
Aktres jelita, Mimi Lana meluahkan keinginan untuk turut serta dalam misi kemanusiaan ke Palestin sekiranya genjatan senjata benar-benar dilaksanakan dalam masa terdekat.
Isteri kepada aktor terkenal, Syafiq Kyle itu berkata, dirinya terbuka untuk menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang kini berdepan krisis kemanusiaan.

“Kalau betul la genjatan senjata kali ini betul-betul menjadi, saya nak sangat jejak kaki ke bumi Palestine.
“Siapa-siapa yang buat nak buat misi bantuan ke sana ataupun ada NGO yang akan pergi tolong beritahu saya,” tulisnya menerusi satu hantaran di Threads.
Dalam pada itu, bintang drama Perempuan Itu ini turut menzahirkan harapan agar genjatan senjata dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah berkenaan.
“Insya-Allah mudah-mudahan ada peluang satu hari nanti, untuk masa sekarang kena banyak-banyak berdoa supaya genjatan senjata betul-betul berlaku.
“Insya-Allah harapnya lebih mudah nak salurkan bantuan dan masuk ke sana,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

“Insya-Allah mudah-mudahan ada peluang satu hari nanti, untuk masa sekarang kena banyak-banyak berdoa supaya genjatan senjata betul-betul berlaku.