Jaguh Muay Thai negara, Miki Ghazali menepati ramalan apabila berjaya menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia dalam acara featherweight 57 kilogram pada temasya Sukan SEA.

Aksi cemerlang itu dipamerkan Miki atau pemilik nama sebenar Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar selepas menewaskan wakil tuan rumah, Sirilun Suphakon, dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, pada Rabu.

“Siapa Je Umur 16 Dah Dapat Emas?” Miki Ghazali Tewaskan Wakil Tuan Rumah! Raih Emas Di Sukan SEA 2025 “Siapa Je Umur 16 Dah Dapat Emas?” Miki Ghazali Tewaskan Wakil Tuan Rumah! Raih Emas Di Sukan SEA 2025

Walaupun beliau baru berusia 16 tahun, Miki tidak gentar berdepan lawan yang tujuh tahun lebih berpengalaman, malah aksi di atas gelanggang jelas memperlihatkan kematangan serta ketenangannya sepanjang pertarungan.

“Alhamdulilah hari ini berjalan dengan lancar. Alhamdulilah rezeki pergi kepada Miki,” katanya.

“Tadi dalam gelanggang pun Miki berfikir, siapa je yang umur 16 dah dapat emas untuk SEA Games,” jelasnya berseloroh.

Ads

“Siapa Je Umur 16 Dah Dapat Emas?” Miki Ghazali Tewaskan Wakil Tuan Rumah! Raih Emas Di Sukan SEA 2025 “Siapa Je Umur 16 Dah Dapat Emas?” Miki Ghazali Tewaskan Wakil Tuan Rumah! Raih Emas Di Sukan SEA 2025

Dalam pada itu, petarung muda negara itu memenangi dua pusingan awal dengan keputusan 10-9 sebelum tewas tipis 9-10 pada pusingan ketiga, namun kelebihan mata keseluruhan memastikan kemenangan berpihak kepadanya.

Keputusan 29-28 itu mengesahkan Miki sebagai pemenang pingat emas, sekaligus mengangkat namanya sebagai antara bakat muda paling menyerlah dalam arena Muay Thai negara.

Ads

Sejurus keputusan diumumkan, Miki yang ditemani abangnya, Johan Jojo Ghazali, tidak dapat menahan sebak apabila kelihatan bercucuran air mata di tengah gelanggang.

“Siapa Je Umur 16 Dah Dapat Emas?” Miki Ghazali Tewaskan Wakil Tuan Rumah! Raih Emas Di Sukan SEA 2025

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)

Sementara itu, kejayaan ini turut mencatat sejarah peribadi buat Miki apabila beliau menjadi atlet Muay Thai ketiga negara yang berjaya meraih pingat emas pada edisi Sukan SEA kali ini.

Ads

Untuk rekod, dua lagi pingat emas kem Muay Thai negara sebelum ini disumbangkan oleh Angie Yan dalam acara Wai Kru wanita serta Wassof Rumijam yang mengungguli acara bantamweight 54 kilogram.

Sumber artikel: Astro Awani & Astro Arena

Sumber foto: Awangku Afiq (TVS) & Rentap Muay Thai

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads