Permaidani merah di Festival Filem Antarabangsa Venice tahun ini lebih sunyi, dengan kekurangan bintang selebriti yang hadir disebabkan mogok serentak berterusan yang dianjurkan oleh Persatuan Pelakon Skrin-Persekutuan Artis Televisyen dan Radio Amerika dan Persatuan Penulis Amerika.
Namun, beberapa selebriti yang pernah bekerja dalam filem indie yang tidak diterbitkan oleh Alliance of Motion Picture and Television Producers telah menerima lampu hijau untuk hadir ke acara sinematik tahunan itu. Dengan ketiadaan ramai rakan pelakon dan penulis skrip, para hadirin mula memberi perhatian lebih kepada rakan artis yang hadir di acara tersebut.
Mari kita lihat fesyen ikonik yang ditampilkan oleh selebriti Hollywood dan internasional kali ini di Festival Filem Antarabangsa Venice!
Patrick Dempsey and Jillian Fink
Bagi peminat fanatik drama medikal Grey’s Anatomy pasti cukup kenal dengan figura lelaki tampan ini. Iya, Dr Derek Shepherd tampil di permaidani merah festival itu bersama isterinya dengan suit lengkap dari Brunello Cucinelli.
2. Rita Ora
Aik, penyanyi pop di Festival Filem? Haaa….bagi mereka yang tidak maklum, Rita Ora telah berkahwin dengan pengarah filem terkenal Taika Waititi yang turut merupakan penerima Anugerah Akademi, Anugerah BAFTA dan Grammy Award.
Ads
Penampilan elegan Rita Ora yang kelihatan luar biasa di Festival Filem Venice ternyata berjaya membuktikan dirinya ada kelas tersendiri!
3. Amal and George Clooney
Di mana sahaja George dan Amal Clooney berada, mereka pasti akan menjadi tarikan lensa kamera dan orang ramai.
Penampilan terbaru mereka tiada bezanya apabila mereka tampil dengan penuh gaya untuk menghadiri Festival Filem Venice 2023. Pelakon berusia 62 tahun itu kelihatan tampan dalam sut hitam, manakala peguam hak asasi manusia itu kelihatan cukup menawan memperagakan gaun vintaj Christian Dior.
4. Barbara Palvin
Ads
Penampilan awam pertama Barbara sejak mengikat tali pertunangan dengan pelakon terkenal Dylan Sprouse pada bulan Julai di Festival Filem Venice ternyata tidak menghampakan sama sekali.
Model berusia 29 tahun itu kelihatan cukup elegan ketika menuju ke tayangan perdana filem Poor Things dengan gaun eksklusif dari Giorgio Armani.
5. Sydney Sweeney
Bintang Euphoria ini berjaya memberikan penonton suntikan dos glamor Hollywood dengan penampilan mewah beliau. Tampil memperagakan gaun fishtail yang cukup menawan dari Armani , Sydney Sweeney kekal menjadi perhatian lensa kamera di Festival Filem tersebut.
6. Jessica Chastain
Ads
Pelakon filem terkenal Interstellar ini nyata kekal anggun pada usia 46 tahun apabila tampil memperagakan busana mewah dari Giorgio Armani pada malam perayaan festival tersebut.
7. India Amarteifio
Siapa sahaja tidak kenal dengan pelakon yang sedang hangat ini? India yang lebih dikenali dengan wataknya sebagai Queen Charlotte dalam siri televisyen Bridgerton hadir ke Festival Filem Venice 2023 dengan strapless gown yang cukup berkilauan dari Giorgio Armani.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Getty Images
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
TikTok telah menjadi antara platform media sosial paling popular dikalangan generasi muda. Aplikasi ini mempunyai lebih daripada 250 juta pengguna aktif dan kerana itu tidak hairanlah jika korang melihat semakin ramai selebriti Korea memanfaatkan platform ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Drama Korea terbaru, ‘Now, We Are Breaking Up’ yang dilakonkan oleh pelakon utama Song Hye Kyo dan Jang Ki Yong kini telah pun secara rasminya mengumumkan barisan pelakon lain yang bakal membintangi drama tersebut.
