Mohon Doakan Terus Istiqomah, Anzalna Beri Kejutan Pada Majlis ‘Birthday’ Suami

Share

 

Alhamdullilah.

Semakin hari, semakin ramai selebriti wanita tanah air tidak kiralah penyanyi, pelakon ataupun pengacara yang memilih untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dan mengambil jalan menutup aurat.

Terbaru pada 17 September 2021, pelakon jelita dan popular, Anzalna Nasir memuat naik satu video sambutan hari kelahiran suaminya. Ini bukan kali pertama finalis pencarian Dewi Remaja 2009/2010 ini membuat kejutan buat suami tercinta, Hanif Zaki.

Namun, kejutan pada tahun ini tampil sedikit ‘ekstra’ dan berbeza.

Menerusi satu lagi perkongsian, Anzalna membuat kejutan buat suaminya apabila tampil manis berhijab. Hanif kelihatan sedikit terkejut dengan penampilan isterinya itu lalu terus memeluk dan menciumnya diiringi oleh anak mereka berdua, Mohamad Eidress. Untuk pengetahuan, majlis tertutup itu turut dihadiri ahli keluarga terdekat Anzalna.

Tanpa sebarang kenyataan rasmi sama ada mengiyakan atau menidakkan penghijrahan ini, muat naik terbaru Anzalna itu tetap dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat. Tak kurang juga yang tampil memberikan sokongan terhadap keputusannya untuk berhijrah sekiranya benar dan mendoakan agar Anzalna diberikan jalan yang mudah untuk terus istiqomah.

Tentunya, ramai memuji keayuan Anzalna apabila mengenakan hijab. Malah Hanif turut gembira dengan keputusan isteri tersayangnya.

BACA LAGI : Manis Berhijab! Lihat 7 Dewi Remaja Yang Telah Berhijrah Imej – REMAJA

Seperti dijangka, rakan media tempatan berebut untuk mendapatkan kenyataan awal daripada empunya badan sendiri mengenai perubahan ini dan apakah faktor yang menguatkan dirinya bagi melangkah ke fasa baharu. Namun dengan nada tenang, Anzalna menjelaskan bahawa belum masanya lagi untuk dia membuka mulut untuk bercakap mengenainya.

“Terima kasih di atas sokongan anda. Namun saya lebih memilih untuk tidak menjawab sebarang soalan buat masa ini. Saya mohon maaf dan saya sayangkan anda semua. InsyaAllah saya akan bertemu anda tidak lama lagi. Doakan Anzalna sentiasa Istiqomah.”

Apapun, REMAJA gembira dengan perubahan positif yang berlaku kepada Dewi kami ini selama bergelar seorang selebriti. Bertambah jelita Anzalna dengan imej barunya ini.

Terdahulu pada tahun ini, seorang lagi rakan seperjuangan Anzalna iaitu Izara Aishah juga mencapai kata putus untuk berhijrah kepada imej berhijab.

ARTIKEL BERKAITAN : Foto Lama Di Instagram Terpadam, Izara Aishah Berhijrah – REMAJA

IKLAN