Messi Kekal Gelaran Pemain Terbaik, Singkir Cristiano Ronaldo & Virgil van Dijk

Share

Siapa tak kenal dengan kelincahan  pemain lagenda dan juga penyerang utama Barcelona dan Argentina ini. Dia lah playmaker dalam pasukan dan dia juga finisher untuk menjaringkan gol. Goal Machine ntah jenama apa dia gunakan.

Lionel Messi sekali lagi dinobat sebagai Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2019 dalam majlis anugerah gemilang sukan bola sepak dunia di Milan awal pagi tadi.

Kemenangan ini sekali gus melonjak nama penyerang utama Barcelona itu mengatasi pemain Juventus, Cristiano Ronaldo yang pernah merangkul anugerah sama.
Selain kedua-dua pemain itu, turut dicalonkan ialah pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk yang pada awalnya diramal memenangi anugerah ini.

Bukan Kali Pertama Memenangi Kejuaraan Ini

Ini merupakan kan kali ke -6 Messi memenangi ‘title’ ini. Sebelum ini pernah memenangi gelaran Pemain Lelaki Terbaik FIFA pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2015. Kapten pasukan Barcelona dan Argentina ini telah menjaringkan 54 gol dalam 58 perlawanan pada musim 2018/19 mewakili kelab dan juga negara.

Messi turut membantu Barcelona menjuarai La Liga Sepanyol dan membawa kelab itu ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Tahniah diucapkan buat Messi, seronok la fans Barcelona dan Messi ni kan.

Sumber : Astro Awani

IKLAN