Momen-Momen Anugerah Bintang Popular 2019 Yang Korang Perasan Atau Tidak

Share

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-32 sudah pun melabuhkan tirainya malam tadi dan tidak terlambat untuk kami ucapkan syabas buat para pemenang, terutamanya Mira Filzah yang menjadi Bintang Paling Popular 2019.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), anugerah tahunan ini membariskan 13 kategori utama, dua kategori baru dan lima kategori yang dipertandingkan.

Dengan tema ‘Melangkaui Sempadan’, ada beberapa momen yang berlaku sepanjang ABPBH tahun ini sama ada korang perasan atau tidak.

1. Baju Kak Lina Pom Pom lebih kurang sama dengan Sajat di AJL 32

Sajat di Anugerah Juara Lagu 32

Nampak sama, tapi ia merupakan dua busana berbeza yang digayakan oleh pengacara anugerah ABPBH, Elly Mazlein malam semalam dan Sajat di Anugerah Juara Lagu 32 tahun lalu. Mungkin konsep pemilihan fabrik dan variasi warna berkilau yang menjadi pilihan mereka membuatkan ia nampak seakan sama.

Namun apa-apa pun, Kak Lina Pom Pom tampil jelita dengan busana rekaan Nizam Zamil ini.

2. Hael sebut ‘sayang’?

Tak tahulah kami salah dengar ke apa, tapi sewaktu Hael Husaini naik ke atas pentas untuk mengambil trofi bagi kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Hael memulakan ucapannya dengan “Maaf sayang tak dapat hadir malam ini…”

Betul ke apa kami dengar ni Hael? Kalau salah dengar minta maaf ye Hael. Hiks!

3. Busana persembahan Stacy agak seksi?

Ramai yang mengkritik penampilan Stacy ketika persembahannya bersama De Fam yang dikatakan terlalu menjolok mata dengan mengenakan material lining berwarna nude. Stacy telah pun memohon maaf di laman Instagramnya dan mengatakan dia tidak menyangka bila di atas pentas yang dikelilingi lighting lain pula jadinya.

Tak apa la Stacy, yang penting gadis Sabah ini sudah pun mengakui kesilapannya dan siapa je yang tak pernah buat silap kan?

4. Janna Nick terlepas cakap b*bi waktu live?

Haa, ada satu part bila kamera panning dekat Janna Nick, kelihatan seperti menyebut b*bi. Betul ke tak apa yang kami perasan ni. Hehe!

5. Wakil Army Malaysia di pentas ABPBH 32

Kemenangan kumpulan terkenal dari Korea, BTS bagi kategori Artis Korea Popular tidak semena-mena memberi peluang buat wakil peminat mereka di Malaysia untuk naik ke atas pentas besar dunia hiburan tanah air.

Wah, bukan calang-calang orang yang boleh berada atas pentas tu tau. Kelas sis ni. Hehe!

Apa-apa pun kami ucapkan tahniah buat Berita Harian kerana telah menganjurkan anugerah gilang-gemilang Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-32 bagi mengangkat dan menghargai bakat seni para karyawan.

IKLAN