Berita

Mimi Lana Kini Lebih Berhati-Hati Pilih Watak, Akui Setiap Keputusan Perlu Dibincang Bersama Syafiq Kyle

Share

Selepas bergelar isteri, pelakon jelita, Mimi Lana mengakui kehidupannya kini banyak berubah termasuk dalam soal kerjaya apabila setiap keputusan berkaitan pemilihan watak akan dibincangkan terlebih dahulu bersama suaminya, pelakon Syafiq Kyle.

Bekas peserta Dewi Remaja itu berkata, statusnya sebagai seorang isteri membuatkan dia mahu meletakkan rasa hormat terhadap suami dalam setiap keputusan yang diambil, termasuk membabitkan tawaran lakonan.

Filem Dirakam Sebelum Bergelar Isteri

Ketika ditemui Remaja pada sidang media tayangan filem romantik komedi Mojoku Hilang! di TGV Suria KLCC semalam, Mimi menjelaskan filem tersebut sebenarnya telah menjalani penggambaran sebelum dia mendirikan rumah tangga.

“Saya shooting filem ni pada Januari 2025 sebelum berkahwin.

“Tapi selepas kahwin banyak juga perkara berbeza seperti keputusan pemilihan watak. Dulu saya bukan isteri orang dan sekarang sudah berkahwin jadi perlu bertanya dulu kepada suami,” katanya.

Justeru, katanya, tiada sebarang perbincangan bersama Syafiq mengenai naskhah Mojoku Hilang!memandangkan ketika itu mereka masih belum bergelar suami isteri.

Belum Terima Tawaran Romantik Komedi Selepas Kahwin

Menurut pelakon filem

The Experts itu lagi, sehingga kini dia masih belum menerima sebarang tawaran baharu dalam genre romantik komedi selepas berkahwin.

“Namun selepas kahwin ini saya tidak ada sebarang projek bergenre romantik komedi jadi belum ada apa-apa perbincangan dengan suami.

“Cuma sekarang ini selepas kahwin ni apa yang saya boleh cakap apa-apa keputusan perlulah tanya kepada suami,” katanya.

Tambah Mimi, pendekatan itu merupakan antara perubahan yang dilakukannya selepas melangkah ke alam perkahwinan sebagai tanda saling menghormati dalam rumah tangga.

Untuk rekod, Mimi Lana dan Syafiq Kyle selamat disatukan sebagai suami isteri pada 14 Februari 2025

dalam sebuah majlis yang berlangsung di sebuah ruang acara di Taiping, Perak.

Sejak itu, pasangan sama cantik sama padan ini sering menjadi perhatian peminat yang mengikuti perkembangan mereka dalam dunia seni mahupun kehidupan peribadi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Fath