Mesej Hadiah Wang Tunai ‘Telekom’ Antara Taktik Scam Popular – MCMC

Share

Tidak dinafikan, isu scam yang melibatkan wang sebenarnya telah lama berleluasa. Cuma apabila baru-baru ini pihak berkuasa berjaya membongkarkan kegiatan Macau Scam yang kononnya telah menipu orang ramai dengan mengaut berjuta-juta Ringgit, kita mulai sedar betapa bahayanya scam di laman media sosial ini.

Kalau bukan kita pun yang terkena, mungkin ahli keluarga dan kawan-kawan yang kurang cakna dengan isu ini boleh terkena. And we do not want that to happen, right?

Hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membongkarkan beberapa taktik scam yang popular dan berjaya memperdayakan orang ramai.

Hasil pemantauan Rangkaian Pemantauan Perisikan Siber mendapati, mangsa akan menerima mesej kononnya telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM270,000 daripada syarikat Telekom Malaysia Berhad, di bawah skim TM Family Gift Bonus.

Sebagai ‘pemenang’, mangsa dikatakan mempunyai transaksi tuntutan hadiah yang belum diselesaikan dengan Telekom.

MCMC menyatakan bahawa pihaknya TIDAK pernah mengeluarkan apa-apa bentuk emel atau mesej kepada orang ramai untuk menuntut hadiah wang tunai tersebut.

Oleh itu, mereka menasihatkan agar kita tidak memberikan butiran peribadi seperti kad dan nombor akaun bank menerusi mesej itu.

Sekiranya korang pernah menerima mesej seakan itu, korang boleh membuat laporan kepada MCMC menerusi talian aduan 1 800 188 030 atau menerusi aplikasi WhatsApp di talian 016-220 6262.

*

Minggu ini, negara dikecohkan dengan pembongkaran Macau Scam.

 

IKLAN