTM dipilih sebagai institusi yang bersesuaian dengan visi Kewpie serta objektif MoU kali ini.
“Antara perkara yang akan kami fokuskan termasuklah;
- Penyelidikan dan pembangunan produk di mana Kewpie dan UiTM boleh terus menerokai idea baharu bersama-sama;
- Slot latihan amali dan latihan industri (internship) untuk memberi peluang kepada penuntut UiTM mendalami pengalaman praktikal dan skil-skil berkaitan dengan industri;
- Penyediaan bengkel dan sesi perkongsian ilmu melibatkan ahli akademik dan pemain industri agar boleh terus bertukar pandangan serta kepakaran, dan;
- Menerokai idea-idea projek yang memberi impak kepada komuniti terutamanya bagi mempromosikan kesedaran terhadap kepentingan nutrisi serta inovasi produk makanan.
“Semoga kerjasama ini akan membuahkan hasil, berinovasi dan terjalin buat tempoh yang lama,” katanya pada majlis berkenaan.
Percayakan Inovasi Seabad Kewpie
Sementara itu, Yang Berusaha Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi berkata, MoU kali ini mencerminkan komitmen UiTM untuk mencapai pengiktirafan global, jalinan industri dan kecemerlangan dalam berinovasi.

“UiTM terus giat mengejar kolaborasi strategik yang mengukuhkan pembangunan bakat, kapasiti penyelidikan dan inisiatif kelestarian sejagat.
“Dengan kecemerlangan melebihi satu abad lamanya, kami percaya Kewpie akan terus berkembang menerusi perkongsian berharga omo yang membantu perkembangan industri.
“UiTM dan Kewpie berkongsi aspirasi sama untuk menggabungkan kepakaran industri dengan inovasi akademik, terutamanya dalam memberi solusi kepada kemampanan makanan, perkembangan produk yang canggih dan penghasilan bakat-bakat baharu untuk berada dalam industri kelak,” katanya.


Remaja On Road
Dalam pada itu, acara diteruskan dengan beberapa aktiviti anjuran Majalah Remaja selaku rakan media menerusi jelajah Remaja On Road (ROR) di UiTM Puncak Alam.
Antaranya termasuklah segmen perkongsian maklumat dan pengalaman industri oleh tiga panel jemputan terdiri daripada pengacara TV, Irfan Syahmi Nasution; cef selebriti, Chef Fikree Aznan dan Profesor Madya Dr. Zuraini Matissa@Zakaria dari Jabatan Pengurusan Khidmat Makanan di bawah FPHP, UiTM Puncak Alam.


Pentas terus diaktifkan dengan segmen ‘Self-Love Camp’ kendalian Chef Fikree yang menunjukkan cara penyediaan mudah resepi chicken burritos dengan menggunakan produk keluaran Kewpie seperti Mayonaisse (Mild) dan Roasted Sesame Dressing.





Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