Menurut Soompi, Sehun EXO dan Yura Girl’s Day antara pelakon yang mengambil bahagian dalam drama tersebut dan kenyataan ini telah pun disahkan sendiri oleh agensi Sehun, SM Entertainment dan agensi Yura, Awesome ENT.
‘Now, We Are Breaking Up’ mengisahkan tentang kisah cinta emosi dan perpisahan. Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Song Hye Kyo membawa watak Ha Young Eun, pengurus bahagian rekaan di sebuah syarikat fesyen label dan Jang Ki Yong merupakan seorang jurugambar, Kim Joo Heon berperanan sebagai CEO syarikat PR yang diberi nama Seok Do Hoon.
Manakala Sehun bakal membawa watak seorang pereka baru di syarikat fesyen label tersebut, di mana dia akan bekerja di bawah seliaan Ha Young Eun dan Choi Hee Seo. Yura pula berperanan sebagai Hye Rin, selebriti media sosial yang terkenal dan mempunyai ramai followers.
Drama ini ditulis oleh Je In dan arahan Lee Gil Bok, yang sebelum ini pernah mengarahkan drama-drama popular termasuklah My Love From The Star, Vagabond dan Dr. Romantic 2.
Berita gembira ini disambut baik oleh rata-rata peminat Sehun dan mereka sudah tidak sabar melihat kemunculannya dalam drama tersebut.
Mesti ramai yang dah tak sabar nak melihat gandingan mereka berdua kan?
Dua insan hebat ini tidak perlu diperkenalkan lagi, nama mereka merupakan ‘jenama’ yang meniti dibibir kebanyakan rakyat Malaysia. Kedua-duanya bermula di dalam bidang seni sebelum menjadi seorang ahli perniagaan seterusnya memanfaatkan kekayaan dan juga populariti yang dikecapi untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.
Terbaru, Forbes Asia telah menyenaraikan dua bintang dari Malaysia ini di dalam senarai 100 Bintang Digital Forbes Asia. Dalam penulisan yang disertakan bersama penyenaraian itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat aktif dalam membantu peniaga makanan dan restoran yang terkesan disebabkan oleh pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini.
Kini beliau sedang hamil empat bulan. Sumber Gambar: via Instagram CTDK
Dengan kekuatan 7.9 juta pengikut di Instagram, beliau membantu peniaga-peniaga tersebut mendapatkan publisiti yang lebih tinggi. Tahun ini juga penyanyi kesayangan ramai ini telah melancarkan album solo ke-18 dengan tajuk ManifestaSITI 2020 yang mendapat sambutan hangat dari para peminat beliau. Selain itu, pelantun lagu popular kini, Aku Bidadari Syurgamu turut sibuk dengan perniagaan produk kecantikan halal, SimplySiti.
Merupakan alumni Asia Forbes 30 under 30, penyenaraian Neelofa di antara 100 bintang digital Forbes Asia bukan satu perkara yang mengejutkan. Bahkan ini merupakan satu penanda aras yang wanita asal Kelantan ini dan juga merupakan Dewi Remaja 2009/2010 seorang personaliti yang punya visi yang jelas di dalam hidupnya.
Keputusannya untuk berniqab menerima reaksi positif peminat. Sumber Gambar: via Instagram Neelofa
Baru sahaja berniqab, dia merupakan individu paling ramai pengikut di Instagram di Malaysia seramai 8.2 juta pengikut. Sibuk dengan empayar perniagaan hijab dan busana siap pakai sopan, Naelofar yang dimulakan sejak 2014. Dia kini mengembangkan sayap dengan lebih luas dalam bidang kemanusiaan pula menerusi penubuhan Kasih Neelofa dan terbaru Markaz Tijari yang bertujuan membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan melalui perniagaan khususnya golongan wanita dan pelajar.
Inilah yang dikatakan wanita yang penuh dengan inspirasi. Kehebatan mereka bukan sahaja dalam kerjaya bahkan dalam membantu orang yang memerlukan juga. Tahniah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aslam Marissa Mahkamah Syariah jadi tumpuan apabila pasangan ini hadir ke mahkamah bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk. Status hubungan mereka masih belum diputuskan.