Meski Dikecam Jual Tiket Harga Premium, Faizal Tahir Umum Jualan Tiket Hampir ‘Sold Out’!

Share

Setelah hampir 17 tahun menghiburkan orang awam menerusi dunia senia, penyanyi dan penulis lagu Faizal Tahir akhirnya mengumumkan konsertnya “Aku Faizal Tahir” yang bakal berlangsung pada 2 September 2023 jam 8.30 malam di Dewan Merdeka, WTCKL.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Sifatkan Harga Tiket Konsert Agak ‘T20’, Ini Jawapan Faizal Tahir

Terdapat tiga peringkat tiket: yang terendah ialah peringkat Platinum pada RM488, Diamond pada RM588, dan VIP pada RM688. Penjualan tiket telah dibuka kepada orang awam bermula Rabu lepas di laman web Jiotix.

Sebaik sahaja harga tiket diumumkan, penyanyi berusia 44 tahun tersebut berdepan kecaman dari warganet yang menyifatkan harga tersebut terlalu mahal bagi mereka dan turut membandingkan harga tiket tersebut dengan penyanyi lain yang baru-baru ini  mengadakan konsert di Malaysia.

Namun jelas rezeki itu tidak pernah salah alamatnya, apabila komposer tersebut mengumumkan bahawa tiket konsertnya itu laris terjual menerusi perkongsiannya di akaun Instagram semalam.

Menerusi perkongsian tersebut, tiket bagi kategori VIP (RM688) dan Platinum (RM488) habis terjual, hanya tinggal kategori Diamond (RM588) sahaja yang masih berbaki.

“Dah tak banyak dah tinggal tu. Saya pun baru nak beli. Tunggu apa lagi?” komennya menerusi perkongsian tersebut.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa kekesalan kerana tidak berkesempatan untuk membeli tiket yang mereka ingini sebelum ianya habis terjual.

“Baru nak kumpul duit tapi macam tidak sempat sahaja,” ujar seorang peminat.

Alaaaa…tak sempat nak beli,” komen peminat lain.

“Baru nak tunggu gaji hujung bulan, takde rezeki lah macam ini,” ujar warganet.

BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram

, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Faizal Tahir

IKLAN