Mia Ahmad Dedah Wajah Cahaya Mata Ketiga, Pilih Nama Imaani Mohd Izham Tarmizi

Share

MasyaAllah! Comelnya!

Pada 17 Januari lalu, pelakon berbakat besar, Mia Ahmad selamat melahirkan cahaya mata ketiganya iaitu bayi perempuan pada jam 1.25 pagi.

Genap sebulan kelahiran ahli keluarga baharu, terkini, pelakon drama popular Hati Perempuan itu tampil mendedahkan wajah cahaya matanya itu menerusi sebuah hantaran baharu di entri Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mia Ahmad, Mohd Izham Tarmizi Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga

Dalam perkongsian video tersebut, Mia buat kali pertama dengan menunjukkan rupa paras bayinya yang ketiga itu selain memberi nama Imaani Binti Mohd Izham Tarmizi, hasil persetujuannya dengan suami yang juga pemain bola sepak Sri Pahang (FC), Mohd Izham Tarmizi.

“Assalamualaikum everyone! Meet our 3rd baby, Imaani Binti Mohd Izham Tarmizi,” coretnya ringkas di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian klip video pendek berkenaan sekaligus dibanjiri pujian daripada para warganet dan rakan selebriti selain mendoakan yang baik-baik buat puteri kecilnya itu.

“Waalaikumsalam.. Comelnya dia… Sama eh nama kita,” komen seorang pengikutnya.

“Allahuakbar! Comelnya… segala puji bagi Allah.. semoga yang baik-baik untuk anak ini, Puan Mia semoga sentiasa dilindungi Allah,” komen juga pengikut lain.

“MasyaAllah. Semoga Imaani membesar dengan sihat dan bijak,” titip doa seorang peminatnya menerusi ruangan komen.

Sekadar informasi, Mia dan suami tercinta mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sayt Issa, 4, dan Iris yang kini berusia dua tahun.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Mia Ahmad

IKLAN