Menteri Agama Ucap Tahniah Pada Erra Fazira & Suami Atas Pernikahan

Share

 

Bila sebut soal nama terutama apabila sama dengan artis popular, ianya pasti mengundang pelbagai pandangan.

Adakala ia menerbitkan rasa wow kerana biasanya individu ini lebih senang dikenali kerana nama menyamai artis popular.

Pagi ini, dek kerana seorang pengantin perempuan bernama Erra Fazira melangsungkan acara ijab kabul, Menteri di Jabatan Perdana

Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri dalam satu hantaran di Facebook miliknya mengucapkan tahniah kepada satu pasangan pengantin baru tersebut.

Mengakui agak terkejut sedikit kerana nama pengantin perempuan itu yang awalnya disangka adalah pelakon Sembilu itu, Datuk Seri Dr Zulkifli awalnya menyangka pernikahan pagi ini di pejabat Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) adalah melibatkan pelakon popular tersebut.

 

*

*

Namun, rupa-rupanya, ia bukanlah ‘Puan Erra Fazira’ yang kita sangka-sangka.

Kata Dr. Zulkifli, “Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu. Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka.

“Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.”

Bilalah agaknya Puan Erra Fazira yang dikenali seluruh negara akan ke jinjang pelamin pula? Hehe..

IKLAN