Berita

#MetGala2026 Tema ‘Fesyen Adalah Seni’ Jadi Pentas Kreativiti, Namun…

Share

Met Gala 2026 yang berlangsung di New York City sekali lagi menghimpunkan figura-figura utama dalam dunia fesyen, hiburan dan budaya pop.

Acara berprestij ini terus menjadi tumpuan global apabila barisan selebriti hadir dengan gaya tersendiri di karpet merah.

Tema ‘Fesyen Adalah Seni’ Jadi Tumpuan


Pada tahun ini, kod pemakaian yang ditetapkan ialah
“fesyen adalah seni”, memberi kebebasan sepenuhnya kepada para tetamu, bersama penggaya masing-masing untuk mentafsir tema tersebut mengikut kreativiti dan identiti peribadi.

Hasilnya, pelbagai penampilan unik dan berani dapat disaksikan, sekali gus menjadikan Met Gala kali ini antara edisi yang paling ekspresif dari segi gaya.

Penampilan Mencuri Perhatian

Seperti biasa, acara ini tidak pernah mengecewakan dari segi fesyen.

Beberapa penampilan berjaya mencuri perhatian ramai, sama ada kerana konsep yang luar biasa, rekaan avant-garde mahupun mesej yang cuba disampaikan melalui busana mereka.

Kehadiran Penunjuk Perasaan

Namun di sebalik kemeriahan acara, Met Gala 2026 turut diselubungi dengan kehadiran penunjuk perasaan. Sekumpulan individu dilihat berkumpul di sekitar lokasi sambil membawa sepanduk bertulis “tax the rich”dan “resistance red carpet” bagi menarik perhatian media dan orang ramai.

Kontroversi Penajaan Acara

Acara tahun ini turut mencetuskan perdebatan apabila ia ditaja oleh pengasas Amazon, Jeff Bezos bersama isterinya, Lauren Sánchez. Penglibatan pasangan tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan sesetengah pihak, khususnya mereka yang mengkritik golongan bilionair.

Aksi Aktivis ‘Everyone Hates Elon’

Bantahan terhadap penglibatan tersebut turut digerakkan oleh kumpulan aktivis dikenali sebagai Everyone Hates Elon. Menerusi satu perkongsian di Instagram, mereka memuat naik video yang memaparkan ahli kumpulan itu menggodam paparan di stesen kereta api bawah tanah.

Tindakan tersebut dilakukan sebagai usaha menyebarkan mesej anti-bilionair kepada orang awam, sekali gus menambah lagi kontroversi di sebalik penganjuran acara glamor ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath